Skip to main content

Kisah Suami Isteri Dan Hak Privasi Menumpang Di Rumah Mertua Kerana Tiada Rumah Sendiri

Bila sudah berumahtangga dan menumpang di rumah mertua, itu bukanlah keputusan yang baik untuk kedua-dua pihak suami isteri. Mungkin satu dalam seribu kes menumpang di rumah mertua hubungan suami isteri tetap kekal baik dan harmoni.

Ikuti satu perkongsian daripada Salina Samad (Bukan Nama Sebenar) yang harus difahamkan oleh pasangan yang sudah berkahwin atau akan berkahwin.

Rumahtangga

Kisah Suami, Isteri dan Hak Privacy

Aku berkahwin dua kali. Dan aku amat berharap, yang kedua kali inilah terakhir. Kekal hingga aku menutup mata. Kekal hingga ke jannah. Aamin. In shaa Allah.

Perkahwinan pertama aku gagal kerana campur tangan mertua. Macamana? Kerana aku dan suami (ex) menumpang di rumah mertua.

Suamilah yang tanggung semua. Tidak dapat lari dari menanggung semua perbelanjaan disebabkan kami menumpang di rumah itu.

Aku ni jenis menantu yang tak banyak cakap. Aku relakan saja suami aku tanggung semua. Bagi aku, mak ayahnya tanggungjawabnya. Cuma yang aku tak tahan, aku ibarat 'babu' di rumah itu.


Entah berapa ratus kali aku suarakan kepada suami supaya mencari rumah sendiri. Tapi suami enggan. Macam-macam alasan diberi. Disebabkan hal itu kami sering bertengkar.

Apabila bertengkar, faham-fahamlah. Ada telinga yang mendengar. Ada mata yang memerhati. Muncullah orang ketiga - mertua yang jadi batu api.

Mak mertua mulutnya boleh tahan. Keluar semua ayat yang sudah lama dia pendam. Aku bukan menantu pilihanlah... isteri yang tak baiklah. Dan macam-macam lagi.

Yang si ayah mertua pula diam sahaja. Tapi riak mukanya jangan cakaplah. Nampak sangat tak sukanya. Aku sedar aku bukan menantu pilihan. Selama ini aku cuba bersabar agar dapat diterima. Namun,.. macam tak ada harapan.

Akhirnya aku dan suami bercerai. Puncanya? Campur tangan mertua. Bak kata mak mertua, syurga anak aku bukan pada kau, jangan ajar anak aku jadi derhaka.

Suami pula hanya diam. Seperti merelakan. Aku yang jauh dari sanak saudara, akur akhirnya. Kebetulan sebulan sebelum bercerai, aku mendapat pekerjaan yang baik, juga atas pertolongan dari Allah. Justeru, aku mengorbankan cintaku terhadap suami agar dia tidak menjadi anak derhaka, seperti kata ibu mertua.

Alhamdulillah. Kini aku bahagia dengan suami yang kedua. Waima kami tinggal di rumah sewa yang cuma ada sebuah bilik, kami gembira. Kami makan atau tidak, tiada siapa yang jadi penyibuk.

Segala kepayahan kami hadapi bersama. Segala dugaan kami harungi tanpa ada pihak ketiga - mertua. Semoga Allah terus memelihara kami daripada campur tangan orang ketiga dan iblis dassim.

Moral cerita:
Sebelum berkahwin, pastikan ada rumah sendiri.
Berdikari itu indah...kerana menjamin hak privacy.
Dan juga penting untuk mengelakkan diri dari anasir-anasir yang tidak diingini.

Sumber: Kisah Rumah Tangga
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...