Skip to main content

20 Tahun Ibu Ini Percaya Penyakit Sawan Anak Adalah Saka!

Amat malang sekali bila anak kecil yang mengalami penyakit sawan atau epilepsi sejak kecil ini tidak mendapat rawatan sepatutnya daripada doktor sebaliknya dirujuk kepada bomoh.

Ia lantaran si bapa percaya bahawa anak ini mewarisi saka daripada keluarga ibunya. Lebih malang lagi si ibu turut diberi kata dua dari suaminya supaya menyelesaikan masalah saka ini jika tidak mahu diceraikan!

Ikuti perkongsian daripada pegawai perubatan Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berdasarkan pengalamannya sendiri.

Walaupun saya gemar menonton, membaca serta menulis kisah-kisah mistik dan paranormal, saya sangat skeptikal tentang perubatan bomoh.

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun telah dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan yang berpanjangan. Emaknya memberitahu saya bahawa anaknya sebulan 3-4 kali sawan. Kanak-kanak itu pertama kali sawan pada berumur 1 tahun lebih, dan selama ini mereka hanya membawanya untuk berubat dengan bomoh.

Menurut si emak lagi, bomoh mendakwa bahawa kanak-kanak tersebut telah mewarisi saka daripada leluhurnya, lantas menyebabkannya kerap kerasukan. Saya setuju, tapi kami sebagai doktor perubatan namakan saka ini “epilepsi” dan kerasukan itu pula sebagai “sawan”. Saya juga setuju ianya boleh diwarisi melalui keturunan. Selebihnya, saya tak setuju.


Kali Ini Jumpa Doktor Kerana...

“10 tahun puan bawa anak puan berubat dengan dia (bomoh berkenaan), kenapa agaknya kali ini puan terniat bawa jumpa doktor?” Tanyaku curiga. Ya lah, 10 tahun tu sangat lama. Pasti ada sebab kukuh kenapa tiba-tiba mereka ingin cuba perubatan moden. Saya dengar berubat dengan bomoh kini sangat mahal.

Wanita itu hanya berdiam diri. Pandangannya direndahkan, dan mulutnya terkumat-kamit. Berdebar-debar jantung ini melihatnya. Dia jampi aku ke apa? Naya juga kalau begitu.

“Tak apalah, puan. Maafkan saya. Abaikan soalan saya tadi”

Bersalah pula rasanya saya tanya soalan begitu padanya. Lagi-lagi pula ketika anaknya sedang separa sedar. Sudah cukup baik akhirnya beliau ingin ikhtiar secara perubatan moden pula. Setelah saya memohon maaf, beliau menengadahkan mukanya, melihat saya tepat di mata dan berkata:

“Saya putus harapan. Disebabkan bomoh tu, perkahwinan saya hampir tergadai tapi anak saya tetap macam ni” katanya dengan tegas. Air matanya bergenang.

Suami Beri Amaran

Tak lama selepas itu beliau menangis teresak-esak. Saya jadi tak keruan, tak tahu macam mana tenangkan beliau. Suruh pujuk bini sendiri pun saya tak berapa pandai, apatah lagi bini orang lain. Saya minta bantuan jururawat.

Setelah emosi si emak kembali tenang dan tangisannya mulai reda, beliau menceritakan hal sebenar.

“Bila bomoh tu kata anak kami ada mewarisi saka, suami saya tuduh keluarga saya amalkan amalam khurafat dan syirik. Suami saya beri amaran, kalau saya tak selesaikan masalah ni, dia akan ceraikan saya.” adunya dalam sedu dan sedan.

Beliau juga turut memberitahu suaminya tidak percayakan perubatan moden. Sudah beberapa kali beliau cuba untuk bawa anak mereka ke hospital tetapi ditegah oleh si suami. Suaminya kata, doktor adalah pengkhianat agama. Mengenepikan agama demi meraih keuntungan dan nama.

“Kali ini saya nekad, masa anak saya kena sawan, saya bawa anak saya ke KK(Klinik Kesihatan) secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suami. Kemudian KK rujuk ke hospital sebab sawannya berlarutan walaupun lepas bagi ubat punggung.”

“Doktor, Saya Dah Buang Saka Yang Sepatutnya: Iaitu Suami Saya!"

Seminggu anak-beranak itu di wad pediatrik. Macam-macam siasatan dibuat, termasuk electroencephalogram(EEG), tapi saya tak ingat apakah diagnosis terakhirnya. Yang pasti, kanak-kanak itu tidak menerima sebarang vaksin kerana dilarang oleh bapanya, dan sepanjang keberadaan mereka di wad, si bapa tak pernah datang melawat. Selepas menjalani rawatan, kanak-kanak itu akhirnya dibenarkan pulang dengan ubat anti-epileptik.

Bulan lepas saya terserempak dengan anak-beranak ini ketika di lot parkir hospital. Kanak-kanak itu sekarang sudah tingkatan 2, kelihatan sihat dan berisi. Sejak keluar wad 4 tahun lepas, hanya sawan dua kali. Jumlah yang amat kecil berbanding sebelum mendapat rawatan.

“Doktor, saya dah buang saka yang sepatutnya: iaitu suami saya. Taat pada suami, hanya jika perintahnya di landasan agama, kan?” katanya sambil tersenyum sebelum kami bersurai. Saya tak tahu nak beri reaksi bagaimana.

Entahlah. Pernahkah si bomoh terfikir tentang impak daripada kata-katanya terhadap sosioekonomi, emosi serta psikologi pesakit dan warisnya? Saya rasa tidak.

Sesungguhnya ada keluarga musnah, muflis dan depressi kerana perbuatan tak bertanggungjawab mereka. Saya akui ada di kalangan doktor yang tidak amanah, namun begitu juga di kalangan pengamal perubatan alternatif. Cumanya, doktor dipantau, manakala bomoh tidak. Jadi, bijaklah memilih.

Nota: Berkenaan tentang isu ketaatan isteri kepada suami, sila rujuk pada ahli agamawan.

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman