Skip to main content

Mak-Mak Boleh Hilangkan Derita Anak Bengkak Tonsil Dengan 6 Cara, Cegah & Usahalah Sebelum Melarat!


"Bonda... kakak sejuk."

"Eh, demam lagi ke budak ni, kan dah 5 hari. Risau pula bila dah lama-lama camni! Cuba nganga, nak tengok tekak sikit."

Seperti mendengar arahan seorang cikgu, laju si kakak buka mulut sambil matanya mengalirkan laju air mata di pipi gebunya.

"Laaaa... tonsil bengkak balik lah Kak! Hmmm... tak apa lah, hari ni Bonda jaga kakak ya. Jangan sedih, kakak kena kuat dan lawan!"

Itulah pengorbanan seorang ibu, hal kerja terus letak belakang dulu. Bukan nak lepas tangan komitmen kerja tapi soal anak-anak ni satu pinjaman dari Allah, kenalah usaha lebih jaga anak.

Mulut terus terkumat-kamit bacakan ayat-ayat suci al-Quran. Ya, ubat bagai pun dah bagi, jadi kenalah minta pada Allah. Mohon agar rezeki sudut kesihatan anak makin tebal.
Macam Mana Tonsil Boleh Wujud

Sebenarnya sakit anak tekak atau bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tak kiralah kanak-kanak ataupun yang dewasa.

Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan anak kurang minum air, tu yang jadi bengkak."

Kononnya nak menunjukkan yang dalaman badan kita panas hingga tonsil boleh membengkak.

Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita.

Tonsil hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan ambil peranan untuk menapis semua bakteria yang cuba masuk.

Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus) yang dipanggil tonsillitis, ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ini boleh membawa kepada demam-demam, batuk, pening dan muntah-muntah.

Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau.

Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan. Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman.

Dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang.

3 Cara Mudah Untuk Hilang Bengkak Tonsil

1. Makan aiskrim vanilla

Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat. Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa coklat atau strawberi.

Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.

2. Berkumur dengan air garam

Kalau anak dah boleh berkumur, anda boleh cuba cara ini. Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian sila berkumur. Jangan sampai tertelan pula ya. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.
3. Rawat dengan vitamin untuk bengkak tonsil (kuatkan sistem imunisasi)

Untuk mereka yang berulang kali tonsil membengkak, ini menunjukkan jangkitan kuman menyebabkan sistem pertahanan badan lemah. Cadangan terbaik untuk rawat bengkak tonsil dan hilangkannya boleh ambil Scotts Emulsion atau Nutriferon. Kalau boleh sediakan di rumah, ya. Senang, bila anak sakit, terus bagi!

4. Air lemon + madu

Boleh bagi anak minum air lemon suam campur madu, dan tolong elakkan anak minum milo buat sementara. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika diserang sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.
5. Jangan bagi makan pedas

Haaa... ini larangan keras untuk pesakit tonsil! Makin pedas, makin bengkaklah tonsil anak tu. Mak-mak boleh sediakn sup dan masukkan bawang putih. Ini bagus nak lawan bakteria di tekak anak.

6. Elak ais

Mungkin ada yang suka makan kedai, jadi beringatlah sebab sesetengah kedai guna ais yang tidak dimasak. Ini pun boleh buat bakteria membiak di kawasan tonsil.

Tonsil bengkak biasanya hanya diberikan antibiotik untuk lawan bakteria. Jadi bila doktor sarankan anak anda makan antibiotik, sila habiskan. Kalau tak, tonsil akan datang balik. Tetapi untuk tonsilitis yang serius sehingga makan ubat apa pun tak jalan, biasanya doktor akan mencadangkan tonsil dibuang. Moga artikel ini bantu kaum mak-mak untuk rawat dan cegah dari peringkat awal bila anak demam sebab tonsil bengkak.

Sumber: Mingguan Wanita
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...