Skip to main content

Biodata Kareef Danial Abdullah (Lebih Dikenali Sebagai Mat Dan)..Siapakah Mat Dan Sebenarnya Ni..??

Nama Mat Dan mula menjadi sebutan netizen di Malaysia apabila sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki Inggeris yang fasih bercakap loghat Terengganu jadi tular di laman media sosial.

Berikutan video itu, nama Mat Dan sering menjadi sebutan netizen-netizen di Malaysia, khususnya mereka yang berasal dari Terengganu.


Sehingga kini, rezeki Mat Dan tidak pernah putus-putus dan beliau turut ditawarkan oleh pihak Astro untuk mengendalikan program kendalian beliau sendiri yang dikenali sebagai Mat Dan Kaki Jalan.

Mungkin ada yang tahu sedikit sebanyak mengenai jejaka Inggeris ini, namun kami senaraikan informasi mengenai Mat Dan agar mudah anda kongsikan perkara menarik ini bersama orang ramai.

1. Nama Mat Dan diambil bersempena dengan nama sebenar beliau, Daniel Tyler.

2. Mat Dan berasal dari Bristol, England

3. Pernah belajar di Kapasia Degree College, Dhaka, Bangladesh dan Cheltenham Bournside School and Sixth Form Centre, Cheltenham, Gloucestershire

4. Mengambil masa 3 hingga 4 tahun untuk betul-betul fasih loghat Terengganu

5. Mat Dan kidal dan kali pertama makan nasi adalah dengan guna tangan kiri. Sekarang sudah guna tangan kanan

6. Layan sangat loghat Terengganu, Mat Dan alami masalah untuk kembali speaking dalam Bahasa Inggeris


7. Dia akui mengambil masa agak lama untuk kembali cakap Bahasa Inggeris semula

8. Pada asalnya dia menggembara ke Thailand dan Laos sebelum seorang rakan mencadangkan untuk bercuti ke Pulau Perhentian.

9. Mat Dan peluk Islam dan tukar nama kepada Kareef Daniel Abdullah

10. Dia menjejakkan kaki di Malaysia pada 2009 ketika berusia 19 tahun dan sekarang sedang memikirkan untuk meneruskan pengajian, mungkin dalam kursus biologi marin. Nengok ikang sokmo nanti

11. Bapanya, Kevin (54 tahun) dan ibunya Nicol, juga berusia 54 tahun, telah beberapa kali ke Malaysia bagi melawat anak mereka.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...