Skip to main content

"Kita Bukan Takut Bini..." - 'Ceramah' dari Encik Matt ini Mampu Ubah Persepsi Orang Ramai Terhadap Istilah Suami Takut Bini

Foto hiasan
Adat orang lelaki yang sudah berkahwin, tidak boleh lagi melepak di tengah-tengah malam kerana ada keluarga sedang menunggu di rumah.

Bagi yang belum berkahwin terutamanya, mereka tidak faham kekangan yang dialami oleh insan bergelar suami ini yang mahu mengimbangkan masa antara sosial dan keluarga.

Justeru, apabila si suami ini memaklumkan kepada isteri setiap gerak geri, maka berbunyilah suara usik-mengusik yang mengatakan si suami ini takut bini.


Realitinya, si suami ini bukanlah takut bini, tetapi cuma menghormati insan bernama isteri yang sentiasa berada di sisinya. Tapi, perkara itu sukar untuk dijelaskan menerusi perkataan kepada orang sekeliling lagi-lagi kepada rakan-rakan. Bak kata mat salleh "it's complicated".

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook bernama Encik Matt berjaya memahamkan situasi itu kepada rakan-rakannya apabila disindir kerana memberitahu isteri dia akan pulang lambat sedikit. Lebih dari itu, Encik Matt juga berkata dia berjaya mengubah persepsi rakan-rakannya terhadap perkara ini.

Ikuti perkongsian dari Encik Matt..

Keluar masjid selepas isyak malam tadi terus rakan ajak minum di kedai. Saya kata sekejap nak bagi tahu isteri balik lewat sedikit. Kawan mula perli cakap takut bini, saya diam sehingga mula bercakap di kedai makan.

Kita bukan takut isteri, tetapi kita perlu respect dan hargai isteri kita. Banyak masa mereka uruskan hal rumah tangga. Sibuk jaga anak, siapkan hal persekolahan anak, makan minum anak. itu belum hal kita lagi, berus gigi kita pun mereka tahu bila perlu tukar, 'gillette' kita pun mereka boleh tahu bila perlu tukar. 

Kadang-kadang diri sendiri pun tidak terutus, makan pun tidak sempat. Mata pun boleh lebam sebab tak cukup tidur. Kita malam boleh tidur lena, tetapi tidak isteri, berjaga malam susukan anak, tukar lampin anak, betulkan posisi anak.

Lagi penat bila anak demam, sanggup berjaga malam, itu pun sempat selimutkan kita untuk pastikan kita tidur lena, taknak ganggu tidur kita agar esok tidak mengantuk ditempat kerja. 

Bila kita bangun nak tolong disuruhnya tidur kembali. Tidak mengapa sayang boleh jaga anak, demam biasa-biasa je ni, abang tidur ya..Allahurabbi, banyak jasa isteri tak mampu kita nak balas, sedikit pun tidak mengeluh, apatah lagi mengungkit.

Apa salahnya kita suami bagi perhatian kepada isteri, jadi pendengar yang setia setiap keluhan mereka. tatkala kita sedang 'mengeteh' sehingga larut malam, isteri menanti kesunyian dirumah. Bagilah masa yang ada ini untuk hargai mereka, luangkan masa bersama mereka dari buang masa mengeteh setiap malam.

Selalu hadiahkan sesuatu untuk isteri tanda menghargai mereka. Ada masa, ada wang, ajak mereka shopping, masuk SPA. Tidak mengapa bang kita susah cari rezeki, ini rezeki untuk anak-anak dan isteri juga. Isteri pun faham kemampuan kita. Dia lagi faham apa perlu dan apa yang tidak perlu.Sebab dia kenal 'Poket' kita.

Rakan matt mula on telefon. Matt jap aku nak call isteri dah makan ke belum dia. Betullah matt apa yang ko cakap, kadang-kadang kita tidak nampak susah payah mereka. Tanya dah makan ke belum isteri dah suka, walaupon kita dah tahu dia dah makan tadi. Betullah setiap hari perlu hargai isteri.

-EncikMatt-
#IsteriAnugerahYangTerhebatDariAllah

Sumber: FB enMatt
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...