Skip to main content

Kenali Dr. Zakir Naik, Pendakwah Buruan Kerajaan India

iluminasi zakir naik malaysia india dakwah islam
Zakir Abdul Karim Naik lahir pada 18 Oktober 1965 di sebuah daerah di Mumbai, India.
Ayahnya bernama Abdul Karim Naik sementara ibunya bernama Pochamma Naik. Beliau bersekolah di Sekolah Tinggi St.Peter's di Mumbai kemudian menyambung pelajarannya di Kolej Kishinchand Chellaram. Mula memasuki pendidikan dalam bidang perubatan di Topiwala National Medical College and Nair Hospital, seterusnya menyambung pelajaran di Universiti of Mumbai.
Pada tahun 1987, beliau bertemu dengan individu yang paling besar pengaruhnya dalam hidup beliau, Tuan Ahmad Deedar, seorang penceramah terkenal dari Afrika Selatan. Perjumpaan itu membuatkan Zakir mahu menjadikan dirinya juga seorang pendakwah yang mahu meramaikan umat Islam. Atas niat demikian, Zakir membentuk Islamic Research Foundation atau IRF pada tahun 1991.
Tujuan utama beliau berdakwah adalah kerana (dalam ayatnya sendiri) "terlalu ramai orang Muslim yang ragu-ragu dengan agama mereka sendiri sehinggakan mereka merasa Islam sudah tidak relevan pada zaman sekarang."

KONTROVERSI ZAKIR NAIK

iluminasi zakir naik malaysia india dakwah islam2

Dr.Zakir Naik akan menimbulkan kontroversi ke mana saja dia pergi kerana dakwahnya menggunakan kaedah perbandingan agama yang pasti akan menyakitkan hati penganut agama lain. Beliau juga terpalit dengan beberapa kontroversi lain;
a. Pada tahun 2004, ketika pertemuan di University of Melbourne, Dr.Zakir menyamakan pakaian yang berkonsep barat akan membuatkan wanita dirogol
b. Dr. Zakir Naik juga mengkritik secara lantang teori Darwin yang menyatakan manusia berasal dari monyet. Ini kerana kisah Nabi Adam as. sebagai manusia pertama menjelaskan yang teori Darwin itu salah.
c. Beliau didakwa menyokong perjuangan Osama bin Laden dalam ucapannya; "jika bin Laden melawan musuh-musuh Islam, saya menyokong dia. Jika dia menakutkan Amerika - pengganas terbesar dunia - saya menyokongnya."
d. Beliau didakwa menggalakkan jihad dalam ucapannya yang mengajak orang Muslim supaya berjihad menentang musuh-musuh Islam.
e. Dr. Zakir juga mengkritik pembinaan tokong, kuil dan gereja dalam negara yang majoritinya Islam kerana Buddism, Kristian atau Hindu bukan agama yang benar.
f. Dr.Zakir Naik juga memegang pandangan jika seseorang itu murtad, beliau layak dibunuh jika orang itu mengajak orang Muslim menjauhi Islam.

DR. ZAKIR NAIK DILINDUNGI DI MALAYSIA

iluminasi zakir naik malaysia india dakwah islam3

Pada ketika ini, Dr. Zakir Naik sebenarnya sedang diburu oleh pihak berkuasa India menerusi India National Investigation Agency atau NIA. Beliau mendapatkan perlindungan di negara kita kerana beliau tahu, beliau akan diseksa jika ditangkap dan dihantar pulang ke sana.
Hidup dalam buruan, Dr. Zakir Naik menjadikan Arab Saudi sebagai pusat transit beliau untuk ke Indonesia dan Malaysia. Pihak NIA telah memohon kerjasama kerajaan Arab Saudi untuk tidak membenarkan Dr. Zakir Naik terbang dari negara itu, selepas pelbagai saman yang dikeluarkan tidak dilayan beliau.
Setakat ini, hanya dua negara menghalang kemasukan beliau ke negara mereka iaitu Kanada dan United Kingdom. Di negara kita pula, kumpulan gerakan HINDRAF atau Hindu Rights Action Force sedang berusaha menggunakan kuasa mahkamah untuk membuatkan Dr. Zakir Naik dikategorikan sebagai penggugat keselamatan negara kita.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...