Skip to main content

Sebelum 'Survey' Rumah Yang Berharga Ratusan Ribu, Baik Anda Buat Kiraan Dulu, Harga Rumah Apa Yang Anda Layak Beli


Hendak diikutkan setiap dari kita pasti mempunyai perbezaan gaji yang berbeza, ianya selalunya berdasarkan pada pengalaman kerja, pangkat, juga pendidikan, namun, ia akan berubah dari semasa ke semasa bergantung pada sesebuah organisasi atau majikan menilai anda.

Tetapi, sudah pasti ramai di antara kita beranggapan, jika kita mempunyai gaji yang sama, dengan rakan sekerja kita, apa yang boleh dimiliki olehnya, pasti dapat diperolehi oleh anda juga. Anggapan sebegini adalah salah sama sekali.

Lebih-lebih lagi, dalam membuat perkiraan untuk membeli rumah, seperti apa yang telah dikongsikan oleh saudara Harith Faisal, yang turut diterbitkan dalam laman Gila Hartanah, terdapat perkiraan khusus buat individu, untuk mengetahui kelayakan anda dalam membuat pembiayaan perumahan.

Mari kita lihat lebih mendalam akan perkiraan tersebut.


CARA SEMPOI KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK NEWBIE

Selepas baca sampai habis, mesti korang rasa nak SHARE posting ni. Siap ada info ekstra tau.

"Saya dah lama survey rumah area sana. Ada 1 unit ni, harga RM300,000. Cantik. Owner nak let go cepat. Okay tak kalau saya nak beli?"

"Dah kira kelayakan untuk buat pembiayaan bank?"

"Belum. Tapi kawan ofis saya gaji macam saya, dia boleh je beli rumah harga macam tu. Takkan saya punya tak lepas pula, kan?"

"Tak semestinya gaji sama, layak beli rumah harga sama. Tengok juga komitmen masing-masing berapa."

Banyak saya dapat soalan macam tu. Nak beli rumah, dah survey rumah, tapi tak tahu pun sebenarnya dia layak atau tak.

Janganlah buang masa berbulan survey rumah RM300,000 padahal sebenarnya, rumah RM200,000 pun belum tentu lepas.

Nak jimat masa, saya kongikan secara asas kiraan harga rumah yang layak kita beli. 

Contoh kiraan adalah seperti di bawah.

 Income - Deduction = Net Income
* RM2,500 - RM200 = RM2,300

 Net Income x Max DSR % = Max Monthly Repayment
* RM2,300 x 60% = RM1,380


Kenapa darab 60%? Saya ambil contoh CIMB, untuk Net Income RM2,300 maksimum DSR yang dibenarkan adalah 60%.

Katakan anda ada komitmen bulanan bayar kereta RM400. Jadi baki monthly repayment yang anda layak adalah RM1,380 - RM400 = RM980.

CARA SEMPOI DARAB 200

 Baki Monthly Repayment X 200 = Home Financing.
* RM980 x 200 = RM196,000

Dah tahu anda layak dapat pembiayaan sampai RM196,000 sahaja, jangan pula cari rumah harga RM400,000. Memang takkan lepas.

INFO EKSTRA 

1. Bank Islam (BIMB) 

Gaji bawah RM7,000 = DSR Maksimum 70%
Gaji atas RM7,000 = DSR Maksimum 75% 

2. Ambank 

Gaji bawah RM5,000 = DSR Maksimum 60%
Gaji atas RM5,000 = DSR Maksimum 70% 

3. Maybank

Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 40%
Gaji atas RM3,500 = DSR Maksimum 75% 

4. CIMB 

Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 60%
Gaji atas RM3,500 = DSR Maksimum 75% 

5. MBSB 

DSR Maksimum = 80%

6. RHB 

Gaji bawah RM2,600 = DSR Maksimum 55%
Gaji atas RM2,600 = DSR Maksimum 75% 

7. Affin Bank

Gaji bawah RM5,000 = DSR Maksimum 60%
Gaji atas RM5,000 = DSR Maksimum 80% 

Info di atas tidak 100% tepat dan mungkin tak terkini. peratus maksimum DSR berubah mengikut polisi bank masing-masing. Walk in ke bank dan minta konsultasi dari pegawai bank untuk kiraan yang lebih tepat.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...