Skip to main content

Bayi Susah Tidur..Lelaki Ini Kongsi Teknik Menakjubkan Untuk Tidurkan Bayi Kurang 1 Minit Hanya Guna TISU !!!

Bayi Susah Tidur..Lelaki Ini Kongsi Teknik Menakjubkan Untuk Tidurkan Bayi Kurang 1 Minit Hanya Guna TISU !!! |Antara tugas mencabar yang perlu dilakukan seorang ayah atau ibu ialah menidurkan bayi pada waktu malam.
Namun, kini anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada gangguan tidur pada waktu malam melalui teknik mendodoi seorang ayah ini yang menidurkan anaknya dalam masa kurang daripada satu minit.
Nathan Dailo, seorang bapa yang berasal dari Sydney, Australia, memuatnaik sebuah video pada saluran YouTubenya yang menunjukkan bagaimana dia menidurkan bayi lelaki berusia 3 bulannya, Seth.
Klip tersebut yang telah ditonton lebih 26000 kali itu memaparkan si ayah mengusap sehelai tisu pada wajah anaknya beberapa kali sehingga bayi itu tertidur.
Nathan menulis, “Saya pasti setiap ibu bapa mencuba pelbagai cara baru untuk menidurkan bayi mereka. Lihat bagaimana saya dan isteri menidurkan bayi 3 berusia 3 bulan kami, Seth, dengan hanya menggunakan sehelai tisu.”
Pada permulaan video ini, Seth kelihatan sangat jauh sekali daripada hendak tidur apabila dia dilihat sedang gelisah di katilnya.
Kemudian, Nathan mula membelai wajah Seth perlahan-lahan menggunakan sehelai tisu.
Beberapa usapan awal tidak menampakkan sebarang kesan ke atas Seth, tetapi pada usapan kelima, bayi ini mula kelihatan mengantuk.
Perlahan-lahan dia mula tidur, tetapi kadang-kala masih membuka matanya. Tetapi pada usapan ke-14, dia telah nyenyak dibuai mimpi. Semua ini berlaku dalam masa 42 saat sahaja.
Teknik ini bukan sahaja berkesan pada Seth seorang.
Seorang penonton video berkenaan berterima kasih kepada Nathan dengan komennya, “Teknik ini berkesan pada bayi saya sebanyak 5 kali setakat ini, terima kasih!”
Kredit : Era Baru
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...