Skip to main content

Doa Untuk Suami Atau Anak-anak Yang Panas Baran..Mohon Sebarkan Untuk Kebaikan Bersama..

Gambar Hiasan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Masalah sikap panas baran atau cepat melenting suami terhadap isteri dan anak-anak memang tidak dapat dielakkan pada mana-mana rumahtangga yang aman. Sudah menjadi lumrah hidup. Bak kata perpatah melayu "Sedang lidah lagi tergigit".

Tetapi sikap panas baran yang tidak terkawal itu yang amat ditakuti kerana setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang menyedihkan. Isteri kena pukul,ditendang dan ditampar. Ada yang sanggup tendang perut isteri yang sedang mengandung. Ada yang lebih teruk lagi sampai ada diperlakukan seperti binatang, diseterika muka dsbg.

Sebelum berkahwin memang susah nak kenal hati budinya. Tetapi selepas tiga bulan baru tahu sikit perangai buruknya. Ada yang selepas dua tahun, suami yang sebelum ini "pijak semut tak mati" tiba-tiba berubah sikap. 

Sikap cepat melenting dan panas baran walaupun berlaku sedikit kesalahan dari isteri itu. Bermacam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Maki hamun yang kurang wajar diluahkan pada isteri. Ini selalu berlaku apabila si suami sudah ada " affair" dengan wanita lain.

Pada wanita yang dianiayai suami, usah gentar atau takut. Allah SWT akan makbulkan doa-doa dari orang yang dianiayai. Ini merupakan ujian Allah SWT kepada suami dan kepada isteri. 

Sebagai isteri senjatanya hanyalah air mata dan doa. Maka perbanyakkan doa-doa. Merintih dan mengadu kepada Allah SWT akan kegundahan hati akan ada jalan keluar yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada suami agar panas barannya berkurang dan menjadi penyayang.

Bagaimana hendak mengamalkan doa-doa ini kepada suami atau anak-anak yang panas baran? Seperti biasanya diamalkan selepas solat. Untuk menyuruh suami atau anak-anak membaca doa-doa ini memang mustahil.

Cara yang lebih berkesan dengan membaca pada air kosong dan dibuatkan kopi atau teh bagi suami minum. Tidak mengapa jika ahli keluarga lain yang minum bersama.

Lakukan selepas solat asar jika menggunakan air kosong kerana ketika itu suami masih belum pulang dari tempat kerja. Dimulakan dengan Istighfar-3x, Shalawat Nabi-10x. Al-Fatihah-1x. Doa 1 dan 2 (3x). Penutup Salawat Nabi-10x.

DOA YANG PERTAMA.


Maksudnya:

"Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."(Surah Al-Anbiya: Ayat 69).

DOA YANG KEDUA.


Maksudnya:

22. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (Surah Hasyur: Ayat 22,23,24)

Sekian yang saya dapat kongsikan.. semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.. Insya Allah.. Dipersilakan share.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...