Skip to main content

ALLAHUAKBAR...!!! DERHAKA Dengan Ibu Di Tanah Suci. Apa yang Berlaku pada Aku Sepanjang Umrah Buat Aku INSAF !!!

Assalamualaikum. Nama aku Zatul. Ringkas tapi mendalam. Aku bersyukur tak terhingga diberi kesempatan mengerjakan umrah bersama mak ayah. Tapi ini apa yg jadi. 

Jejaknya kaki di tanah Madinah, lepas berjam-jam kesejukan, tidur tak nyenyak dlm kapal terbang dan bas, aku yg becok mulut, dalam sejarah berdiam diri sepanjang perjalanan. Masa hendak turun bas, ada sesuatu di tangan. Chewing gum beb. 

Chewing gum! Geli! Terkeluar satu perkataan yg langsung tak patut. “BODOH”. Itu perkataan pertama aku di Madinah. Terpempan aku, sedih dan kecewa dgn diri sendiri. Di tanah suci, sepatutnya kalimah suci basah di bibir dan hati. Itu refleksi diri jugak akan apa sebenarnya tabiat buruk kita di dunia. Abg aku kat sebelah geleng kepala.

Itu yg pertama kebodohan aku. Yg kedua, derhaka. Aku dpt pergi umrah ni dgn abg, sebab teman mak dan ayah. Tugas anak jaga mak di mana-mana pun. Waktu solat, aku pilih jauh dari kipas sebab hidung sensitif meleleh hingus. 


Tapi mak aku nak betul-betul bawah kipas, ye la sebab panas ramai orang. Terus terjadilah kederhakaan aku melawan cakap mak aku, tinggi suara dan tarik muka duduk jauh. Tak pernah aku jauh dari mak aku hanya sebab hingus. Pastu mula gelabah bila baru sedar jauh.

Bayangkan perasaan seorang mak, anak sendiri solat berjauhan. Menyesal aku menyesal. Tapi Allah bagi cash. Masa nak makan, entah lelaki mana join dewan makan kumpulan kami. Allah takdirkan dia tumpahkan air panas terus dari flask air ke kaki aku. Burn. Panas dunia. Menangis tak kira. Walaupun ada stokin, tapi melecur jugak sampai letak ubat gigi pun pedih.

Lagi derhaka lagi. Aku tertinggi suara lagi sebab mak aku duduk solat tak rapat saf. Aku rapatkan, mak aku suruh jauh sikit sebab nak duduk tahiyat akhir dgn selesa. Aku patut tahu mak aku sakit lutut. Tapi aku anak yg tak memahami dan tak sedar diri, derhaka dgn mak di tanah haram.

Cash Allah bagi kat aku lagi. Hotel kitorang lif sangat lambat sbb ramai orang. Lif datang, ramai. Ada satu pasangan Arab. Mak ayah suruh aku masuk lif dulu. Tapi tiba si isteri yg agak besar ni tolak aku keluar dari lif dgn kasar. Aku yg agak comel ni, nasib baik tak jatuh terseliuh. Mak aku yg patut terasa dgn aku sbb tertinggi suara sebelum ni, tapi tetap sayang kt aku. Mak marah org Arab tu, tapi lif dah nak tutup pun. Maka kami semua naik tangga sama-sama.

Sendu hati. Syahdu. Anak yg tak bertimbang rasa. Sebab itu, masuk je dlm Masjidil Haram, nampak je Kaabah, banjir air mata aku. Basah telekung. Fikirkan dosa aku bertingkat-tingkat. Macam-macam ujian masa aku buat umrah. Masa nak masuk dalam Raudhah, ramai orang takyah nak cakap. Siap ada tolak mak aku. Apa lagi, kemarahan membuak-buak. Aku jegil mata tunjuk, “UMMI, UMMI”. Tapi makcik tu buat tak tahu je. Rupanya dia pun tgh pimpin mak dia. Tapi tak aci la mcm tu.

Ada jugak kes yg main letak bahu kat aku, yg agak rendang ketinggian. Kalau kejap takpe la, tapi ni siap sangkut selipar kat bahu orang. Apadahal wey. Sekali nak jalan balik hotel, ada satu tangan kat bahu aku. Dalam kemarahan, aku angkat bahu jatuhkan tangan org tu. Pandang belakang, rupanya makcik tua. Ya Allah, berdosa lagi.

Sedar diri belum bersedia untuk pergi umrah. Memang, aku tak pergi kursus pun. Ikut je angkut beg, sebab mak ayah dah pergi haji, dan ini pun umrah kedua mak ayah. Naik bas, untuk pergi berniat sebelum umrah terakhir, tiba-tiba aku period. Yes dah makan ubat tahan period, tapi itu la, sebab tak bergantung kat Allah, bergantung kat ubat. Aku tak dapat buat Tawaf Wida’. Sedih ya Allah. Aku berhutang satu umrah. Sebab tak niat bersyarat, kan tak pergi kursus. Ayah rasa bersalah sebab tak ingatkan aku. Jadi, balik Malaysia, ayah minta ustaz uruskan bayar dam. Mak ayah kata, nanti dah kahwin, qada umrah dgn suami.

Sebelum balik pulak, aku demam. Suhu tinggi. Tak pernah aku demam mcm ni. Moody habis. Tak pernah makan tak habis, makanan dlm flight aku tak sentuh. Air zam-zam mak ayah bagi untuk aku mandi baru kebah sikit.

Demikian BODOHNYA aku masa umrah. Refleksi diri, jadi anak solehah. Berbakti pada mak ayah semampu mungkin. Kawal nafsu amarah. – ZSN via IIUM.
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...