Skip to main content

Periuk Atau Kuali Disambar Api Ketika Sedang Memasak? Ikuti Langkah Ini Bagaimana Untuk Memadamkan Api Dengan Selamat


Apabila memasak sudah semestinya akan dilakukan secara berhemah dan berhati-hati, tidak kiralah sewaktu menggunakan pisau, atau alatan yang lain. Ianya perlu diambil serius, kerana tidak mahu perkara buruk berlaku, dan mencederakan diri kelak.

Namun begitu, ada ketikanya, kemalangan mungkin akan terjadi, lebih serius, jika ia membabitkan kebakaran yang disebabkan oleh dapur memasak. Jika ini berlaku, keadaan akan menjadi riuh dan panik kerana risau akan menyebabkan benda lain turut terbakar.

Tapi, anda seharusnya tidak boleh panik, cuba kawal dahulu keadaan, dengan memastikan diri berada dalam keadaan tenang. Jadi, apa pula tindakan seterusnya? Menurut saudara Kamarul Zaman, ianya agak mudah untuk diuruskan jika periuk yang digunakan disambar api. Jom kita lihat langkah, atau cara yang perlu dilakukan.


"Periuk Berapi! Hanguslah rumah kita nak oiii"
Bawa bertenang, jangan panik.

Ya, jangan panik. Itu tindakan pertama yang wajib dilakukan jika anda berada di tempat kejadian dan berdepan keadaan ini.

Anda masih ada peluang yang tinggi untuk menyelamatkan rumah anda dan nyawa.

Keadaan api seperti ini memang nampak seperti sangat bahaya, tetapi hakikatnya ia mudah untuk diuruskan, jika tahu caranya.

Tidak perlu latihan kebombaan dan sebagainya. Hanya jangan panik seterusnya lakukan tindakan yang betul dengan tenang.

Caranya :

1) Cari kain dan basahkan dengan air
2) Perlahan lahan hampiri sumber api


3) Tutup seluruh bukaan periuk dengan kain
4) Pastikan anda lakukannya dengan tenang

Jangan :

1) Simbah air ke dalam periuk
2) Lempar kain ke dalam periuk


Tindakan pantas seperti ini akan memadamkan terus api yang terdapat di dalam periuk. Dengan sekelip mata api akan terpadam.

Seterusnya tutup sumber api (tombol gas) dan ceritakan keperwiraan anda kepada suami/isteri.

Jangan lupa :

1) Ajar ahli keluarga lain, terutamanya yang kerap memasak di dapur berkenaan teknik ini.
2) Share ilmu ini supaya lebih ramai mendapat manfaat.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...