Skip to main content

Inilah 8 Amalan yang Mendatangkan Syafaat di Hari Kiamat. SHARE Semoga Bermanfaat Pada Orang Lain Juga..

Rasulullah SAW merupakan pemimpin yang sangat dicintai oleh umat muslim. Beliau sentiasa mengajarkan amalan kebaikan serta memberikan ganjaran berupa memberikan syafaat bagi orang yang Allah dan beliau kehendaki.

Syafaat yang diperoleh seorang muslim akan menjadi saksi amalan kebaikan baginya saat di hari kiamat kelak. Banyak orang yang beranggapan bahawasanya untuk mendapatkan syafaat dari Rasulullah adalah dengan berziarah ke makam beliau.

Padahal yang demikian ini tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah sendiri. Beliau justeru memberi tahu mengenai amalan yang dapat mendatangkan syafaat di hari kiamat kelak. Lantas amalan apa sajakah yang dimaksud? Berikut informasi selengkapnya.

1. Tauhid dan Mengikhlaskan Ibadah Kepada Allah Serta Ittiba’ Kepada Rasulullah SAW
Amalan yang pertama iaitu tauhid dan mengikhlaskan ibadah kepada Allah serta ittiba’ kepada Rasulullah SAW. Tidak dapat dinafikan bahwa tauhid menjadi salah satu hal terpenting yang harus dimilliki seorang muslim.


Nabi SAW pernah ditanya: “Siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari Kiamat?” Nabi menjawab :

“Yang paling bahagia dengan syafaatku pada hari Kiamat adalah, orang yang mengucapkan Laa ilaahaa illallaah dengan ikhlas dari hatinya atau dirinya”. [HR Bukhari, no. 99]

Namun hal yang harus diingat adalah semua perbuatan tersebut harus diiringi dengan keikhlasan hati dalam melaksanakan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT. Orang yang ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah dalam hal beribadah ataupun amalan kebaikan lainnya maka ia berhak menjadi salah satu orang yang mendapatkan syafaat dari Rasulullah.

2. Solatnya Sekelompok Orang Muslim Terhadap Mayat Muslim
Amalan selanjutnya iaitu mengsolatkan sesama orang muslim. Sekelompok orang yang melakukan hal tersebut akan memperoleh syafaat dari Rasulullah SAW di hari akhir kelak. Hal tersebut sesuai dengan sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seorang mayat disolatkan oleh sekelompok orang Islam yang jumlah mereka mencapai seratus, semuanya memintakan syafaat untuknya, melainkan syafaat itu akan diberikan pada dirinya”. [HR Muslim, no. 947, 58].

“Tidaklah seorang muslim meninggal dunia, lalu jenazahnya disolatkan oleh empat puluh orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, melainkan Allah akan memberikan syafaat kepadanya”. [HR Muslim, no.948, 59].

Maka dari itu, apabila ada saudara muslim yang meninggal dunia, maka solatkanlah bersama 100 atau 40 kaum muslim lainnya. Sebab perbuatan yang demikian ini akan mendatangkan syafaat dari Allah SWT tentunya melalui hamba pilihannya iakni Rasulullah SAW.

3. Selawat Kepada Nabi Muhammad SAW
Amalan ketiga yang sudah jelas mendatangkan syafaat dari Rasulullah SAW adalah dengan berselawat kepada beliau. Dari Ibnu Mas’ud, bahawasannya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Orang yang paling berhak mendapatkan syafaatku pada hari kiamat adalah, yang paling banyak selawat kepadaku” (HR Tirmidzi, no.484).

“Barang siapa yang berselawat kepadaku di pagi hari 10 kali dan di petang hari 10 kali, maka dia akan mendapatkan syafaatku pada hari kiamat.” (HR. ath-Thabrani dan dihasankan oleh imam Al-Mundziri, Al-Haitsami, al-Albani rahimahumullahu. (Shahihul Jami’ : 6357)

Maka berbahagialah orang yang sentiasa berselawat kepada Rasulullah sesuai dengan tuntutan yang telah diajarkannya.

4. Puasa, Baik Puasa Wajib Maupun Puasa Sunat
Selain bersalawat kepada Rasulullah, ternyata menjalankan puasa wajib ataupun sunat menjadi salah satu jalan untuk mendapatkan syafaat dari Rasulullah SAW di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa dan al Qur`an akan memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari Kiamat kelak. Puasa akan berkata : “Wahai, Rabb-ku. Aku telah menahannya dari makan pada siang hari dan nafsu syahwat. Kerananya, perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya”. Sedangkan al Qur`an berkata : “Aku telah melarangnya dari tidur pada malam hari. Kerananya, perkenankan aku untuk memberi syafa’at kepadanya”. Maka keduanya pun memberi syafaat”. [HR Ahmad, II/174; al Hakim, I/554; dishahihkan oleh al Hakim, Adz-Dzahabi, Al-Haitsami, dll. Lihat Majma’uz Zawaid III/181. Dan Tamamul Minnah, hlm. 394]

Kedua amalan ini, di hari kiamat kelak akan berdoa kepada Allah dan meminta izin kepadanya untuk memberikan syafaat bagi orang mengamalkan puasa dan membaca Al-Qur’an pada hari kiamat kelak.

