Skip to main content

Ketahui Tip Penjagaan Yang Boleh Mengurangkan Kos Penyelenggaraan Dan Memanjangkan Tempoh Hayat Air Cond


Bagi mereka yang mempunyai penghawa dingin di rumah sudah pasti sering menggunakannya, lebih-lebih lagi dikala musim panas. Ini bagi memastikan persekitaran rumah sentiasa dingin dan mengurangkan ketidakselesaan kepada anak, khususnya anak kecil.

Dalam pada itu juga, pengudaraan yang ada pula, lebih bersih, bebas dari habuk serta hama. Namun begitu, dalam menggunakan penghawa dingin, tidak terfikir untuk menyelenggaranya setelah lama digunakan. Lebih-lebih lagi jika penghawa dingin dihidupkan dalam jangka masa yang lama dengan suhu yang rendah.

Mungkin pernah terjadi, di mana penghawa dingin tidak memberikan angin yang sejuk lagi, dan situasi ini sedikit membimbangkan, kerana kos untuk penyelenggaraan penghawa dingin bukanlah murah. 


Jadi, untuk mengelakkan situasi yang sama berulang, admin ingin kongsikan pada anda, bagaimana cara penjagaan penghawa dingin agar tahan lebih lama, dan mengurangkan pengeluaran kos. Perkongsian dari laman, Daya Arus Engineering. Jom kita tengok sikit. 


TIPS PENJAGAAN AIRCOND RUMAH / PEJABAT

Tahukah anda, ada beberapa tips yg perlu anda tahu supaya aircond tahan lebih lama dan kurang mengeluarkan kos penyelengaraan.

Anda akan jimat kos penyelenggaraan aircond sekaligus menyelamatkan poket anda.

1) Sebelum membuat pembelian aircond baru, pastikan jenama yang dijamin ketahanannyaoleh pengeluar-pegeluar aircond berkenaan. Dapatkan perkhidmatan dari juruservis yang bertauliah. Kenal pasti unit indoor dan outdoor unit berkenaan. Supaya anda tidak terkeliru.

2) Gunakan House Power yang bersesuaian dengan keluasan bilik anda. Cara mengukur keluasan bilik (panjang x lebar x (tinggi x 10) = BTU ) 10,000 Btu bersamaan 1HP. 

* contoh 10 x 10 x (9 x 10) = 10 x 10 x 90 = 9,000Btu keperluan hp untuk bilik berukuran ini ialah 1hp keupayaan compressor 9,000BTU


3) Setelah suis utama dihidupkan, tekan butang alat kawalan jauh, setkan suhu kepada 24-25 deg C, biarkan udara bilik sejuk terlebih dahulu, sebelum turunkan suhu ketahap yang lebih dingin, pastikan pintu dan tingkap sentiasa ditutup rapat.

4) Cuci Air filter dengan dengan air, cara membuka Air Filter boleh didapati dalam buku log manual yang disediakan pengeluar. Cuci sekurang-kurangnya 3 minggu sekali atau selewat-lewatnya sebulan sekali.


5) Cuci coil bahagian luar Outdoor dengan air sekurang-kurangnya sebulan sekali. Halakan hos paip dibahagian coil out door yang kelihatan, dengan memancutkan air seberapa ketika sehingga segala kotoran terhakis. Pastikan air tidak terkena bahagian motor kipas.

6) Jika suction paip bahagian luar kelihatan seperti frizzing (membeku) periksa blower indoor sama ada motor blower indoor berfugsi atau tidak. Periksa Air Filter sama ada tersumbat. Jika Indoor berkeadaan baik, berkemungkinan unit mengalami kebocoran gas, hubungi juruservis.


7) Jangan biarkan aircond anda On 24jam kerana ini akan membebankan aircond anda. Setiap lapan jam waktu beroperasi, rehatkan sekurang-kurangnya selama 2-3jam.

8) Jangan biarkan pintu bilik atau tingkap terbuka semasa anda mengunakan aircond, kerana suhu bilik tidak akan turun jika tingkap dan pintu terbuka, ia akan membeban compressor bahagian outdoor untuk mendapatkan suhu yang anda tetapkan.
9) Vacuum hujung hos drain paip dengan mengunakan wet vacuum jika indoor unit anda mengalami kebocoran air. Jika masalah berteruskan hubungi juruservis.


Dalam memastikan anda mendapatkan pengudaraan yang baik, pastikan anda tidak terbeban dengan kos penyelenggaran kelak. Moga-moga dengan tip yang diberikan, dapat membantu anda menggunakan penghawa dingin dengan lebih baik. Semoga bermanfaat
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...