Skip to main content

Resepi Pizza Ini Mendapat Lebih Daripada 100 Ribu Perkongsian, Dengan Hanya Menggunakan 6 Bahan Mudah

Bila mana ingin menghidangkan sesuatu buat anak-anak, mahu pun keluarga, ada kalanya membuatkan ibu atau isteri buntu untuk memikirkan hidangan apa yang perlu dimasak pada hari tersebut. Mana tidaknya, jika selalu memasak makanan yang sama, sudah pasti anak dan suami akan berasa bosan, serta tidak berselera.

Tetapi, jika anda inginkan kelainan dalam menu harian anda, boleh sahaja menyajikan hidangan ala barat, yang anda sendiri mungkin tidak pernah membuatnya sebelum ini. Mana tahu, suami atau anak akan tertarik dengan menu yang baharu ini.

Masakan apa yang mudah, sesuai, dan agak mengeyangkan, serta mampu memenuhi selera suami dan anak-anak? Admin ada jawapannya, iaitu resepi membuat pizza yang telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook, mari kita lihat perkongsian dari saudari Rafiza Idayu ini, lengkap dengan gambar dan langkah-langkahnya sekali.


Kini Semua Orang Boleh Menyediakan Pizza Tanpa Uli Pizza. Hah! Macamana tu? Jom Kita Tengok Resipinya.

Dengan menggunakan roti paratha segera, resipi ini boleh membantu anda berjimat makan di luar apabila boleh disediakan di dapur sendiri. Anak anak memang sukakan pizza. Ok.. Nanti share resipi ini di wall anda supaya orang lain dapat idea buat pizza mudah dari rumah. Kita sama sama sebarkan manfaat.

Pizza Mudah Tanpa Uli Pizza 

Tempoh hari saya kongsikan insiden gas habis. Alamak! Kena masak selain dari gas. Pagi pagi nak kena sediakan sarapan ringkas untuk anak anak dan suami.

Alternatifnya adalah oven. Nasib baiklah bahan bahan memang dah stanby di dapur. 

1. Bahan

6 sahaja bahan bahan mudah buat pizza ekspress.

1. Roti Paratha Segera brand Fatihah (frozen)
2. Sos Spagetti segera brand Kimball
3. Sosej brand Ramly dihiris nipis
4. Nenas
5. Bawang holland dipotong dadu
6. Keju Mozarella


2. Topping

3 jenis topping sahaja. Kita ikut style dominos pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasa dia.


3. Penyediaan Loyang

Sapukan sedikit minyak di atas loyang untuk elak melekat semasa dibakar.


4. Base Pizza

Keluarkan base pizza kita. Ini ngelat namanya. Tak apalah, zaman sekarang nak mudah, tetapi nak nampak hebat hasilnya. Gitu!


5. Tanggalkan Plastik Lapik

Keluarkan plastik lapik Roti Royale Paratha brand Fatihah ini. Tanggalkan ketika masih bekusebaik keluar dari peti sejuk. Jika lambat, bimbang melekat plastik dengan roti paratha tersebut.


6. Letakkan Atas Loyang

Kemudian paratha susun atas loyang. Sapu sos spageti ke atasnya. Sementara itu panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah.


7. Menyediakan Topping Bersama Pembantu Cilik

Jika ada pembantu cilik mahu hulurkan bantuan, redha sahajalah. Kita beritahu nak buat bagaimana.

Saya memang syorkan anak anak turut serta dalam aktiviti di dapur. Dari kecil kita dah latih anak anak kita tentang bantu membantu. Taklah anak kita membesar nak jadi diva lah sangat.

8. Mozarella Cheese

Kemudian letakkan mozarella cheese. Mozarella berfungsi untuk melekatkan topping dengan base pizza.

9. Lapisan Pertama Topping

Susun sosej di atas lapizan mozarella. Jika guna ayam atau daging, sebaiknya masak dahulu hingga separa masak.

10. Topping Tambahan Yang Lain

Kemudian ditambah dengan potongan nenas dan bawang holland. Boleh gantikan dengancapsicum atau cendawan butang.

11. Diakhiri Dengan Taburan Mozarella Cheese

Kemudian taburkan lagi dengan mozarella cheese. Nak tambahkan cheddar cheese boleh juga. Cheddar cheese tak ada effect tarik seperti mozarella tetapi rasa cheddar cheese lagi sedap dari mozarella.

12. Masukkan Dalam Oven 

Masukkan dalam oven. Letak ditengah tengah menggunakan api atas bawah. Masak selama20 minit. Boleh guna suhu 170 atau 180 darjah.

Suhu rendah sedikit tetapi kita panjangkan masa pembakaran. Jadi base paratha itu akan masak sempurna.

Jika guna suhu tinggi 200 darjah, nanti mozarella cheese akan berbuih buih. dikhuatiri juga bahan topping kurang masak. Lagi satu bergantung kepada oven juga. Lain brand, lain oven lain karenahnya.

13. Hasilnya Mengiurkan

Siap dah pizza overdose kita. Mana taknya overdose.. Sampai melimpah keluar dari base pizza. Makan sendiri tak apa ye.
Nyummm... Sesuai untuk sarapan atau minum petang.

Zafran yang super excited dapat tarik pizza. Nak dapat result begini memang kena guna mozarella cheese.

Wah... Anak yang kecil pun sukakannya.

(Kiri) Yang tanya mana nak dapatkan mozarella cheese, boleh dapatkan di pasaraya dan kedai terpilih atau kedai bakery. Yang ini dalam bentuk blok. Kena sagat kalau nak guna.(Tengah) Keju parmesan. Rasanya sedap tetapi baunya agak.. Keju memang ada bahan 'rennet' dalam formulasi. Rennet ini baunya boleh tahan jugalah. Parmesan lebih sedap berbanding cheddar berbanding mozarella. Parmesan tidak melt (cair) jika dibakar. Ianya bahan tambah ketika hendak makan. (Kanan) Cheddar yang selalu digunakan untuk sandwich. Sedap tetapi tiada efek tarik. Melt ketika dibakar.

Ok.. Ini few times buat selepas cubaan pertama buat overdose pizza. Kali ini dah improve sikit. Tak de letak topping overdose..hihi...

Moga-moga dengan perkongsian ini, anda bolehlah hidangkan sesuatu yang lain buat keluarga, ataupun jika ada majlis istimewa, boleh buat pizza, ikut kesukaan sendiri, tidak perlu lagilah untuk memesan pizza sahaja, menjimatkan, juga dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga. Jom kita ke dapur. 
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...