Skip to main content

[Soal Jawab Munakahat] Sekufu ? Apa Kepentingannya Dalam Perkahwinan ?


Ditulis oleh : Ustaz Farid Rashidi

“Ustaz, saya ingin tahu tentang masalah sekufu?”

“Mudah saja masalahnya..tetapi jawapannya perlu kepada sedikit huraian.”

Memandangkan persoalan pernah dijadikan perbincangan umum maka saya cuba membawakan sedikit penjelasan menurut perspektif syara’.

Apa itu sekufu?

Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.
Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

Sekiranya seorang lelaki yang kuat agama, alim dan tsiqah perilakunya mahu menjadikan seorang perempuan yang cetek agama bertujuan untuk mendidik. Ianya tidak menjadi kesalahan besar. Alhamdulillah jikalau itu matlamat dan niatnya.

Tetapi seandainya perempuan yang baik dan beriman mahu berkahwin dengan lelaki fasik atas dasar kerana mahu mendidik lelaki itu. Adalah tidak digalakkan.

“Kenapa?” Muncul persoalan.

“Bukankah lelaki itu pemimpin wanita? Wanita itu sifatnya lemah lembut? Cuba lihat sejauh mana seorang perempuan mampu mengubah seorang lelaki dengan sifat keegoannya yang tinggi? Mampukah?…”

“Saya bimbang perempuan yang solehah pada asalnya, solat menjadi tiang hidupnya, puasa menjadi makanan jiwanya, Quran menjadi penawar hatinya, hijab menjadi pakaiannya akan lenyap, terhakis lalu tenggelam ditengah-tengah perilaku si suami fasik..”

Saya kurang setuju dan syara’ juga mengambil kira hal ini.

Imam Ghazali pernah membicarakan mengenai faedah bernikah antaranya ialah petunjuk dan satu pengislahan jalan beragama.

Sekiranya berkahwin dengan seorang lelaki fasik menambahkan kefasikan, bagaimana mahu mendapat petunjuk melalui agama Islam dan beroleh barakah?

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?”


Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”


2. Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang kebun, pencuci tandas tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan Mufti, lelaki alim, Qadi dan tokoh korporat.

“Kalau begitu, nampak seperti wujud kasta dan darjat keturunan?”

Perlu difahami, bukanlah sekufu itu mahu membezakan darjat dan keturunan seseorang sehingga menganggap pekerjaan sedemikan rupa sebagai suatu pekerjaan yang hina dina. Akan tetapi sekufu adalah bertujuan memberi kelebihan dan kebebasan pihak wanita dan wali untuk memilih bakal menantunya.

Sudah tentu wali mahu melihat pilihan jodoh anak perempuannya adalah yang terbaik.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
Contoh lelaki yang mempunyai penyakit Aids HIV, gila, sakit kusta atau sopak sudah tentu tidak sama ataupun setaraf dengan perempuan yang sihat.

Selain mendapat malu, dibimbangi juga akan berlaku kemudharatan kepada wanita bilamana berkahwin dengan lelaki berpenyakit sebegitu.

Adakah sekufu antara syarat wajib?

Tidak, cuma dalam masalah sekufu ianya merupakan hak seorang perempuan dan hak walinya.
Sekufu bukanlah antara syarat sah perkahwinan, ia hanya sebagai langkah mengelakkan wanita dan walinya menanggung malu ataupun berlaku kekeruhan rumah tangga kelak. Di antara tujuan sekufu ialah supaya pihak wanita tidak perlu mengubah kebiasaan hidup mereka.

Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud:

“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”

(Riwayat Hakim: 2/163 Beliau mensahihkannya)

Oleh kerana ianya bukan menjadi syarat sah perkahwinan, maka pihak wanita dan wali boleh saja menggugurkan syarat ini mengikut pandangan sendiri. Dengan kata lain, sekiranya wanita dan pihak wali meredhai lelaki yang bakal berkahwin tanpa melihat syarat sekufu maka nikahnya adalah sah.

Wallahhua’lam.

Rujukan:

Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.

Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.

Bahrul Mazi Syarah Mukhtasor Sohih At-Turmuzi, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari.

Sumber : http://faridrashidi.com
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman