Skip to main content

Pandang Rendah Masalah Rumahtangga Orang, Kini Diuji Hingga Bercerai Diusia Perkahwinan Hampir 40 Tahun

Kali pertama aku failkan tuntutan kat mahkamah pada bulan Mei tahun lepas. Dan pada kali pertama tu jugak aku jumpa sorang kak (dah pangkat makcik sebenarnya), yang datang memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya. Pesara kerajaan, bekas Pengetua sebuah sekolah menengah. Bersara dah 12 tahun. Dan menuntut fasakh dari suaminya pada usia perkahwinan lebih 40 tahun.
Aku panggil dia kak sebab dia memang cantik, genit orangnya. Kulit cerah, walaupun tak bergaya, tapi ada style. Bercakap pun lembut je, teratur, tenang dan berilmu. Katanya, "Kak menuntut fasakh sebab takut dosa kami berdua makin menimbun. Dua² dah gagal jalankan tanggungjawab."

Al-kisahnya, sebab sayangkan suami la kak tu tuntut fasakh. Dia dah bercucu, berderet dah. Suaminya penyayang sangat. Walaupun kejenya kurang sikit dari kak tu, tapi dia tetap seorang suami yang wajar diberi sepenuh penghormatan atas tanggungjawab, layanan dan kasih sayangnya yang tak berbelah bahagi untuk anak² dan isteri.

Waktu isteri melahirkan anak, kalau tak salah aku 5 orang kut, kelima² kali tu la suami dia sendiri yang jaga dia, bela dan belai dia. Dari anak pertama sampai anak terakhir, layanan tak pernah kurang. Semua orang nampak kasih sayang suami dia. Dan mestila dia rasa bertuah kan.

Pendek kata suami tu suami dambaan la. Dia terlalu disayang dek suami sendiri sampai selalu pandang rendah kat orang lain. Yang ni dia mengakui sendiri, bukan aku yang reka². Dia kata, dia selalu pandang rendah kat orang lain yang ada masalah rumahtangga. Dia selalu rasa semua tu salah isteri sebab tak pandai jaga suami. Dia selalu kata semua tu jadi sebab attachment dengan Allah tu takde.

Hidup dia takde major prob pun. Anak² semua berjaya. Problem sikit² tu biasa la. Overall cemerlang. Suami penyayang dan setia habis.

Sampai la masanya tika ujian Allah tu turun. Lepas bersara, ingatkan makin mesra sebab makin banyak masa bersama. Tapi 3 tahun sebelum kak ni tuntut fasakh, suami kawen lain. Dengan janda. Dan macam mana suami sayangkan dia dulu, layankan dia dulu, macam tu la yang suami buat pada bini mudanya. Teramat sayang kat bini muda.

Kak tu kata, suami bukan tak sayang kat dia dan anak², tapi kasih dah terbahagi. Mula² semua dalam kawalan lagi. Tapi makin lama makin hilang. Sampai sudahnya suami tak balik² dan mengabaikan tanggungjawabnya pada kak ni. Bincang tak jalan, pujuk tak jalan, gaduh tak jalan. Last sekali, fasakh la jadi pilihan. Sebab taknak dosa terus berjalan.

Kata kak tu, salah satu benda yang dia belajar ialah - dalam apapun situasi, bersangka baik la. Mungkin tu balasan untuk diri dia sebab dulu suka judge orang, kata orang, sangka buruk dengan orang. Asal tak bahagia, dia kata isteri tak pandai jaga suami, tak attach dengan Tuhan. Sekarang (masa tu) dia tercari² salah dan silap dia kat mana. Bila tiba² perkahwinan yang bahagia tu, tewas pada usia lebih 40 tahun.

Apa yang aku nak kongsikan kat sini ialah, kepada semua pasangan berkahwin, yang dikurniakan suami yang baik - bertanggungjawab, penyayang, tak curang, maka SYUKURLA PADA ALLAH. Jangan sekali² terdetik walau dalam hati, nak pandang orang lain yang diuji dengan suami yang 'macam-macam' ni sebagai isteri yang tak pandai jaga suami, tak pandai urus rumahtangga, tak dekat dengan Tuhan. Jangannnn, a big NO.

Kenapa? Sebab kita takkan pernah tau apa yang orang lain lalui. Kita takkan dapat rasa penderitaan orang lain. Tak perlu judge apa². Kalau dah terdetik dalam hati tu, istighfar la cepat². Allah Maha Pengampun.

Dan lagi pesan aku, kalau kita bahagia dengan suami, tetap tak perlu tunjuk atau pamerkan berlebihan. Bersederhana je cukup. Orang yang benar² bahagia takkan pamerkan kebahagiaan dia, sebab bahagia untuk dirasa dalam hati dua manusia yang hidup bersama. Kalau orang tak tau pun takpe, mereka tetap bahagia.

Kita hari ni pamer kebahagiaan berganda, kalau satu masa Allah nak uji, semua benda tak mustahil boleh berlaku. Hati manusia ni Allah yang pegang. Hari ni orang tu cinta kita separuh nyawa, tapi kalau Allah nak twist hati dia, sekelip mata je. Beringatla.

Status ni takde kaitan dengan sesiapa. Sekadar peringatan untuk kita semua. Ni kisah benar kak tu. Bukan aku reka cerita. Kisah hakikat buat kita ambil pengajaran bersama. Kak tu kawen dah lebih 40 tahun, bahagia, tapi sudahnya ke mahkamah jugak.

Allah kalau nak uji, di kala usia dah senja pun boleh cerai berai, boleh didustakan dek suami, boleh dikhianati. Jaga²lah. Jangan pernah rasa selamat selama mana pun usia perkahwinan kita sekarang. Dan jangan sekali² pandang hina pada wanita² yang diceraikan dek suami, atau menuntut cerai dari suami. Esok lusa, kita pun taktau lagi untung nasib kita. Hati manusia tu sentiasa berbolak balik.

Sumber: Nini Ruspawan
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman