Skip to main content

Ketahui Teknik Asas Masakan Yang Mudah Yang Boleh Hasilkan Makanan Bertaraf Hotel

Pernah tak alami situasi ini : Anda cuba masak masakan seperti masakan di hotel dan high-class, dan anda ikut segala arahan dalam resipi dengan teliti, timbang semua bahan dengan cermat, tetapi rasanya, jauh berbeza daripada yang anda mahukan dan sangkakan. Pernah? Kami yakin semua orang pernah alami situasi ini. Dan mesti anda tertanya, mengapa boleh jadi begitu?
Ayat yang biasa didengar daripada mulut chef yang mendapat bintang Michellin, Gordon Ramsay, "No colour, no flavor,".
Kebanyakkan resipi yang kita dapat dari internet atau buku, sebenarnya, tidak menjelaskan 100% cara yang anda patut tahu. Ini mungkin kerana ada yang beranggapan sesetengah teknik adalah asas yang common sense, yang patut anda tahu.
Jadi kami nak bawakan anda menyelami satu persatu kesalahan memasak yang sering kita lakukan yang boleh menjejaskan rasa makanan kegemaran anda.

1. Terlalu banyak bahan dalam kuali

Ingat, jika anda mahukan tekstur luar steak anda rangup dan sedap, anda perlu berikan ia ruang yang cukup supaya ia boleh dimasak dengan betul. Jika anda masak dalam jumlah yang terlalu banyak, steak anda akan direbus, bukan di-grill.

2. Masak daging menggunakan kuali non-stick

Lagi satu sebab anda gagal dapatkan tekstur yang rangup adalah kerana menggunakan kuali non-stick. Perkakas masak seperti ini biasanya kurang panas daripada kuali biasa, sebab itu ia sangat sesuai untuk di masak omelet dan lempeng. Untuk daging pula, gunakan pemanggang atau kuali yang disaluti besi.


3. Tidak masukkan garam ketika merebus pasta

Kaedah asas untuk memasak pasta yang sempurna adalah dengan memasukkan sedikit garam ketika merebus pasta. Kurang garam menyebabkan pasta anda tidak mempunyai rasa, dan tiada sos yang boleh selamatkannya. Jika anda tidak pasti berapa banyak garam yang diperlukan, ini tip, masukkan 1 sudu besar garam untuk setiap 300 gram pasta.


4. Menggoreng menggunakan minyak zaitun

Pada suhu yang tinggi, minyak zaitun akan hilang segala nilai nutriennya dan mula terbakar. Ini akan menjejaskan rasa makanan anda. Jadi, gunakan minyak zaitun bersama salad dan minyak bungamatahari atau minyak canola bagi menggoreng.


5. Mengukur bahan kering menggunakan gelas

ukur guna gelas
Ramai di antara kita mengukur kuantiti bahan untuk membuat doh menggunakan gelas atau cawan tanpa menyedari bahawa ia akan mempengaruhi jumlah bahan kering dan cecair. Ingat, apa saja yang melibatkan baking memerlukan kuantiti yang sangat tepat. Jadi, jika anda terlupa sukatan, cuba gunakan penimbang yang sesuai, untuk mengelakkan kek atau kuih anda rosak.

6. Tidak panaskan kuali terlebih dahulu

periuk tak cukup panas
Chef berpengalaman pernah berpesan, "Jika anda rasa kuali anda sudah cukup panas, tunggu lagi 2 minit dan masak". Perlu ditegaskan di sini, kuali anda perlu cukup panas sebelum anda mula menggoreng sayuran atau mendapatkan tekstur yang sedap pada daging anda.

7. Masak bawang putih terlalu lama

terlebih masak bawang putih
Kebanyakan resepi mencadangkan supaya bawang putih di masukkan di penghujung masakan, atau dibuang selepas 2-3 minit anda mula masak. Bawang putih mengandungi air yang terlalu sedikit berbanding sayuran lain, jadi ia akan mudah terbakar. Jika anda terlebih masak bawang putih, ia akan memberikan rasa yang tak enak pada seluruh masakan anda.


8. Masak daging yang masih beku

masak daging beku
Sebelum memasak daging, anda perlu biarkan ia berada ditempat bersuhu bilik untuk beberapa jam, atau menggunakan pelembut daging. Daging yang di biarkan rehat pada suhu bilik akan masak dengan sekata. Daging yang beku pula, mungkin kelihatan masak diluar, tetapi sebenarnya masih mentah di dalam. Kaedah ini sama bagi daging yang dimasak di dalam ketuhar.


9. Makan daging sebaik saja ia dimasak

makan daging selepas masak
Walaupun anda tak sabar nak merasa masakan anda, ia adalah lebih baik jika anda dapat membiarkan daging anda untuk rehat beberapa minit. Jangan potong atau makan steak anda sejurus selepas ia dimasak. Ia akan mempengaruhi rasa steak tersebut. Ia akan menjadi lebih enak jika dberikan rehat beberapa minit.


10. Kerap mengalih masakan ketika memasak

selalu flip
Anda tak perlu selalu alihkan makanan anda ketika sedang masak. Anda akan menyebabkan daging menjadi kering atau ikan anda kehilangan salutannya. Biarkan daging anda dimasak dengan tenang, dan jangan alihkan jika tak perlu, ini salah satu peraturan penting bagi seseorang chef. 


11.Rebus telur terlalu lama

terlebih masak telur
Pernah tak anda nampak warna kelabu pada kuning telur, dan telur putih rasa seperti getah? Sebenarnya, ia tiada kena mengena dengan kualiti telur. Kemungkinan besar, anda telah rebus telur tersebut terlalu lama. Untuk dapatkan tekstur dan warna yang betul, angkat periuk rebusan telur tersebut daripada api sebaik sahaja air mendidih, dan biarkan telur tersebut terendam di dalam air dan tutup dengan tudung periuk. Biarkan telur berendam selama 10 minit. Telur tersebut akan masak dengan sempurna dan rasanya akan menjadi lebih enak.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...