Skip to main content

5 Langkah Untuk Menghindari Baju Dalam Almari Berbau Hapak. Inilah Caranya...


5 LANGKAH UNTUK MENGHINDARI BAJU DALAM ALMARI BERBAU HAPAK

[=] Serius memang memalukan bila baju sedikit berbau. Mungkin orang sekeliling tidak perasan tetapi kita yang memakai baju itu kadang kala timbul perasaan seperti orang sedang menghidu dan memandang kita. Pernah tak?

[=] Letih rasanya membasuh pakaian tetapi baunya lebih teruk dari sebelum dibasuh dan lagi teruk kalau baju yang kita letak dalam almari berbau mak datuk memang pening kepala. Bukak sahaja almari, hurmmm ada bau kurang menyenangkan singgah ke hidung. Dah tu nak buat apa? Ada ke tips nak pastikan baju dalam almari tidak hapak.

## Serbuk Kopi ## 

  • [=] Tahukah anda serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi separuh ke dalam tin bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Sekali sebulan, tukar serbuk kopi tersebut untuk kekalkan kesegaran.


## Sabun Buku ## 

  • [=] Pabila sebuku sabun terdedah pada suhu bilik, ia akan menghasilkan aroma manis yang anda boleh gunakan untuk jadikan bau pakaian lebih wangi. Pilih aroma sabun buku yang membuatkan anda selesa dan berasa nyaman. Letakkan lipatan baju di dalam kotak atau laci yang bertutup. Kemudian letakkan satu lagi lapisan kain nipis seperti napkin di atas lipatan baju tersebut dan letakkan sabun buku tersebut di atas lipatan baju tersebut. Tutup kotak atau laci tersebut. Setelah lebih kurang empat jam, pakaian tersebut akan menyerap bau sabun tersebut.


## Bebola Kapas dan Parfum ## 

  • [=] Parfum tidak akan menyingkir bau busuk atau hapak, tetapi ia benar boleh melindungi pakaian dari berbau. Sembur parfum haruman pilihan anda pada bebola kapas dan letakkan ia ke dalam almari pakaian.


## Herba Dalam Uncang ## 

  • [=] Isi herba kesukaan anda ke dalam uncang kapas. Kami cadangkan bunga lavender atau serai. Tutup dan letakkannya ke dalam gerobok pakaian anda.


## Semburan Kain ## 

  • [=] Anda boleh DIY sendiri dengan menggabungkan essential oil serta air untuk menjadikannya sebagai semburan kain. Atau mungkin anda boleh dapatkan semburan kain yang beraroma untuk mengharumkan bau pakaian anda.
    loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...