Skip to main content

Ketahui 6 Jenis Makanan Penyebab Sakit Sendi Yang Perlu Dielakkan

Sakit sendi atau radang pada sendi-sendi ni bukan saja dialami oleh galongan yang berusia. Golongan muda pun ada yang menghadapi sakit sendi. Penyakit zaman global ni tak kira umur dan kaum dah sekarang. Bila sebut sakit sendi mesti yang terlintas di sudut hati kita ialah penyakit orang tua kan..Betul tak??
Ketahui 6 Jenis Makanan Penyebab Sakit Sendi Yang Perlu Dielakkan

Di dalam istilah perubatan sakit sendi disebut sebagai artritis. Dari mata kasar penyakit ini kita tak nampuk pun kan. Tapi bagi yang pernah mengalaminya pasti tahu betapa sakit dan deritanya menanggung penyakit ini.

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan.

Pelbagai punca yang dikaitkan dengan penyakit sendi. Kadang kala makanan yang diambil juga mempengaruhi kesihatan sendi kita. Di samping mengamalakan gaya hidup yang sihat, pemakanan yag seimbang juga perlu dititikberatkan.

Jom kita berkenalan dengan 6 jenis makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit sendi.

#1 Makanan bergoreng
Umum mengetahui menu harian rakyat Malaysia banyak yang digoreng. Makanan bergoreng rasanya memang sedap. Saya pun suka yang bergoreng ni. Tetapi kita tak boleh la nak makan setiap hari atau dijadikan amalan. Bak kata orang Kelantan "make sokmo".. Makanan bergoreng ni tinggi risikonya untuk kesihatan kita. Cuba perhatikan orang yang suka makan makanan bergoreng ni apa jadi dengan dia. Kolesterol tinggi confirm dah..Darah tinggi pun akan muncul juga la kalu tak berjaga-jaga.

#2 Garam
Biasanya garam banyak didapati di dalam makanan segera dan juga snek ringan. Jadi elakkan lah makan makanan sebegini. Ikan kering, ikan bilis juga mengandungi kandungan garam yang tinggi. Petambahan garam di dalam badan akan memburukkan lagi masalah radang sendi.

#3 Daging
Daging mengandugi zat besi yang tinggi dan sangat baik ubtuk diambil. Tapi bagi penghidap sakit sendi diwajibkan untuk tidak mengambil terus daging di dalam menu masakan harian. So waib elakkan ye bukan harus dah. Ini kerana lemak yang terdapat di dalam daging boleh menjadi bahan beracun dan secara tidak langsung memburukkan lagi masalah radang yang dihidapi.

#4 Alkohol dan Rokok
Bagi penganut agama Islam alkohol memang diharamkan diambil begitu juga dengan rokok. Tapi masih yang ramai yang merokok walaupun fatwa kata haram..Pelik bin ajaib kan..Bgai yang pentingkan kualiti kesihatan sepanjang hayat mesti menjauhi dua perkara ini tidak kira la seseorang itu muslim atau tidak.

#5 Gluten
Gluten ni sejenis protein yang terdapat di dalam gandum dan bijirin yang lain. Bagi penghidap penyakit radang sendi, sebaiknya perlulah menjauhi jenis makanan yang berasaskan gandum dan bijirain kerana adanya gluten di dalam jenis makanan itu. 

#6 Produk Berasaskan Susu
Kandungan protein yang terdapat di dalam susu mampu merosakkan sistem antibodi. Individu yang menderita penyakit sendi sebaiknya mengelakkan dari mengambil susu atau produk yang menggunakan susu sebagai bahan utama.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. 
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...