Skip to main content

Jaminan Rezeki Dari Allah Apabila Seorang Isteri Redha Dengan Hobi Suami Peminat Besi Buruk


Aku, Suami Dan Besi Buruk, Oleh: Azreen Othman

Sebelum kami berkahwin dulu, akak tahu dia (suami) jenis lelaki yang gilakan motosikal. Tapi tak sangka sampai sebegini jadinya kegilaan dia.

Akak tahu dah banyak buat motor buruk dia, tapi pada akak jual di kedai pun bukan semuanya laku. Kalau ada pun yang mahu beli, berapa sen la sangat orang nak bayar gamaknya tu.

Selepas kahwin, akak makin sedar bukan main-main lagi kegilaan suami pada motosikal. Setiap hujung minggu akan terpaksa menjadi penunggu dalam kereta, bawah pokok, kedai India, Melayu, Siam dan Cina. Pakaian dia bila hujung minggu tidak pernah sempurna.



Sampaikan bila balik rumah ada yang dah tak tergamak lagi nak dibasuh. Kotor, minyak hitam dan debu. Kalau hari yang dia berkerja keras, alamatnya koyak rabaklah pakaian dia. Sampaikan ada masa dia luka-luka.

Perasaan akak bila waktu hujung minggu, Tuhan saja yang tahu. Merata negeri dia pergi. Besi buruk, itulah tujuan utama suami akak ni.

Pada mulanya akak sangat geram, entah apa yang dia cari, berjam-jam, berhari-hari. Tempat yang dekat-dekat lapanglah hati, kadang-kadang beratus kilometer kami pergi. Modal untuk minyak, makan dan tempat tidur bukannya sikit-sikit kena cari. Dengan harapan ada rezeki, betul-betul rezeki.

Lama-kelamaan akak semakin mengerti. Semakin redha dengan suami. Selalu akak berdoa kepada ilahi semoga ada rezeki yang kami cari. Sejuk rasa di hati apabila tengok riang di muka si suami. Besi buruk bernilai RM4000 dengan seratus dua sahaja dia beli. Itulah namanya rezeki. Jual beli besi buruk memang mainan dia sejak dulu lagi.

Ya lah mungkin orang yang senang di luar sana tu, yang mengkeji carian besi buruk kami, mudah urusannya lebih baik dari kami. Buat kerja sikit claimnya beribu tapi lain jalan bagi kami, susah senang sakit demam kami, berapa belanjanya biarlah kami saja yang mengerti.

Orang yang sibuk mengeji, bukan dia yang tinggal dalam rumah tangga kami. Selain hutang piutang sendiri, kena bayar juga hutang orang hidup dengan hutang orang yang sudah mati. Walau apa pun memang kami kena cari.


Terkadang terjumpa orang yang tidak memahami, keluar dari mulut dia soal anak. Cukup-cukuplah kerja kuat cari duit, sudah bertahun kawin, beranak pinaklah pulak. Hmmm, soal anak bukan ke rezeki? Ikhtiar akak dan suami, siapa tahu? Perasaan hati kami siapa yang mengerti?

Kalau melalui besi buruk ini Allah hadirkan rezeki. Akak terima dengan senang hati. Waktu nasib baik, timbullah emas purba dari timbunan timbunan besi buruk ini.

Sekarang ini akak pulak jadi pemerhati. Melilau mata mencari kedai besi buruk bersama-sama encik suami. Eh kami kan suami isteri, sudah berjanji akan sehidup semati.
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...