Skip to main content

13 Sebab Jangan Beli Banyak Rumah Untuk Pelaburan

Assalamulaikum. Tajuk yang saya tulis agak kontroversi sedikit dan mungkin ada yang tak setuju tapi saya mohon baca setiap point saya sebab kemungkinan besar banyak melibatkan perbelanjaan anda sendiri dan jumlah pemilikan rumah di Malaysia. 


Saya setuju sekiranya kerajaan menetapkan polisi satu rumah sahaja untuk setiap individu dan melarang penyewaan dibuat tanpa lesen. 

1. Rumah adalah keperluan asas manusia jadi tidak patut keperluan asas ini dijadikan element pelaburan dan mesin duit untuk mengaut keuntungan berkali kali ganda. Keperluan ini sama seperti beras ataupun bahan bakar. Kalau anda jadikan rumah sebagai elemen pelaburan maka adakah boleh kalau individu lain membeli beras hingga tak cukup bekalan semata mata nak dijadikan pelaburan? Islam melarang tegas pelaburan jenis ini. 

2. Kalau polisi satu rumah untuk satu individu macam saya katakan dijalankan, harga rumah akan kembali terkawal, tak mustahil kalau harga rumah akan jadi murah dah mampu dimiliki oleh ramai orang. Pinjaman bank pun mungkin boleh kurang sehingga 9 tahun berbanding 30 tahun sekarang. Pinjaman pun akan lebih mudah dapat sebab harga rumah dan ramai akan mampu miliki rumah. Nak dapatkan rumah secara cash pun tak mustahil. 

3. Polisi satu rumah ini perlu supaya individu cuma memiliki rumah yang diperlukan sahaja bukan sebagai elemen pelaburan. Kalau nak sewakan? Kerajaan akan keluarkan permit atau lesen supaya terkawal, lesen ini juga perlu selari dengan permintaan rumah sewa. Lesen atau permit ini perlu dikawan ketat. Kalau dah nak pindah? Boleh tetapkan dalam polisi, perlu menjual salah satu rumah yang tak diperlukan. Letakkan satu probation period, dan dalam probation period ini tidak dibenarkan menyewakan rumah tersebut. Contoh letakkan probation period setahun, kalau tak dijual dalam masa setahun perlu membayar cukai kekosongan rumah. 

4. Kebanyakkan pelabur hartanah membeli rumah di kawasan yang tinggi permintaan walaupun pelabur ini tak duduk di kawasan itu, ini menyebabkan permintaan di kawasan tersebut tak mencukupi bagi penduduk kawasan yang memang bekerja, berniat nak menetap di situ. Tengok saja hartanah bila diumumkan berapa banyak yang dah terjual, belum dibuka dah terjual secara borong oleh pelabur hartanah, terutama hartanah yang dekat dengan fasiliti awam, padahal hartanah tersebut dibangunkan untuk dijual kepada mereka yang bekerja di kawasan tersebut. 

5. Pelabur hartanah selalu bagi alasan, banyak lagi rumah lain tak terjual kenapa tak beli? Mudah saja jawapan kepada soalan anda, sebab kawasan tersebut bukan kawasan tumpuan pekerja. Anda dah beli hartanah secara pukal di kawasan yang tinggi permintaan hingga tak cukup, anda sendiri tahu kawasan tersebut akan ada ramai pekerja jadi anda ambil kesempatan untuk beli secara pukal hingga pekerja dalam kawasan tersebut tak mampu nak memiliki hartanah. 

6. Habis takkan tak boleh melabur dalam hartanah? Boleh. Siapa yang cakap tak boleh? Saya sendiri melabur dalam hartanah, tapi melabur di mana? HARTANAH KOMERSIAL. Tak mampu? Boleh buat perjanjian dengan beberapa pelabur lain macam yang saya buat, beli hartanah komersial, kedai, pejabat, bangunan. Tak mampu juga? AHB kan ada, “macam bangunan ini, AHB yang punyaaaaa”. Unit AHB murah saja nak beli banyak atau sikit itu hak anda. Tak untung banyak? Sebab anda cuma fikir nak untung dari keperluan asas manusia tanpa fikir manusia lain. 

7. Ramai pelabur hartanah selalu ungkitkan kalau kita tak beli nanti orang lain beli, ataupun setimen Melayu banyak yang tak ada rumah. Kalau polisi macam saya katakan dibuat maka semua orang akan mampu miliki rumah dan rumah takkan jadi harga tak terkawal dan elemen pelaburan semata mata. KITA BUKAN NAK MELAYU MILIKI BANYAK RUMAH TAPI KITA NAK BANYAK MELAYU MILIKI RUMAH” 

8. Ramai pelabur hartanah salahkan orang muda tak membeli rumah awal siap banyak kritikan lagi dibuat kepada golongan yang baru bekerja ini, sedangkan merekalah yang banyak membuat spekulasi dalam bidang hartanah hingga harga naik mendadak. Rumah yang dibeli pula kebanyakkan banyak berharga bawak 200K dan 500K, jadi memang nampak pelaburan jenis ini cuma mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain sebab yang mampu hartanah harga ini orang yang tak bergaji tinggi. 

9. Nak melabur tak salah tapi melaburlah di tempat yang betul bukan melabur dalam keperluan asas manusia hingga harga tak mampu milik. Buat pengetahuan anda banyak lain pelaburan lain yang anda boleh buat. Rumah untuk diduduki sepatutnya mampu milik bukan mampu tengok. 

10. Banyak negara asing dah mula buat polisi untuk kawal harga rumah supaya tak dimanipulasi oleh pihak tak bertanggungjawap hingga harga hartanah naik mendadak. Yang tak suka suka polisi begini mungkin ada kepentingan dalam hartanah, yang lain saya rasa akan setuju. Ironinya negara yang tetapkan polisi rumah ini adalah negara bukan Islam. 

11. Kalau kita boleh tetapkan polisi untuk minyak masak, beras, petrol dan keperluan asas lain supaya tak dimanipulasi kenapa kita tak boleh tetapkan polisi untuk rumah yang kita diami? 

12. Saya dah lihat banyak sangat kes rakyat biasa jadi mangsa harga rumah terlalu mahal, bilik yang disewakan memuatkan 2-3 orang disewakan RM300++ seorang, rumah PPR disewakan semula pada harga tak masuk akal. Sudahlah, berilah peluang kepada orang yang bekerja di kawasan tersebut membeli rumah di situ, anda belilah di kawasan yang anda duduk, jangan jadikan kesusahan orang lain sebagai modal pelaburan anda. 

13. Saya ingatkan sekali lagi nak melabur banyak tempat boleh. Kalau minat juga hartanah boleh melabur dalam hartanah komersial. Saya sendiri bersama beberapa pelabur kumpulkan wang, buat perjanjian (buat syarikat), dan beli hartanah jenis ini, siap beli cash lagi. 

Harga hartanah komersial RM1.2 juta, tong tong sorang sikit boleh beli dah cash tak payah pinjam bank pun. Keuntungan dikira dari jumlah berapa yang anda laburkan, yang kaya bolehlah bayar lebih 50% ke, yang tak kemampuan bayar 10% takpun 5% atau berapa saja yang dibenarkan. 

Kalau tak mampu juga, AHB kan ada. Terima kasih. – Rakyat Prihatin
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...