Skip to main content

Sebak, Saya Nampak Keluarga Ini 'Shopping' Barang Sekolah Anak Di Kedai Barangan Lusuh Dan Terbuang


Disebalik kegembiraan anak-anak kita mendapat kelengkapan sekolah baru, ada kita mengeluh terpaksa berhabisan seorang anak sampai RM300.

Jika kita rasa kita susah, ketahuilah bahawa diluar sana sebenarnya ramai lagi susah daripada kita, malahan ada yang tidak mampu menyediakan suku pun dari perbelanjaan kita keluarkan.

Terbaca admin di laman Facebook tadi, sebuah kisah yang meruntun hati apabila membacanya, kisah diceritakan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli di mana beliau telah terjumpa dengan sebuah keluarga yang sedang 'shopping' sakan kelengkapan sekolah anak mereka.



Namun, mereka bukanlah membeli belah di pasaraya besar atau di gedung-gedung pakaian ternama, tetapi hanya di sebuah kedai barangan lusuh di mana kebanyakkannya adalah barangan yang sudah dibuang atau dikutip dari tempat longgokan sampah.

Jom kita baca.

"...Semalam pi kedai barang lusuh kat taman medan. kedai feberet aku beli barang kitar semula dari tempat buang sampah utk project DIY aku...


Tengah dok cari barang, masuk satu family suami isteri awal 30-an bersama dua anak dia...


Sebelah aku, si kakak sulung (7 tahun camtu) dok belek botol air terpakai pelbagai jenis. seronok ja dia 'bershopping' aku tengok. siap try galas kat bahu macam2 jenis botol air kotor tu. tersenyum sensorang tengok cermin buruk.


Si kakak tunjuk kat abah dia tunggu kat luar sambil dukung baby, aku pikir mesti abah dia marah, takkan nak beli botol air terpakai dari tempat pembuangan sampah kot?


Tapi abah dia senyum balik, siap pilih untuk kakak. tetiba si emak bertudung, datang dari sudut lain, tunjuk satu beg sekolah lusuh berselut, tanya suami, masih cantik ke idak beg nie, bang? si emak bagi kakak try galas ke belakang. akhirnya, ceria wajah kakak, dah siap nak masuk sekolah baru. yey!

Alamak. ini sebak nie.


Aku keluar dari kedai barang lusuh tu. tak tahan tengok drama realiti ni lagi.


Dalam keluarga lain dok sibuk buat persiapan anak menjelang buka sekolah baru, ada masih hidup bersederhana dan masih bersyukur. tetap bahagia.


Semoga Allah merahmati keluarga ini, murahkan rezekinya, bahagiakan mereka. amin.


* bini aku menitik ayaq mata bila aku tunjuk family tu dok sebuk bershopping lagi..."

loading...


Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman