Skip to main content

Saya Bagi RM50 Pada Mak Sedangkan Itulah Duit Terakhir Saya Ada Bulan Ni, Tapi Allah Maha Berkuasa...



Memiliki wang yang berkat adalah satu perkara yang begitu di kehendaki oleh ramai orang, maksud wang atau gaji yang berkat adalah gaji kita mencukupi walaupun hanya bergaji kecil.


Kadang-kadang kita lihat, orang itu gajinya lebih kecil daripada kita, tapi kehidupannya tidak pernah susah dengan siap boleh hantar ke kampung lagi dan berbelanja seperti lebih dari kita.

Kita pula gaji lebih banyak daripada dia tapi hari pertama dapat gaji, tolak hutang sana hutang sini dah tinggal separuh, sampai tengah bulan dah nak habis gaji sedangkan kita dah habis berjimat cermat.

Jadi apakah rahsia besar yang disimpan oleh mereka ini untuk cukup walaupun gaji kecil? sebenarnya janganlah kedekut lebih-lebih lagi dengan ibu bapa kita, banyakkan bersedekah,

Dikongsi oleh seorang usahawan berjaya, Puan Rina Salleh yang merupakan pemilik butik pakaian atas jenamanya sendiri satu kisah yang cukup memberi inspirasi kepada semua orang, hanya kerana memberikan wang kepada ibunya sedangkan itu wang terakhirnya pada bulan itu.

Jom kita baca kisah hebat ini.

Selamat hari jadi Rina.

Hari ni hari jadi saya. Saya tak nak pura-pura tak sedar dan harap orang buat surprise untuk sambut harijadi saya. Saya orangnya simple. Kadang-kadang tudung berkedut tak sempat gosok. Kasut pun dah pudar warna, belum tukar lagi dari tahun lepas. Tak, saya memang sengaja taknak tukar sebab saya selesa. Biasanya saya pakai sampai betul-betul tak boleh pakai dah. Dulu tak macam ni. Dulu nak bergaya sakan.
.
Saya nak kongsi satu cerita. Lama dulu saya ada sorang kawan. Banyak bagi nasihat. Kadang-kadang saya bosan dengar. Ada satu cerita dia yang buat saya berfikir panjang. Dia kata setiap kali dia jumpa mak, dia akan hulur rm50 atau berapa je yang dia ada masa tu. Saya tanya, kalau seminggu jumpa mak 3 kali, 3 kali lah bagi duit? Dia angguk. "Ahhhhh, dia banyak duit boleh la. Saya kalau betul-betul ikat perut, rm50 tu boleh tahan belanja dua minggu" Suara suara defensive saya masa tu. Masa tu saya jahil.
.
Satu hari tu saya terdesak, sangat-sangat. Nak selesaikan hutang. Duit tinggal yang ada dalam poket je. Memang dah habis. Saya teringat cerita kawan saya yang suka nasihat tu. Dia cakap tu lah keramat dia. Asbab bagi mak duit dan juga niat sedekah, mak dia gembira. Itu rahsia dia berjaya.

Saya pun antara yakin dengan tak, saya bagi mak saya duit. Itulah duit duit terakhir dalam tangan. Saya betul-betul tawakal masa tu. Ada juga suara jahat saya kata kenapa bagi, kan dah tak ada duit langsung.

Haih memang, dugaan nak buat benda baik ni besar. Dan Allah Maha Berkuasa. Lepas tu saya dapat order orang nak beli borong tudung bawal untuk dia jual dekat Kedah, jumlahnya dalam tiga ribu ringgit. Dia bayar siap-siap full payment. Masa tu kelam kabut juga saya cari stok. Dekat 20 kodi dia order. Dah lah tak pernah pos besar-besar macam tu, kalut saya nak packing. Saya menangis dalam hati masa tu. Sejak tu saya percaya dan sangat yakin, apa kita bagi sebenarnya lebih penting dari apa yang kita ada. Lagi-lagi bagi pada mak ayah.
.
Saya tulis ni sebab kadang-kadang saya pun lupa. Manalah tau, esok esok saya lupa diri, biar ada orang ketuk sikit. Sebab tu kalau ada sesiapa yang hidup dia kesempitan, saya sarankan balik jumpa mak ayah. Bagilah berapa pun yang ada. Kalau betul-betul tak ada duit, bagilah masa kita sikit. Luangkan dengan mak ayah. Moga-moga dapat juga gembirakan hati mereka. Moga Allah juga pandang usaha kita dan lapangkan hidup kita dari kesempitan.
.
Jadi, hari istimewa ni saya tak harap banyak. Saya cuma harap kawan-kawan doakan kebahagian ibu dan abah saya. Mereka orang yang paling banyak berkorban untuk saya. Siapa dan dimana saya hari ni adalah atas usaha dan doa ibu dan abah dengan izin Allah.
.
Saya yang jahil,
Rina Salleh
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...