Skip to main content

Aku Budak Flat Yg Cemerlang n Dapat Kerja Bagus . Tapi Reaksi Keluarga Buat Aku TERPANA !!!

Aku Budak Flat Yg Cemerlang n Dapat Kerja Bagus . Tapi Reaksi Keluarga Buat Aku TERPANA !!! | Ok, aku Alia umur 29 tahun, dah berkahwin dan ada 2 orang anak. Aku berasal dari keluarga yang susah. Tinggal di rumah flat kat Ampang berpuluh tahun lamanya. Ayah seorang pak guard , mak hanya surirumah sepenuh masa. Aku anak ke tiga dari 6 orang adik beradik.
Aku merupakan pelajar cemerlang sekolah dan berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Cita2 aku besar…nak ubah nasib keluarga, nak bantu mak ayah keluar dari kemiskinan. Nak dapatkan kerja yang bagus. 

Tapi mak ayah semacam tak happy je dengan kejayaan aku. Bagi diorang pelajaran tu tak penting, asalkan kau dah habis SPM boleh terus kerja bantu family. Yes, itulah yang kakak2 aku buat. Lepas SPM kerja kilang dan masing2 berkahwin umur 19 tahun.

Untuk rekod..aku merupakan cucu pertama yang berjaya sampai ke U (dua2 belah mak dan ayah). So status aku sebagai pelajar U dipandang sepi oleh sepupu2 dan makcik pakcik aku. Aku diibaratkan tak setaraf dengan mereka…& bermula lah episod ‘dipinggirkan’ secara berperingkat. 

Huhuu. Oh ya..hampir terlupa, aku memang sejenis makhluk tak banyak cakap..tapi aku bukan sombong. Dengan sedara mara aku memang ok dan aku takkan lupa asal usul aku. (Hampir seluruh keluarga aku menetap di flat yang sama cuma berlainan blok). Ya..aku memang anak flat.

Ditakdirkan aku grad dengan cemerlang dan berjaya dapat kerja yang aku idam idamkan …Alhamdulillah. Aku mula rasa mak ayah bangga dengan aku sebab diorang asyik bercerita dengan sedara mara dan kawan2 pasal kerja aku ni. Fuhhh..aku pon tumpang kembang semangkuk hehee. 

Tapi rupa rupanya adik beradik aku yang lain mula menjauhkan diri. Bagi diorang aku ni berlagak pandai, berlagak kaya..boleh beli hati mak ayah dengan duit. Setiap barang atau makanan yang aku beli, sikit pon diorang tak usik. Sedih ! Ya, mungkin silap aku…kurang bercakap dan kurang mesra dengan adik beradik. Tapi salah ke menjadi seorang pendiam? Bukan aku tak peduli..tapi aku bukan jenis yang suka berborak kosong merapu meraban. Bercakap hanya bila perlu.

Kakak2 pon jarang balik rumah kalau aku ada. Diorang akan cuba mengelak bertembung dengan aku. Mak ayah serba salah…aku tahu. Banyak hati yang perlu dijaga. Ok..aku dengan rela hati keluar dari rumah, moment yang tak akan aku lupakan. Saat aku keluar, mak pulang balik duit aku rm2k ..”Ambik balik duit ni, kami masih boleh hidup lagi kat sini”. Aku salam cium mak..tapi aku nampak mata mak merah.

Setiap bulan aku tak lupa bagi mak duit dan beli barang2 dapur. Aku tau mak berat nak ambik . Aku tau mak jugak buat macam2 cerita nak cover semua tu supaya kakak2 aku tak terasa hati. Jujur..niat aku hanya nak berbakti kepada keluarga terutama mak ayah & bantu sekolahkan adik2 aku.

Aku kahwin umur 26 tahun. Suami aku seorang yang baik, kerja bagus dan dari keluarga yang agak kaya. Kitorang dikenalkan oleh housemate aku . Aku segan sebenarnya…walaupun kaya tapi keluarga mertua sangat merendah diri dan terima aku seadanya. 

Cuma aku terkilan dengan layanan dari sedara mara aku yang lain, diorang pandang acuh tak acuh je. Bagi diorang mudah..orang kaya tu semuanya tak bagus…semua berlagak. Huh!! Banyak sangat tengok drama ..tu la pasal.

Sampai sekarang…keluarga aku masih memandang sinis kat aku. Katanya aku ni berlagak dah taknak campur dengan sedara mara. Dah bermacam usaha aku buat…setiap kali ada kenduri aku mesti datang. Tapi memang kena tahan telinga je la..kena perli sana sini. Aku kesian kat suami aku yang tak bersalah tu. 

Dia cuba jugak nak adapt dgn orang sekeliling..tapi belum berjaya lagi. Kadang2 aku rasa menyesal pulak belajar tinggi2 dan kerja bagus2 tapi akhirnya disisihkan keluarga. Kalau tau ..aku kawin je dgn budak flat ni, memang confirm mak ayah suka.

Tapi siapa kita untuk menidakkan takdir Allah…rezeki, ajal maut semua sudah ketentuan. Sebagai anak aku akan buat yang sebaiknya untuk berbakti kat mak ayah. Cuma aku harap sangat adik beradik, sedara mara aku dapat terima aku seadanya dan bagi aku peluang untuk bersama2 dalam keluarga. Sekian… Alia- via IIUM.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...