Skip to main content

Jurutera Lapangan Ini Kongsikan 10 Tip Persediaan Untuk Menempuhi Zaman Suram Pada Masa Kini

Semua sedia maklum akan keadaan ekonomi yang ada turun dan naiknya, ianya sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap aktiviti harian kita. Mungkin perlu membuat perbelanjaan baharu atau mengatur semula kewangan mengikut kepentingan.

Dalam pada itu juga, kita seharusnya mempunyai usaha, mahu pun persediaan bagi mengelakkan diri terus terbeban, tidak seharusnya hanya perlu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi lebih kepada, apa yang kita perlu lakukan dalam menghadapi hari mendatang.


Sudah pasti, ada di antara kita yang sedang mencari jalan dan perancangan akan apa yang boleh dilakukan, bagi membantu menangani sekit sebanyak permasalahan ini. Begitu juga dengan, jurutera lapangan ini yang telah membuat beberapa persediaan dalam menghadapi situasi ekonomi pada masa kini. Mari kita lihat perkongsian dari saudara Syed Amirul ini mengenai tip menempuh zaman suram. Jom kita baca perkongsiannya.



Tips Menempuhi Zaman Suram Geng Offshore 

Umum mengetahui kini kita berada di zaman kejatuhan harga minyak yang kritikal. Ia bermula sekitar hujung tahun 2014 dan terus menjunam. Harga setong minyak kini bermain pada kadar USD 40 ke USD 50. Di zaman kegemilangan, harga minyak mentah pernah mencecah hampir USD 140 setong iaitu pada tahun 2008.

Ketika status ini ditulis, ramai rakan-rakan seperjuangan saya dalam industri minyak dan gas yang telah dibuang kerja, kontrak tidak disambung, malah ada juga yang sudah lebih setahun tidak bekerja. 

Nasib saya juga tidak menentu, rujuk kepada status saya pada 31 Julai yang lalu, kedudukan syarikat saya ketika ini juga agak samar. Pelbagai usaha dan persediaan yang telah saya rancang dan aturkan. Ini yang saya boleh kongsi untuk rujukan atau panduan rakan-rakan.



a. Pastikan anda mempunyai simpanan cash sekurang-kurangnya 6 bulan ke 1 tahun duit perbelanjaan bulanan

Ini merupakan persediaan terpenting. Jika diberhentikan, kita masih boleh bertahan sementara untuk menyusun semula langkah.


b. Potong perbelanjaan bulanan yang tidak perlu

Semak perbelanjaan bulanan dan potong atau kurangkan perbelanjaan tidak perlu.Utamakan keperluan berbanding kemahuan.





c. CV / Resume wajib diperkemaskan setiap masa


Pastikan CV/Resume anda sentiasa dikemaskini dan bersedia untuk shoot email permohonan kerja pada bila-bila masa.


d. Mohon setiap peluang pekerjaan yang ada


Peluang yang datang akan lesap sekelip mata tanpa tindakan. Sentiasa ‘alert’ dengan peluang yang ada.

e. Senaraikan liabiliti anda


Jika keadaan mendesak, cairkan liabiliti mengikut keutamaan. Sebagai contoh, boleh jual salah satu kereta yang ada.

f. Senaraikan asset anda. Susun aset/pelaburan mengikut tahap mudah cair

Setiap asset/pelaburan mempunyai tahap mudah cair yang berbeza. Seperti Unit Amanahboleh dicairkan hanya dalam masa 10 hari berbanding hartanah yang memakan masa sekurang-kurangnya 3 bulan.



g. Daftar UBER & Grab


Rujuk posting saya yang terdahulu. Ini merupakan cara paling senang untuk tambah pendapatan. Tidak memerlukan komitmen tinggi, ada masa terus online. Yang penting daftar dahulu, buat atau tidak perkara ke-2.

h. Kerja Sambilan, Agen Hartanah / Perunding Unit Amanah

Bagi saya ini merupakan kerja sambilan yang boleh membuatkan anda mendapat komisen melebihi elaun offshore bulanan. Memang cukup lumayan jika kena cara.
.

i. Cari Peluang Berniaga

Sentiasa peka dengan peluang yang ada, mungkin boleh memulakan berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual barang atau jadi agen dropship pun sudah memadai.



j. JV Perniagaan Keluarga / Rakan

Dekati keluarga / rakan yang mempunyai perniagaan stabil. Mula bertanya dan mencari peluang untuk bekerjasama. Dengan JV pastinya risiko akan lebih rendah. 


Semoga bermanfaat. Ingatan Kasih Sayang,
Syed Amirul 
Jurutera Lapangan Swiber

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini, dapat memberi anda gambaran akan apa yang perlu dilakukan pada masa kini. Jika boleh bermula dari awal, ianya sudah cukup baik dalam menjamin kewangan keluarga anda dengan lebih stabil. Mari kita mula merancang untuk masa depan.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...