Skip to main content

Kalau Anak Diserang Chickenpox, Jangan Panik Ini Yang Patut Anda Lakukan!


"Alamak apa bintik-bintik merah kat badan Aina ni? Macam chickenpox je. Ahh sudah.."

Munculnya bintik-bintik kemerahan pada badan anak disertai dengan suhu badan yang panas secara tiba-tiba mungkin menandakan anak anda terkena chickenpox atau jangkitan cacar air.

Datangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang 'salam'. Mula-mula hanya ada sebiji bintik merah di mana-mana bahagian badan anak anda.


Suhu badan anak juga secara tiba-tiba naik ke paras 38 darjah selsius menandakan dia diserang demam.

Masuk hari kedua atau ketiga, bintik merah mula semakin 'meriah' di seluruh badan anak. Kemudian bintik merah itu akan menjadi lepuh air.

Memang sah anak anda diserang chickenpox!

Kalau ini pengalaman pertama anak anda diserang chickenpox, baik anda baca tip ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.

1. Segera berjumpa doktor

Mula-mula sekali jika anda mengesyaki anak mungkin diserang chickenpox, segera bawa dia berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.

2. Bagi anak minum air kelapa

Ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.

3. Kuarantin anak daripada pengasuh/nurseri

Anak anda memang wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chickenpox mudah berjangkit. Nanti ada ibu bapa lain yang akan menjeling jika anda terus menghantar anak ke nurseri atau rumah pengasuh.

4. Bergilir jaga anak

Inilah masanya ibu dan ayah perlu berkorban. Banyak kerja di pejabat? Ia bukan alasan jika anak kena chickenpox terutama jika anda tiada pembantu rumah. Anda berdua perlu bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga anak di rumah. Kalau banyak kerja pejabat, boleh sahaja buat dari rumah. Asalkan ada internet di rumah, tiada masalah!

5. Sapu losyen calamine

Doktor akan membekalkan anda losyen calamine. Mesti sapu losyen ini dengan kerap pada badan anak untuk mengurangkan kegatalan. Kalau petua orang lama dulu, menyarankan pesakit chickenpox tidur beralaskan daun semambu. Kini dengan losyen calamine, tak perlu guna lagi mencari daun tersebut. Dengan losyen calamine, rawatan lebih mudah dan cepat.

6.Ambil paracetamol kanak-kanak

Pastikan anda ada termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, ambil sirap paracetamol kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu sehingga 39 darjah selsius.

7.Pakaikan lampin sahaja

Jika anak anda masih memakai lampin pakai buang, biarkan dia hanya berlampin sahaja sepanjang di rumah. Ini bagi mengelakkan badannya cepat berpeluh jika anda memakaikan dia pakaian. Badan yang berpeluh dan panas akan menyebabkan anak mudah gatal.

8.Minum banyak air masak

Anak anda mungkin tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.

9. Kerapkan sesi penyusuan susu ibu

Bayi berusia enam bulan ke bawah tidak boleh diberi makanan lain selain susu ibu. Tetapi ibu yang menyusukan anak boleh minum atau makan makanan yang berkhasiat. Jadi, kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Begitu juga jika anak anda masih menyusu susu ibu walaupun dia sudah mula makan makanan pejal.

10. Banyak bersabar

Anak anda akan banyak merengek, menangis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar dan marahkannya. Dia terlalu kecil untuk menahan kesakitan yang dialami. Jika orang tua yang kena chickenpox pun boleh merintih kesakitan, apatah lagi anak kecil yang tidak faham apa-apa lagi. Layanlah kerenah dan kemahuannya, banyakkan memeluk dan memberi perhatian kepada anak.

11. Elak makanan laut

Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chickenpox. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Elak makan makanan laut.

12. Vitamin E hilangan parut

Selepas anak sembuh daripada chickenpox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Tentu anda susah hati melihat parut tersebut. Anda boleh cuba menggunakan kapsul Vitamin E dengan cara mengeluarkan cairan kapsul itu dan lumurkan pada parut anak anda.Minyak tea tree juga dikatakan boleh membantu menghilangkan parut.  

13. Banyakkan berdoa

Sebagai seorang muslim, doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi musibah. Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.

Antara doa yang boleh diamalkan iaitu membaca Surah Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan Surah Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula dengan "Lau an zalna"). Semoga Allah memakbulkan doa hamba-Nya untuk kesembuhan penyakit.

Sumber: majalahpama
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...