Skip to main content

Selalu Gunakan Cuka Untuk Bahan Masakan, Ini 13 Kegunaan Lain Cuka Yang Anda Pasti Ingin Cuba


Anda sudah pastinya mempunyai sekurang-kurangnya satu botol cuka di dapur rumah anda, ianya boleh digunakan sebagai bahan masakan anda. Ianya mungkin sahaja digunakan sewaktu merebus telur, atau mungkin ingin melembutkan daging, mahu pun untuk kesegaran sayur.

Walau apa yang anda gunakan dengan cuka, kebanyakan adalah bagi membantu proses masakan anda. Dan disebabkan itu, cuka kurang digunakan untuk kegunaan lain yang boleh membantu dalam kerja-kerja harian.

Admin ingin kongsikan kepada anda, apa yang anda boleh lakukan dengan menggunakan cuka, sama ada cuka biasa, atau pun cuka epal. Mari kita lihat 13 kegunaan cuka dalam kehidupan seharian.

Perkara pertama yang anda mungkin akan fikirkan jika terdengar akan cuka, adalah, salad! Tetapi, terdapat manfaat lain yang anda boleh gunakan dengan cuka dari pandangan Bright Side. Ianya boleh sahaja menggantikan bahan pencuci anda, mahu pun boleh digunakan sebagai rutin kecantikan diri.

Cuka Putih

Cuka putih merupakan salah satu produk yang berada di dalam setiap rumah, ianya adalah bahan yang mebantu dalam dapur anda, pada masa yang sama, cuka putih mampu membantu sebagai bahan pembersih.

1. Menghalang Pertumbuhan Rumpai

Cuka putih sangat berguna dalam mematikan rumput atau rumpai yang bercambah pada tanaman anda, anda hanya perlu menyembur terus kepada rumpai atau rumput yang tidak diingini bagi menghalang pertumbuhan mereka.

2. Melembutkan Rambut

Untuk mendapatkan rambut yang lembut, campurkan 1 bahagian cuka putih dan 2 bahagian air. Semburkan ke keseluruhan rambut, biarkan selama 10 minit, kemudian bilas.

3. Meneutralkan Bau Asap Rokok

Bagi meneutralkan bau asap rokok, tuangkan cuka ke dalam mangkuk, dan letakkan pada kawasan atau tempat yang anda mahukan bau tersebut hilang.

4. Kekalkan Penggilap Kuku Lebih Lama

Sebelum sapukan lapisan penggilap kuku yang pertama, celupkan jari anda ke dalam cuka selama 10 minit. Anda akan perasan kelak, penggilap kuku anda bertahan lebih lama dari biasa.



5. Memberi Kilauan Pada Tandas

Cuka mempunyai ejen pemutih dan anti-bakteria. Larutkan 1 bahagian cuka dengan 2 bahagian air, dan semburkan pada permukaan yang anda ingin bersihkan. Ianya akan nampak bersinar, seperti pertama kali digunakan.

6. Menanggalkan Kotoran Pada Lantai Dan Karpet

Untuk menghilangkan kotoran pada lantai, campurkan 1 cawan cuka putih dengan dua liter air suam. Manakala, untuk mencuci karpet pula, semburkan cuka pada bahagian yang mempunyai kotoran, dan campur sedikit detergen, biarkan ia kering, kemudian gosokkawasan berkenaan, dan anda akan tersenyum dengan gembira.


7. Hilangkan Kesan Peluh

Percikkan cuka putih pada bahagian yang terkesan di pakaian anda, biarkan paling kurang selama 10 minit, kemudian bilas. Pakaian anda akan nampak seperti baharu dibeli.



Cuka Epal

Selain menjadi bahan sampingan untuk salad, cuka epal juga boleh digunakan untuk kecantikan. Namun, bagi mengelakkan reaksi alahan, campurkan dengan air terlebih dahulu.

1. Mengurangkan Tompok Penuaan

Ia membantu dalam menanggalkan sel-sel mati pada kulit, tambahkan satu sudu cuka epal,kepada setengah gelas air, dan sapukan ke keseluruhan wajah dengan kapas. Biarkan selama 30 minit, dan bilas.


2. Melawan Jerawat

Ianya membuang lemak berlebihan dari wajah, mencegah jangkitan, menyembuhkan parut jerawat, membuka liang pori, dan membolehkan kulit wajah bernafas dengan baik.

3. Toner Muka

Lembapkan putik kapas dengan campuran 1 sudu cuka dan 2 cawan air. Sapukan pada wajah yang kering, dengan mengelakkan bahagian mata, setiap hari sebelum tidur. Jangan dibilas dahulu. Cuka membantu untuk mengimbangkan tahap pH semula jadi pada kulit, membuang kekotoran, dan melancarkan peredaran darah. 

4. Menghilangkan Kelemumur

Dengan menggunakan cuka epal, ia sudah cukup untuk merawat masalah kelemumur.Campurkan 1 suku cawan cuka, dengan 1 suku cawan air di dalam botol penyembur.Semburkan pada rambut dan kulit kepala, balutkan kepala dengan tuala, biarkan selama 15 minit, kemudian bilaskan. Anda juga boleh campurkan cuka dengan syampu yang sedia ada.

5. Hilangkan Kesan Lebam

Rendamkan kapas ke dalam cuka epal yang telah dicampur dengan air, dan sapukan terus kepada bahagian yang lebam, serta biarkan selama satu jam. Anti-radang yang terdapat pada cuka akan membantu melegakan kulit yang tercedera, melancarkan peredaran darah, dan mempercepatkan proses penyembuhan.

6. Melegakan Gigitan Nyamuk

Cuka epal juga mempunyai antiseptic, anti-kegatalan, dan antibakteria yang membantu menghilangkan rasa gatal dan mengurangkan bengkak.

Cadangan umum untuk menggunakan cuka epal pada kulit:

a. Jangan sapukan cuka semata-mata : Sentiasa larutkan dengan air. Jika tidak, ia akan meninggalkan kesan atau punca kepada alahan kulit. Ratio yang dicadangkan adalah, 1 bahagian cuka, 3 bahagian air.

b. Sebelum menggunakan campuran, kacau bekas dengan baik, kerana campuran sentiasa terpisah.

c. Sebelum sapukan kepada wajah anda, pastikan ia tidak menghasilkan apa-apa reaksi alahan. Sapukan sedikit di tangan anda, biarkan selama beberapa minit, dan, jika tidak berlaku apa-apa, boleh gunakan di wajah.

d. Bagi pertama kali menggunakan cuka epal pada wajah, dinasihatkan supaya membilas wajah dengan air suam, selepas 5 minit. Anda boleh menjarakkan masa untuk penggunaan seterusnya.

e. Ingatlah bahawa rawatan ini perlu dilakukan pada waktu malam untuk mengelakkan terkena sinaran matahari, yang boleh menyebabkan luka pada kulit.

f. Anda boleh menjadikan larutan cuka epal yang diisi dalam botol penyembur sebagai losyen yang menyegarkan. Elakkan dari terkena mata.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...