5. Sentiasa Berdoa Setelah Azan
Rasulullah SAW tidak pernah menganggap mudah suatu amalan kebaikan. Bahkan orang yang berdoa ketika azan akan mendapatkan syafaat di akhirat kelak dari beliau. Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membaca ketika mendengar adzan ‘Ya Allah, Rabb pemilik panggilan yang sempurna ini dan salat (wajib) yang didirikan. Berilah al wasilah (darjat di syurga), dan keutamaan kepada Muhammad, dan bangkitkan beliau, sehingga bisa menempati maqam terpuji yang engkau janjikan’. Maka dia berhak mendapatkan syafaatku pada hari Kiamat”. [HR Bukhari no.614, dari Jabir bin Abdillah]

6. Memperbanyak Sujud
Memperbanyak sujud juga menjadi salah satu amalan yang mendatangkan syafaat selanjutnya. Maksud dari memperbanyak sujud ialah sentiasa melaksanakan solat wajib serta teguh pendirian dalam mengerjakan solat sunat.

Selain sujudnya solat wajib dan solat sunat, ternyata sujud tilawah ketika membaca ayat-ayat sajadah dan sujud syukur termasuk dalam sujud yang mendatangkan syafaat dari Rasulullah SAW. Beliau bersabda:

Dari Rabi’ah bin Ka’ab al Aslami, dia berkata: “Aku pernah bermalam bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu aku mendatangi beliau sambil membawa air untuk wudhu’ beliau. Kemudian beliau berkata kepadaku,’Mintalah’. Aku berkata,’Aku minta untuk dapat menemanimu di syurga,’ kemudian beliau berkata, ‘Atau selain itu?’ Aku berkata,’Itu saja’. Lalu beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tolonglah aku atas dirimu dengan banyak bersujud”. [HR Muslim, no.489, 226].

Tidak hanya akan memperoleh syafaat dari Rasulullah SAW. Ternyata orang yang memperbanyak sujud selama hidupnya juga akan mendapatkan syafaat dari para malaikat. Dalam hadits Shahihain, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersaba:

“Apabila Allah telah selesai memutuskan diantara hamba-hambanya, dan Allah ingin mengeluarkan hamba-hambanya yang terjatuh ke Neraka bagi hamba yang bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali hanya kepada Allah (maksudnya Ahli Tauhid), Allahpun memerintahkan para malaikat-Nya untuk mengeluarkan hamba-hamba yang menyembah kepada Allah Subhanahu Wata’ala, maka para malaikat mengeluarkan mereka dari Neraka. Malaikat mengetahui tanda-tandanya dari bekas-bekas sujud dari anggota badannya. Dan Allah juga telah mengharamkan api neraka untuk tidak memakan bekas-bekas sujud dari anggota badan para hambanya. (Shahih, HR. Bukhari (7437), Muslim (182)).

7. Membaca al Qur`an, Mentadabburinya, dan Mengamalkan Isinya
Amalan selanjutnya iaitu membaca Al-Qur’an, mentadabburinya dan mengamalkan isinya. Amalan Al-Qur’an tersebut akan mendatangakan syafaat bagi mereka yang sungguh-sungguh dalam membaca, memahami dan mengamalkannya. Dari Abi Umamah bahwasannya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Bacalah al Qur`an. Sesungguhnya al Qur`an akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi sahabatnya…” [HR Muslim, no.804].

8. Tinggal di Madinah, Sabar Tehadap Cubaannya, dan Wafat Disana
Amalan terakhir yang mendatangkan syafaat dari Rasulullah SAW adalah tinggal di Madinah, sabar terhadap cubaannya dan wafat di sana. Hal ini telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya. Beliau bersabda:

“Tidaklah seseorang sabar terhadap kesusahannya (Madinah) kemudian dia mati, kecuali aku akan memberikan syafaat padanya, atau menjadi saksi baginya pada hari Kiamat. Jika dia seorang muslim” [HR Muslim, no.1374, 477; dari Abu Sa’id al Khudri].

Maka beruntunglah bagi mereka yang sentiasa bersabar ketika mendapatkan cubaan ketika berada di Madinah. Sebab Rasulullah SAW akan memberikan syafaat kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang dari umatku sabar terhadap cubaan Madinah dan kesusahannya, kecuali aku akan memberikan syafa’at padanya atau menjadi saksi baginya pada hari Kiamat”. [HR Muslim, no.1378, 484; dari Abu Hurairah].

“Barangsiapa yang ingin mati di Madinah, maka matilah disana. Sesungguhnya aku akan memberi syafa’at bagi orang yang mati disana”. [HR Ahmad, II/74,104; Tirmidzi, no.3917; Ibnu Majah, no.3112; Ibnu Hibban, no. 3741, dari Ibnu Umar. Tirmidzi berkata: “Hadits ini hasan shahih”].
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...