Skip to main content

“Kalau KAYAP Pusing 1 Badan Pasti MATI” Ini Penjelasan Doktor Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!

“Kalau KAYAP Pusing 1 Badan Pasti MATI” Ini Penjelasan Doktor Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! | “Betul ke klu kena KAYAP & dia pusing satu ROUND badan anda & bila bertembung…..pasti anda akan MATI. Kalau dia pusing dua round…he! he! anda HIDUP kembali…he he he!”
Nak tau dak, suatu pagi di Klinik doc…seorang pemuda masuk bilik consultant doc dalam kesakitan & kena KAYAP gelembung² menular di bahagian kanan badan serta memegang Surah Yasin. 
Doc tanya dia mengapa bawa Surah Yasin ni!!. Dia kata: “Doc; betul ke depa kata; saya akan mati bila kayap ni bertembung satu pusingan keliling badan saya nanti. Tolong doc saya muda lagi; belum kahwin lagi”.…

Doc hihihi SENYUM KAMBING je dengar kesedihannya!!…kecian doc tengok air mukanya…sungguh DOWN perasaannya!!


Betul ke kata Pemuda tu?? Pernah dalam hidup anda pi ZIARAH JENAZAH mati kerana KAYAP??….TIADA nu…Maka itu MITOS je.
MITOS KAYAP:
  1. Bila satu hujung kayap bertemu dengan satu hujung lagi….maka MATI le anda. Doc sampai lani tak pernah pi ziarah orang mati kerana kayap seumur hidup doc. Anda ada tak?
  2. Jangan makan ubat…biar kayap tu keluar habis. Doc nak tanya anda; yang nak sakit tu orang yang kena kayap ke atau yang bagi nasihat kepada kita yang tak betul ni….Lagi kayap merebak…lagi le sakit.
  3. Bila dah jadi parut dan parut tu sakit…dikata pula sebab kayap tu karam dalam badan & tak keluar habis. Sebenarnya yang sakit ialah saraf kita yang di serang kuman kayap tu sampai 2-3 bulan!
  4. Jangan makan buah/sayuran menjalar/berjalur (eg: tembikai, timun, labu) hihihi nanti parut anda jalar² macam harimau…hihihihi.
  5. Tak boleh dengar org goreng lauk, atau mkn mknn goreng & gatal…nanti kayap anda lagi sakit & gatal teruk…..kesihan nu!!
ILMU doc nak bagi sikit hal KAYAP.
Doc panggil Kayap sebagai Herpes Zoster. Ianya terjadi bila KULIT & SARAF anda diserang Virus Varicella Zoster. Virus ni serang kulit DERMATOME & urat saraf KIRI ATAU KANAN je & menyebabkan keradangan saraf tersebut yang buat anda sakit teramat sangat. Kulit anda terjadi kebas & panas.
Lepas 3 -5 hari, terdapat tompok-tompok KEMERAHAN yang menyakitkan atas kulit anda. Lepas 1 – 2 hari, timbul GELOMBONG² air yang kecil. Cecair tu leh jadi KUNING bila infeksi dengan kuman. Akhirnya gelembong² tu jadi kering. Kulit kering melupas sendiri dalam 1 -2 minggu. Kemudian tinggal le PARUT di kulit.
**Doc nak bgi peringatan:
KAYAP HANYA JADI DI SEBELAH KIRI atau KANAN BADAN/ MUKA je. TAK AKAN BERTEMBUNG……..he he he… Tok nek kita suka melawak je, kata bila bertembung MATI le kita. Tau dak, kita nak mati anytime… bukan kerana kayap nu.
  1. Jika kayap melibatkan muka, ia libat SEPARUH MUKA kanan atau kiri. Kalau kayap masuk MATA menjadi buta. Kalau kena otot & saraf muka kepala kita. Otot² muka anda akan lumpuh (facial palsy).
  2. Kayap boleh merebak ke organ dalaman kita seperti:
  • otak(meningoencephalitiscarditis), paru-paru (pneumomitis)
  • usus (enterocolitis).
Ni Komplikasi jika anda kena Kayap :
– Ada parut dikulit bekas kayap tu.
-Ada kesakitan pada bahagian urat saraf yang kena kuman kayap dalam jangka panjang.
Rawatan:
1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate atau calamine lotion untuk keringkan gelembong air kayap. Ada yang colek gelembung kayap bagi cepat kering.
2. Ubat penahan sakit ponstan/ diclofenac.
3. Ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
4. Ubat antiviral Acyclovir, valacyclovir & famciclovir.
Rawatan traditional boleh je guna. Tapi tiada Medikal Proof je. Kalau tak kesan….tanggung sendiri le/stop je. Ada yang Sapu kapur, pucuk delima; melur, mambu, ubi dan bedak. Guna le cara rawatan apa yang anda suka…OK je!!
Sumber:- Dr. Abdul Rahim
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...