Skip to main content

Dulu Permohonan Kerja Ditolak, Kini Beliau Pemilik Tempat Kerja Tersebut

Lelaki tua ini kini berumur 77 tahun. Anak jati Kuala Lumpur ini mula naik basikal dan menjual ais krim seawal umur 11 tahun kerana nak membantu bapanya seorang pengusaha warung kopi.
Lepas habis sekolah, dia mula bekerja di ladang getah hingga sampai sekarang lelaki berketurunan Cina ini fasih bercakap Tamil sebab pergaulannya dengan pekerja ladang berketurunan India.

Ketika umurnya mencecah 22 tahun, dia memohon jawatan penyelia di ladang kelapa sawit milik syarikat Eropah, Dunlopp. Namun permohonannya ditolak mentah-mentah kerana dia tak boleh berbahasa Inggeris.

Siapa sangka, 20 tahun kemudian, lelaki ini BERJAYA MEMBELI ladang kelapa sawit tersebut!


“Tahun 1989 adalah tahun paling menggembirakan saya kerana berjaya membeli ladang Dunlopp dari syarikat Multi-Purposed Holdings. Nak tahu kenapa, dulu saya pernah minta kerja kat ladang itu tetapi sebab saya tidak ada kelulusan, nama saya ditolak mentah-mentah.

“Agaknya kalau saya diterima bekerja di ladang tersebut waktu itu, saya tak mungkin memiliki ladang ini sekarang,” katanya dalam satu temubual dengan akhbar NST sembilan tahun lalu.

Lelaki ini juga memiliki satu perangai pelik. Dia suka bercakap dengan pokok kelapa sawitnya. Kalau pokok itu berbuah, dia akan pergi dan ucap “I love you”.

Kalau tak berbuah, dia akan cakap “Saya bagi tempoh enam bulan lagi yea”. Kalau lepas itu pun masih gagal memberi hasil, dia akan kata pada pokok tersebut;

“Maaf Darling, aku tebang kau dulu!”

Dan kini, lelaki yang pernah menjual askrim itu, lelaki yang pernah kena hina sebab tak boleh berbahasa Inggeris dan lelaki yang dianggap pelik sebab suka bercakap dengan pokok itu, adalah LELAKI KE LIMA TERKAYA DI MALAYSIA DENGAN HARTANYA YANG DIANGGARKAN BERJUMLAH RM19 BILLION!

Dia yang aku maksudkan adalah pemilik IOI Corporation, pemilik IOI Properties, pemilik ladang kelapa sawit seluas 230,000 hektar termasuk di Indonesia, pemilik empat kilang pemprosesan sawit, pemilik kilang penapis terbesar di Eropah iaitu di Belanda – pendek kata apa saja yang bermula dengan tiga huruf iaitu I-O-I termasuk IOI Mall, dimiliki lelaki yang low profile ini.

Namanya ialah Lee Shin Cheng. Lebih tepat lagi – TAN SRI LEE SHIN CHENG. Pergh!!!

Sumber: Syahril A. Kadir
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...