Skip to main content

"Kenapa Allah SWT Patahkan Motor Dan Bukan Kamu Sewaktu Kemalangan Itu?" - Teguran Seorang Bapa Untuk Anak Yang Degil

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai bapa terhadap apa yg menimpa anak lelaki saya baru2 ini. Mungkin juga ini blh diambil sbg pengajaran terhadap adik2 remaja agar mematuhi apa yg ibu bapa perkatakan.
Saya ada seorang anak lelaki yg baru2 ini tamat SPM. Sewaktu masih di sekolah dia selalu mengambil kenderaan saya baik motosikal atau kereta tanpa izin. Motosikal saya izinkan tapi sekitar kawasan taman perumahan saya. Kereta saya haramkan langsung. Ada berlaku kes yg dia curi2. Tapi dia akan kantoi dgn saya melalui adik2nya. Dan dia akan kena. Saya tidak benarkan hingga dia ada lesen.

Saya mengenakan kawalan yg ketat untuk keluar rumah. Kemana, dimana, dengan siapa dan berapa lama ? Jika tanpa izin saya atau ibunya maka saya akan menjerit dan dia akan makan penyakit. Saya tahu kawan2nya tidak sukakan saya kerana kawalan yg saya kenakan.

Selepas tamat SPM dan usianya layak utk memohon lesen memandu, saya sendiri yg hantarnya mendaftar di sekolah memandu. Dan selepas tamat sekolah dia rasa dia dah besar ala2 cara org putih dan blh bebas. Boleh keluar dgn kawan2 atau keluar malam. Sekarang saya haramkan terus keluar malam melainkan ada perkara2 tertentu dan dgn izin saya. Saya tahu dia tidak sukakan saya sekarang.

Cuma jenisnya tidak melawan dan pendam sendirian. Tapi apa saya nak pedulikan. Saya beri 2 pilihan sahaja.

i. Nak hidup dgn saya maka kena ikut cara dan didikan saya.
ii. Jika mahu kebebasan, saya blh lepaskan tangggungjwb sbg bapa. Kamu blh bungkus kain baju dan keluar dari rumah ini utk hidup sendiri.

Dia lulus ujian memandu tahap pertama dan dpt lesen L. Kepaknya agak terbuka sedikit. Tetapi saya tidak benarkan dia memandu kereta lagi. Hanya motosikal sahaja dan itu pun dgn kawalan saya. 

Mesti beritahu dgn jujur kemana hendak pergi, dgn siapa dan berapa lama ? Tujuannya supaya saya tahu jika berlaku apa2 yg tidak diingini, saya tahu kemana hendak dicari. Laluan mana, dimana dan apa2 sahaja petunjuk yg blh membantu.

Satu petang di awal Januari 2017. Dia sdg buat kerja dgn saya. Tiba2 dia hilang. Saya ingatkan dia pergi sembahyang atau di biliknya. Tiba2 dia telefon saya. “Abah..abah..cepat datang…orang eksiden kat Jalan Kebun”. Terkejut tak usah cakaplah. Terus saya pergi tanpa memberitahu ibunya. Sebab tidak mahu ibunya terkejut kerana ibunya ada darah tinggi.

Terkejut saya melihat motosikal saya yang baru 3 bulan dibeli. Baru bayar 2 kali dan belum pun servis 1000km pertama. Motor patah, kereta apek yg dilanggarnya hanya kemek bumper dan dia hanya luka di kaki.

Melihat keadaannya yg tidak teruk dia hampir makan penyakit saya di situ. Nasib baik apek itu dan bibiknya sempat tahan. Kerana keluar dan tunggang motosikal tanpa izin saya.

Saya tidak mempedulikan dia beberapa hari. Tidak melihat lukanya dan tidak bertanya khabar. Kerana geram. Hanya dilayan oleh ibunya dan adik perempuannya.

Pihak insuran motosikal hubungi saya dan beritahu motor tersebut tidak boleh dibaiki lagi. Katanya ‘total lost’. Nasib baik insuran all rider. Dan dia telah ada lesen L. Kita yg bawa dia pergi buat lesen, kita yg tanggung kos. Akhirnya motosikal kita yg hancur.
Saya panggil dia dan tanya dia, “Kenapa Allah SWT patahkan motor dan kamu sendiri terbang waktu kemalangan itu, tapi kamu hanya luka di kaki” ? “Kenapa Allah tidak patahkan kamu atau cedera yg teruk” ? Sebab jika melihat kpd keadaan motosikal dan cerita2 saksi, tidak munasabah dgn kecederaan yg dialaminya. Tapi itu…Allahuakbar. Allah Maha Besar. Alhamdullillah…

Sebabnya Allah masih sayangkan kamu. Allah nak bagi pengajaran kpd kamu. Dengarlah cakap ibu bapa. Dengarlah nasihat ibu bapa. Tidak ada ibu bapa yg waras yg nak mengawal atau mengokong anak. Ibu bapa buat begitu kerana sayangkan anak. Kerana ianya harta yg plg bernilai.

Semoga kisah ini dpt menjadi pengajaran kpd adik2 remaja yg lain. Dengarlah nasihat dan ajaran ibu bapa. Kalian harus bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yg prihatin terhadap kalian. Hari ini kalian mungkin menyampah dan nasihat ibu bapa itu tidak bernilai kpd kalian. Tapi sesungguhnya satu hari kelak ketika ibu bapa kalian telah diselimuti kain putih dan disimpan kemas dlm liang lahat, kalian akan menangis mengenangkan nasihat2 ibu bapa kalian dulu. Ketika itu baru kalian nampak nilainya.

Semoga insiden yg terjadi di JB adalah yg terakhir dlm negara kita. Dengarlah nasihat ibu bapa. Al Fatihah….
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...