Skip to main content

Pemuda Maut Ditikam Bapa Kandung Di Seri Alam Semasa Pergaduhan Disebabkan Perselisihan Faham

Seorang pemuda maut ditikam bapanya dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Seri Alam, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata dalam kejadian 7 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun, mati ditikam menggunakan pisau semasa pertengkaran dengan bapanya.

Beliau berkata pertengkaran itu yang turut disaksikan ibu mangsa, berakhir selepas mangsa maut akibat ditikam sekali dengan pisau di bahagian dada sebelah kiri manakala bapanya cedera dua tikaman dengan pisau iaitu di bahagian dada kiri dan di bahagian perut.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya selamat dan stabil,” kata Jokhiri dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis terpaksa mengambil masa lebih kurang sejam di tempat kejadian untuk berunding dan memujuk suspek sebelum dia ditangkap kerana masih berada di tempat kejadian iaitu di ruang tamu rumah bersama mangsa dan isteri suspek.

Sebaik ditahan, pihak polis terus membawa suspek yang berusia 54 tahun itu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

“Pihak polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu disebabkan perselisihan faham yang telah lama berlarutan dalam keluarga itu, khasnya berkaitan kekangan kewangan untuk menyara kehidupan keluarga,” kata Jokhiri.

Tambahnya, hanya ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah kilang manakala bapa dan mangsa tidak bekerja manakala tiga orang adik mangsa masih bersekolah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...