Skip to main content

Peguam Ini Kongsi Cara Mudah Mohon Anak Angkat. Share Supaya Ramai Faham Procedur..


Bagi sesetengah pasangan yang sukar dapatkan cahaya mata setelah cuba bermacam-macam cara untuk menanganinya, dah pasti membuatkan diri berasa sedikit tertekan.

Image result for anak angkat

Namun jika diberi pilihan, masih ada cara lagi jika teringin untuk menjaga anak iaitu dengan mengambil anak angkat. Tapi jika ingin mengambil anak angkat ianya perlulah dilakukan dengan langkah atau proses yang sebetulnya, supaya kelak status jagaan anak lebih telus.

Dalam memberikan secara jelas bagaimana proses yang akan dilalui, atau perlu dilakukan, admin kongsikan penulisan dari seorang peguam, iaitu saudara Hasif Hassan mengenai perkara ini.

Coretan Peguam

Saya ditanya oleh rakan satu soalan berkisar mengenai hasrat mengambil anak angkat perempuan yang berusia 2 tahun. 

Kanak kanak ini dari keluarga yang bercerai dan terlibat dengan kes dadah. Keluarga ini bersetuju untuk menyerahkan anak mereka kepada rakan saya.

Jawapan kepada soalan rakan saya;

Rakan saya ini layak bagi mengambil anak angkat kerana merupakan pasangan suami isteri dan berusia lebih 25 tahun dan 18 tahun lebih tua dari kanak kanak (bujang masih berpeluang dengan syarat tertentu) dan kerana kanak kanak tersebut berusia di bawah umur 18 tahun.

Untuk memulakan proses mendapatkan anak angkat ini;

a. Surat Akuan Berkanun
Surat Akuan Berkanun (Surat Keizinan Pengangkatan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara hendaklah diisi oleh ibu dan bapa kandung kanak kanak.*


Di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa mereka iaitu bapa dan ibu kandung kanak kanak telah bersetuju untuk menyerahkan kanak kanak bernama XXX dengan nombor sijil kelahiran XXX kepada ibu dan bapa angkat bernama XXX dan bernombor kad pengenalan XXX.
Ibu dan bapa kandung faham kesan surat keizinan ini dan akan memindahkan hak penjagaan kepada Ibu bapa angkat.

Ibu bapa kandung tidak akan menuntut balik kanak kanak ini.

Juga tarikh penyerahan kanak kanak ini akan ditulis pada Surat Keizinan Pengangkatan ini.

Ibu bapa kandung hendaklah menandatangani surat tersebut secara bersumpah di hadapan Tuan Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah. Ada sesetengah negeri yang menghendaki Tuan Majistret sahaja yang boleh menandatangai surat ini.

Surat Keizinan Pengangkatan ini hendaklah distamp menggunakan stem hasil.
Surat ini hendaklah disimpan selamat oleh ibu bapa angkat selama 2 tahun dan boleh digunakan bagi urusan rasmi.

b. Tinggal Bersama

Kanak kanak ini akan dijaga, dibesarkan, ditanggung dan didik oleh ibu bapa angkat bagi tempoh dua tahun.


Perlu diketahui bahawa kanak kanak ini wajib tinggal bersama dengan ibu bapa angkat dalam tempoh tersebut.

Setelah genap tempoh dua tahun maka ibu bapa angkat hendaklah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memohon Sijil Pengangkatan.

c. Permohonan Sijil Pengangkatan


JPN akan membuka satu fail bagi permohonan ibu bapa angkat.

JPN akan menetapkan tarikh untuk datang ditemuduga di pejabat.
Kehadiaran kanak kanak adalah wajib kerana pegawai JPN akan bertanyakan pelbagai soalan terutama selama tempoh dua tahun kanak kanak tinggal bersama ibu bapa angkat.

Tujuannya tidak lain hanya bagi memastikan kebajikan kanak kanak ini terjaga.

JPN juga akan menghantar surat makluman kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai permohonan ibu bapa angkat ini.
JKM juga akan memanggil ibu bapa angkat untuk ditemuduga. Setelah itu satu laporan akan dihantar oleh JKM kepada JPN.

d. Urusan Selesai

Setelah segala urusan selesai maka barulah JPN akan mengeluarkan Siji Pengangkatan dan Mykid yang baru kepada kanak kanak tersebut.

Setelah pengeluaran Sijil Pengangkatan maka ibu bapa tersebut adalah ibu bapa angkat kanak kanak ini secara rasmi. Sekian.

*proses ini hanya relevant bagi pengangkatan terus daripada ibubapa kandung, namun jika kanak kanak tersebut telah didaftarkan di bawah jagaan JKM, proses perlu melalui perintah mahkamah.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...