Skip to main content

Perhatian Ibu Bapa, Inilah Kesan Buruk Bila Anak Membawa Beg Terlalu Berat Ketika Ke Sekolah. Mohon Kongsikan...

Sebagai ibu bapa sudah menjadi kewajipan untuk selalu menjaga dan memperhatikan keadaan anak. Jangan sampai hal-hal remeh nantinya menjadi masalah yang besar di kemudian hari. Salah satu  contoh seperti ketika anak membawa beg yang terlalu berat ketika bersekolah.

Beg berat yang dipakai anak boleh menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan anak dalam tempoh yang panjang. Jika terus menerus memakai beg terlalu berat, boleh menyebabkan kesan buruk pada tulang punggung anak.

Ini menjadi satu peringatan kecil bagi anak-anak agar tidak membawa beg yang sangat berat ketika ke sekolah. Anak-anak pastinya tidak mengetahui kesan buruk yang terjadi jika bukan anda para orang tua atau abang kakaknya yang mengingatkan mereka.

Pertanyaan kenapa ini boleh terjadi ?


Perlu diingatkan ketika usia sekolah, anak-anak masih tahap pertumbuhan jadi sangat mudah mengalami masalah pada tulang terutama tulang belakangnya (tulang punggung). Hal ini memang tidak terus terjadi, jika berterusan ianya boleh mengakibatkan kesan yang lebih serius. Bahkan boleh menjadi lebih buruk.

Menurut American Pediatrician, beban yang mampu diangkat oleh anak-anak adalah 10%-20% dari berat tubuhnya. Anak-anak adalah individu yang masih membesar.

Pertumbuhan tulang mereka berlangsung hingga usia 9 sampai 14 tahun. Jika dalam usia itu terjadi gangguan pada tulang, maka pertumbuhan tulang pun akan terganggu.

“Ketika anak mengangkat beban melebihi batas kemampuannya, mereka cenderung mengambil posisi membongkok. Ini membuat anak akan menumpukkan bebannya pada salah satu bahu. Bahu cenderung ikut turun mengikuti arah graviti beban. Jika ini berlangsung lama, tulang punggung anak boleh membengkok ke tepi akibat kelainan rangka tubuh atau skoliosis,”.

Kekeliruan ketika mengangkat beban berat akan menimbulkan repetitive injury atau cedera berulang, dan kesannya boleh muncul ketika dewasa nanti, seperti penyebab kelainan tulang pada anak.

Secara lebih terperinci, di punggung terdapat otot yang berhubungan dengan leher iaitu otot upper trapesius. Jika otot upper trapesius tertarik ke bawah kerana beban, leher tetap menjulur ke depan.

Itulah sebabnya, orang yang membawa beg galas belakang terlalu berat boleh menyebabkan lehernya kelihatan panjang. Akibatnya leher pun terasa tegang dan kaku.

Meskipun belum ada laporan kanak-kanak mengalami kecederaan serius akibat membawa beg yang berat namun ada kes dimana sekumpulan doktor terpaksa melakukan langkah perubatan dengan membedah tulang punggung serta mengoperasinya dengan mencangkokkan tulang implant (pertolongan). Tentu hal ini boleh dihindari seawal mungkin jika ibu bapa mengingatkan anak-anaknya yang masih kecil usia kelas 1 sampai kelas 6 di sekolah rendah.

Jika memang anak terpaksa membawa banyak kelengkapan, berikanlah beg tarik kecil untuk meletakkan semua kelengkapan yang dirasa berat. Jangan memaksa punggung terus menerus menahan beban yang sangat berat.

Menjadi tanggungjawap ibu bapa menghindari hal-hal kecil yang boleh menyebabkan masalah besar dimasa depan. Kongsi dengan sahabat-sahabat anda semua. Terim kasih, Jazakumullah.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Perkongsian Dari Pomen Kereta 6 Tip Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Ditenggelami Air Semasa Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir. 1. Selepas banjir surut,  periksa kereta anda . Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta. 2.  Jangan cuba hidupkan enjin kereta . Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. 3. Kos untuk sebuah kotak ...