Skip to main content

Kesalahan Membasuh Yang Kerap Dilakukan Boleh Merosakkan Pakaian

Berapa ramai yang sedang membaca artikel ini membasuh pakaian anda sendiri? Tak semua yang basuh pakaian sendiri. Ada yang mak basuhkan, ada yang hantar dobi, dan ada yang basuh menggunakan dobi self-service. Walau dengan apa cara sekalipun pakaian anda dibasuh, anda sebenarnya wajib tahu cara yang betul untuk membasuh untuk menjaga tekstur dan mengekalkan bentuk serta warna pakaian anda. 


Kami ngin berkongsi mengenai kesilapan yang paling kerap dilakukan yang boleh merosakkan pakaian kegemaran anda.

1. Pengasingan yang tak betul
Selain mengasingkan mengikut warna, anda juga perlu memberi perhatian kepada jenis kain. Sebagai contoh, pakaian diperbuat daripada polar fleece dibasuh berasingan. Dan anda tidak sepatutnya mencampurkan tuala diperbuat daripada synthetic fiber.

2. Hilangkan kekotoran dengan cara yang salah.
Jangan terkejut jika baju anda berlubang jika anda pernah menggosok dengan rakus untuk hilangkan kotoran. Ia sepatutnya dibasuh dengan lembut. Cara terbaik untuk mengelakkan daripada pakaian berlubang adalah letakkan fabrik berwarna putih dan biarkan ia berendam bersama pakaian yang kotor itu.


3. Guna terlalu banyak serbuk pencuci

Ini akan menyebabkan terlalu banyak buih yang boleh mengumpulkan kotoran di sesetengah bahagian pakaian seperti di kolar. Ia akan menyebabkan pakaian anda menjadi lebih kotor.

4. Terlupa tentang zip

Zip perlu ditutup dengan baik sebelum anda basuh pakaian kerana gigi zip boleh merosakkan pakaian lain.

5. Butang baju
Anda perlu buka butang baju, jika tidak butang anda mungkin akan tercabut dan baju akan menjadi tidak kemas.

6. Guna peluntur berlebihan
Peluntur membuatkan fabrik pakaian anda tidak tahan lama dan mudah terkoyak.

7. Basuh pakaian renang dalam mesin basuh

Pakaian renang atau pakaian yang diperbuat daripada spandex atau elastane tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Cara yang betul adalah merendamkannya di dalam air sejuk.

8. Merehatkan mesin basuh
Sesetengah orang lebih suka dengan cara ini kerana mereka pecaya jika mereka merehatkan mesin basuh selepas membasuh beberapa kali dapat membuatkan mesin basuh mereka tahan lama. Ini salah. Menggunakan mesin basuh tanpa rehat dapat mengurangkan penggunaan elektrik kerana mesin basuh menggunakan baki haba selepas basuhan sebelumnya.

9. Membasuh bantal dan selimut sekali sahaja

Jika anda membasuh bantal yang berbulu dan selimut di dalam mesin basuh, basuh dua kali. Bulu-bulu bantal boleh menyimpan buih, yang akan menyebabkan bantal anda bersabun di dalam.

10. Menggunakan pelembut fabrik untuk tuala
Sebatian kimia ini mengurangkan kebolehan fabrik untuk menyerap air, jadi anda tidak patut gunakannya untuk membasuh tuala.

11. Membasuh terlalu banyak pakaian dalam satu masa

Anda tak patut membebankan mesin basuh anda kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.

12. Menggunakan serbuk pencuci dan peluntur yang mahal

Banyak serbuk pencuci yang kita guna mempunyai pengganti yang murah, contohnya, garam boleh membuatkan pakaian kelihatan lebih terang, dan kapur boleh menghilangkan kotoran. Lemon boleh digunakan untuk membuatkan pakaian lebih wangi dan juga lembut.

13. Tidak memberi perhatian kepada mesin basuh

Ia adalah sangat penting untuk menjaga mesin basuh anda. Ingat, kebanyakan mesin basuh, tempat memasukkan serbuk pencuci boleh bererak. Kerana baki serbuk pencuci boleh tertinggal di dalamnya, anda perlu memberikan lebih perhatian padanya. Jangan tutup mesin basuh selepas membasuh jadi supaya ia boleh kering. Cuci mesin basuh anda menggunakan air panas dan cuka setahun sekali. Ia boleh mengelakkan mesin basuh anda daripada rosak.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Perkongsian Dari Pomen Kereta 6 Tip Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Ditenggelami Air Semasa Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir. 1. Selepas banjir surut,  periksa kereta anda . Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta. 2.  Jangan cuba hidupkan enjin kereta . Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. 3. Kos untuk sebuah kotak ...