Skip to main content

Dahulu Pekerja Kilang, Kini Jejaka Nepal Peroleh Pendapatan Lebih RM26,000 Sebulan


Kalau dilihat pada hari ini, di mana-mana sahaja kawasan di Malaysia ini, anda pasti akan terjumpa warganegara asing. Tidak kiralah sama ada dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, India, Pakistan mahupun Thailand. Mereka semua berhijrah ke Malaysia disebabkan peluang pekerjaan di sini lebih baik dari di negara mereka. Sanggun berkorban meninggalkan kampung halaman dan keluarga tersayang hanya untuk sesuap nasi untuk meneruskan hidup.
Mereka datang dan bekerja di sini, rata-rata sebagai pekerja buruh, di dalam pelbagai sektor, kebanyakkannya adalah sektor pembinaan dan pengilangan. Namun, ada di antara mereka yang bijak menggunakan peluang ini untuk mendapatkan rezeki halal yang lebih, dengan bakat yang ada pada diri mereka. Cerita ini mengenai Suren, jejaka dari Nepal yang dahulunya pekerja kilang, tetapi sekarang memperoleh pendapatan bulanan melebihi RM26,000.
Artikel ini ditulis oleh saudara Izzat Ismail di laman facebook miliknya. Semoga bermanfaat kepada semua.

Kisah Suren, si Nepal berumur 25 tahun yang hidup di Malaysia dengan pendapatan RM26,000 sebulan.
Malam tadi jam 10.30 den pergi ke rumah sewa lama untuk selesaikan beberapa barang yang masih tertinggal.
Rupa-rupanya rumah tersebut sekarang disewa oleh Suren bersama abang dan kakak iparnya.
Disebabkan den rakyat malaysia yang berhemah dan berjiwa mulia, den mulalah berbual dengan Suren, asal usul, kerja lama, kerja sekarang, apa bikin, kehidupan di Nepal, gunung everest, pemimpin korupsi di Nepal, polis makan rasuah dan banyak lagi.
Yang paling den terkejut beruk, bila Suren cerita pekerjaan sekarang dan jumlah pendapatannya.
Dari jam 10.30 malam, kami berbual hingga jarum menginjak 12.20 tengah malam. Dah macam jejak kasih jumpa saudara yang lama terpisah.
Kisahnya begini, 2 tahun lepas Suren ni cuma "general worker" di sebuah kilang di Rawang. Namun, dia nampak potensi perniagaan apabila dia lihat ramai orang Nepal di sini.
Suren mula buka bisnes kedai makan, khas untuk orang Nepal. Modus operandi Suren cukup bijak, dia menawarkan pada pekerja Nepal yang ada di Rawang pakej bulanan berharga RM220 untuk makan 2 kali sehari selama satu bulan. Sehari jatuhnya lebih kurang RM7.30 beserta khidmat "free delivery".
Jika pelanggan yang tidak mahu pakej bulanan, atau pelanggan yang "walk in", harga makanan akan jauh lebih mahal mencecah RM11. Jadi, kebanyakan pelanggan lebih berminat dengan pakej bayaran bulanan RM220/bulan.
Sekarang Suren sudah ada pelanggan tetap Nepal yang mengambil pakej bulanan seramai 120 orang.
120 orang X RM220 = RM26,400
Ini pendapatan kasar minima Suren, tidak dicampur dengan pelanggan yang "walk in".
Dia boleh menggaji 6 orang pekerja. Kakak iparnya sebagai "cashier", abangnya sebagai "supervisor", dua orang Nepal menguruskan "food packaging", dan dua orang lagi Nepal sebagai "chef", teringat den pada Kame Daud.
Jadual hidup Suren :
5.00 am - banngun dan pergi ke kedai
7.00 am - mulakan "delivery pertama"
10.00 am - Suren pulang ke rumah untuk rehat dan tidur sampai jam 4.00 pm
5.00 pm - selepas mandi (kalau dia mandi la), Suren pergi semula ke kedai
6.00 pm - "delivery kedua"
10.30 pm - balik rumah tidur
Kagum den dengan Suren, boleh menyewa sebuah kedai daripada orang Melayu, boleh menggaji 6 orang pekerja, dan yang hebatnya, berjaya membeli sebuah kereta proton waja RM8000 secara tunai.
Ujar Suren, hei kawan, kirja dengan worang (makan gaji), hujung bulan ngam ngam bilanja duiy habis. Miniaga bulih untung la. Dah macam Encik Azizan Osman den dengar Suren cakap. Haha.
Itulah kisah Suren, jejaka Nepal yang bijak mengambil peluang. Asalnya di Nepal cuma bekerja kampung, datang ke Malaysia sebagai pekerja kilang, dan sekarang sudah bergelar pengusaha kedai makan.
Apa lagi alasan kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini. Marilah berusaha memerah keringat.
Suren yang belakang, den yang depan. Korang jangan tersalah pula, muka memang lebih kurang. Nanti den nak periksa salah silah keturunan, mungkin nenek moyang den asalnya Nepal. Jubake.
Disclaimer : ketiak Suren tak busuk, musykil juga den.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman