Skip to main content

Pasangan Suami Isteri Boleh Cuba Tip Untuk Dapat Anak Dengan Memakan Buah Kurma Liat

Setiap pasangan di dunia ini setelah mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian dan keinginan untuk menimang cahaya mata kerana anaklah penyeri hidup setiap keluarga.

Tetapi tidak semua impian terus menjadi kenyataan kekadang adanya rintangan dan ujian yang terpaksa dilalui oleh sesetengah pasangan. Kesukaran untuk mendapatkan anak pastinya terjadi walaupun berbagai usaha telah dilakukan.

Namun, disebalik kesukaran pasti ada jalan dan ikhtiar yang boleh dilakukan. Ada juga petua tertentu dan juga tips serta cara untuk mengandung mengikut amalan petua orang tua dulu-dulu yang boleh diikut agar dapat menimang anak.


Berikut adalah cara untuk mengandung yang dikongsikan oleh Ani Sup Utara untuk sesiapa saja yang ingin mendapatkan anak dengan memakan buah kurma yang liat.

Tips Untuk Mengandung


Bahan-bahan

Buah kurma yang betul-betul liat sekilogram (kurma biasa pun boleh)
1 liter susu kambing segar

Cara-caranya
.
1) Ambil segenggam buah kurma untuk suami dan isteri

2) Buangkan bijinya dan masukkan ke dalam blender. Blenderkan kurma dengan susu kambing 1 liter. Blend sampai hancur kesemuanya.

3) Hasil buah kurma yang telah blend itu bahagikan kepada dua secara sama rata.

4) Sebelum diminum, sila niat dahulu. Baca surah Maryam ayat 1-12. Selepas itu, suami dan isteri bolehlah minum air kurma itu sampai habis. Jangan disimpan, wajib dihabiskan semuanya.

5) Keesokkannya dan seterusnya, boleh diamalkan setiap hari segelas susu kambing dan 7 biji kurma dan baca surah Maryam juga.

Insha Allah, pasti Allah tidak akan hampakan kita. Wanita yang mandul juga mampu 'pregnant', selagi adanya rahim, selagi itulah dia boleh mengandung dan mendapatkan anak.

Tips dan cara ini saya dapatkan daripada seorang ustaz. Kata ustaz tersebut, kadang-kadang jika kita tak boleh mengandung bukannya disebabkan mandul tetapi rahim kita sebenarnya diganggu oleh makhluk jin yang tumpang berteduh di situ.

Disebabkan itulah kita digalakkan meminum susu kambing sebab susu kambing adalah musuh kepada jin. Jin tidak menyukai dan membenci susu kambing.

Sebelum ini ada yang pernah cuba dengan cara ini dan telah terbukti menjadi serta mengandung. Insha Allah, jika sudah rezeki anda, anda pasti mengandung juga.

Selamat mencuba!
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...