Skip to main content

Selalu Kita Dengar Jika Hidung Berdarah, Mesti Kena Mendongakkan Kepala, Petua Ini Salah Sebenarnya, Doktor Ini Kongsi Tips Yang Sebenarnya


Selalunya bila cuaca tersangat panas, ada di antara kita akan mengalami pendarahan di bahagian hidung, darah mula keluar dari lubang hidung, dan menitis-nitis. Dan perkara yang selalu kita buat adalah mendongkkan kepala dengan harapan akan pendarahan tersebut berhenti.
Tapi, tahukah anda, cara tersebut sebenarnya adalah salah, dan ia boleh menyebabkan darah tersebut masuk kembali ke belakang tekak, dan ke paru-paru.
Cara yang sebetulnya telah dikongsikan oleh Dr Wanie Wahab menerusi laman Twitternya.
Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan sebenarnya bila hidung berdarah, yang mana anda harus:
1. Memicit hidung, dan
2. Tundukkan kepala ke bawah.
3. Kemudian, pada masa yang sama, anda memicit hidung, kemam sekali ais, untuk menyejukkan diri anda semula.
4. Dalam pada itu juga, anda boleh meletakkan ais di bahagian dahi anda.
5. Namun begitu, jika anda rasakan seperti ada darah di sekitar tekak, boleh berkumur dengan menggunakan air sejuk, dan ludahkannya keluar, jangan ditelan.

6. Jika darah masih tidak berhenti dalam masa 20 minit anda mengulangi langkah-langkah tadi. Jangan tunggu, bergegaslah pergi ke klinik, atau hospital.

Dengan perkongsian ini, diharap anda boleh melakukan cara yang sebetulnya jika berhadapan dengan situasi hidung berdarah, jangan lagi mendongakkan kepala kerana ianya salah sama sekali.
Sumber: Twitter Dr Wanie Wahab
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...