Skip to main content

Adakah Haram Panggil Suami Isteri Panggilan Abi-Ummi? Pasangan Suami Isteri Mohon Baca...

Panggilan Ummi & Abi pada Isteri & Suami pun menjadi masalah "khilafiyah" (perbezaan pendapat di kalangan ulama).

Di sisi lain, panggilan Abi dan Umi banyak dilakukan keluarga Muslim. isteri dan anak-anak memanggil Abi kepada kepala rumah tangga (suami/ayah). Suami memanggil Umi kepada isteri. Demikian pula panggilan anak-anak kepada ibunya.

Versi 1: Panggilan Abi & Umi Makruh 

Sumber wacana ini adalah pernyataan dalam kitab Ar-Raudhatul Murbi’ Syarah Zadul Mustaqni’:

ويكره نداء أحد الزوجين الآخر بما يختص بذي رحم محرم كأبي وأمي

"Dan dibenci (makruh) memanggil salah satu di antara suami atau isteri dengan panggilan khusus yang ada hubungannya dengan mahram, seperti isteri memanggil suaminya dengan panggilan ‘Abi’ (Ayahku) dan suami memanggil isterinya dengan panggilan ‘Ummi’ (Ibuku).”

Berikut ini adalah, fatwa Syeikh Muhammad bin Sholih al-Utsaimin tentang masalah di atas, semoga tulisan ini boleh bermanfaat bagi penulis dan pembacanya:


Versi 2: Panggilan Abi & Umi Mubah (Boleh)

Pendapat kedua menyebutkan bolehnya memanggil Abi dan Umi sebagaimana disebutkan dalam Fatawa Nurun Alad Darb: 

السؤال: هل يجوز للرجل أن يقول لزوجته يا أختي بقصد المحبة فقط , أو يا أمي بقصد المحبة فقط

فأجاب: نعم , يجوز له أن يقول لها يا أختي, أو يا أمي, وما أشبه ذلك من الكلمات التي توجب المودة والمحبة, وإن كان بعض أهل العلم كره أن يخاطب الرجل زوجته بمثل هذه العبارات, ولكن لا وجه للكراهة, وذلك لأن الأعمال بالنيات, وهذا الرجل لم ينو بهذه الكلمات أنها أخته بالتحريم والمحرمية, وإنما أراد أن يتودد إليها ويتحبب إليها, وكل شيء يكون سبباً للمودة بين الزوجين, سواء كان من الزوج أو الزوجة فإنه أمر مطلوب

Pertanyaan: Bolehkan suami memanggil isterinya “Ya Ukhti” (wahai saudariku) atau “Ya Ummi” (wahai ibuku) kerana dorongan kecintaan saja?.

Jawaban: Ya, dibolehkan bagi suami untuk memanggil isterinya dg panggilan “Ya Ukhti”, atau “Ya Ummi“, atau panggilan-panggilan lain yang dapat mendatangkan rasa sayang dan cinta.
Setiap amalan itu tergantung niatnya. Insya Allah, suami di keluarga Muslim tidak bermaksud melakukan zhihar (menyamakan isteri dengan ibu) ketika memanggil isteri tercinta dengan panggilan "Ummi", tapi lebih untuk memuliakan dan menunjukkan kasing sayang. 

"Setiap sesuatu yang mendatangkan rasa sayang antara dua mempelai, baik dilakukan oleh suami maupun isteri, maka hal itu adalah sesuatu yang dianjurkan. (Fatawa Nurun Alad Darb - Fatawa Sual wa Jawab).

Dalam kitab Syarhul Mumti’ ditegaskan:

فإذا قال: يا أمي تعالي، أصلحي الغداء فليس بظهار، لكن ذكر الفقهاء -رحمهم الله- أنه يكره للرجل أن ينادي زوجته باسم محارمه، فلا يقول: يا أختي، يا أمي، يا بنتي، وما أشبه ذلك، وقولهم ليس بصواب؛ لأن المعنى معلوم أنه أراد الكرامة، فهذا ليس فيه شيء، بل هذا من العبارات التي توجب المودة والمحبة والألفة.

"Jika seorang suami mengatakan kepada isterinya: “ya Ummi! Kemarilah, siapkan makan siang”, ini bukanlah “zhihar“. Namun para ahli fikih –rohimahumulloh– menyebutkan bahwa: di-makruh-kan bagi seorang suami memanggil isterinya dg sebutan mahrom-mahromnya, sehingga tidak boleh baginya memanggil isterinya: “ya Ukhti”, “ya Ummi“, “ya Binti”, dan yang semisalnya. Perkataan mereka ini tidaklah benar, kerana makna dari panggilan itu sudah maklum, bahawa si suami bermaksud memuliakan isterinya, maka ini tidaklah mengapa, bahkan panggilan-panggilan seperti ini dapat mendatangkan rasa sayang, cinta, dan keakaraban. (Syarhul Mumti’).

Ibnu Qudamah dalam kitab Al Mughni mengatakan:

"Apabila seseorang mengatakan : Kamu bagai ummi atau seperti ummi dan jika ia meniatkan zihar maka terjadi zihar, maka ia adalah zihar, menurut pendapat kebanyakan ulama. Sedangkan jika dia meniatkan sebuah kemuliaan dan penghargaan, maka ia bukanlah zihar walaupun seseorang mengatakan: kamu ummi atau isteriku ummi.” 

Teladan Rasulullah Saw dalam Memanggil isteri

Bagaimana Rasulullah Muhammad Saw memanggil isterinya?  Dari berbagai hadis, beliau biasa memanggil isteri-isterinya dengan panggilan kesukaan dan panggilan yang indah.

Rasulullah biasa memanggil isteri tercintanya, Siti ‘Aisyah r.a., dengan panggilan “Ya Humaira” (Wahai si merah jambu/Wahai yang pipinya kemerah-merahan). Menurut riwayat shahih, panggilan itu diberikan kerana warna kulit pipi (wajah) Siti Aisyah yang putih kemerah-merahan.

Kesimpulan

Panggilan Ummi pada isteri & Abi pada Suami, selain untuk kasih sayang dan kehangatan rumah tangga, biasanya dilakukan keluarga Muslim untuk memberikan contoh kepada anak-anak tentang cara memanggil ayah dan ibu mereka, sebagaimana panggilan Papa & Mama --panggilan yang "sesuai" dari kontroversi kerana tidak ada penambahan makna "ku" seperti dalam Abi (Ayahku) dan Umi (Ibuku). Wallahu a'lam bish-shawabi.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...