Skip to main content

Pengguna Mula Rasa Beban Dan Tertekan, Ada Sesetengah Minyak Masak Dalam Botol Naik Begitu Mendadak


Nampaknya pembatalan subsidi minyak masak oleh kerajaan telah mula dirasai oleh rakyat di mana berdasarkan tinjauan dan luahan rakyat sendir ada sesetangah minyak masak naik sehingga 60 peratus, lapor Malaysiakini.

Harga minyak masa Red Eagle untuk botol 5kg naik dari RM14.70 kepada RM23.70 – peningkatan RM9 atau 61.2 peratus, lapor Sin Chew Daily.

Harga botol 1kg jenama sama baik sebanyak RM2.05 (57 peratus) sementara botol 2kg pula naik RM3.35 (46 peratus).

Pengerusi eksekutif syarikat pengeluar minyak sawit Yee Lee Corporation Bhd, Lim Kok Cheong memberitahu Sin Chew Daily bahawa harga ditentukan berdasar harga minyak sawit.



“Ia nampak macam inflasi, tetapi hakikatnya, ia mencerminkan harga pasaran minyak sawit,” kata .

Kerajaan tidak lagi memberi subsidi pada semua jenis minyak masak, kecuali paket 1kg yang dijual pada harga RM2.50.


Memetik laporan Sinar Harian pula, hasil tinjauan mereka di beberapa kawasan, rak yang biasanya dipenuhi botol-botol minyak pelbagai saiz kini kosong, menyebabkan pengguna bingung kehabisan minyak masak untuk kegunaan harian.

Untuk minyak masak paket plastik satu kilogram amat sukar untuk diperoleh dan hanya boleh di dapati kedai-kedai runcit namun dalam jumlahnya terhad.

Mereka difahamkan bahawa bekalan minyak masak kini dalam proses penghantaran dan hanya dibekalkan ke kawasan yang benar-benar memerlukan.


Sesetengah peniaga pula mendakwa, pengeluar minyak bertindak menyimpan bekalan minyak sedia ada untuk beberapa hari ini sehingga harga minyak naik, bermula semalam.

Hasil tinjauan mereka juga ternyata membukti bahawa minyak masak dalam botol 500gram hingga lima kilogram naik antara 30 hingga 40 peratus berbanding sebelum ini.

Seorang pengguna dari Klang, Nor Asyikin Mohd Azali, 31, berkata, sejak beberapa minggu lalu, bekalan minyak masak memang susah didapati di pasar raya.

“Ada yang mengatakan stok tak ada. Segelintir peruncit pula hanya membenarkan setiap pelanggan beli satu pek minyak masak sahaja. Ia memang menyusahkan dan membuatkan pengguna tertekan,” katanya.

Noreen Azleen Mahmodah, 31, pula berkata, minyak masak dijual dengan harga jauh lebih tinggi berbanding biasa.

"Ada minyak masak botol seberat dua kilogram berharga  RM13.35 sekilogram sebelum ini,  kini dijual RM20,” katanya.


Beliau menambah dengan kenaikan harga minyak masak ini sudah apsti akan memberikan kesan kepada pengguna ditambah lagi dengan kenaikannya serentak dengan harga petrol.

“Kerajaan khususnya KPDNKK perlu mempertingkatkan pemantauan agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang-barang lain agar pengguna tidak terus teraniaya,” katanya.

Beliau memmohon agar kerajaan menimbang semua subsidi ke atas minyak masak dalam botol kerana kualitinya dikatakan tidak sama berbanding minyak masak dalam paket plastik.

Sementara itu, Nursabrina Mohd Desa berkata, nasib pengguna bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

“Sudahlah minyak masak naik harga, petrol juga naik harga. Kami rasa terbeban," katanya.
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...