Skip to main content

Ayah Yang Berusia 77 Tahun TERPAKSA Bekerja Walaupun Anak²nya Semua Berjaya. SEBAK !!!

Ayah Yang Berusia 77 Tahun TERPAKSA Bekerja Walaupun Anak²nya Semua Berjaya. SEBAK !!! | Kisah ini adalah kisah benar yang menjadi realiti bagi sebahagian dari masyarakat kita…Semoga kita muhasabah diri dan berdoa agar jadi anak yang soleh solehah sehingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah…
Gambar Sekadar Hiasan
Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni:
“Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye”…(sambil bersalam)
Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.
“Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dah dia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak”.
Pakcik tu bagitahu anak dia alhamdulillah semua boleh dikatakan bergaji agak lumayan jugalah, yang bersalam dengan dia tu anak bongsu, gaji dah 7@8k sebulan dan isteri dia pun bekerja…cikgu.

Saja ajak dia berbual rancak sikit sebab saya dok menahan sakit kena urut baru-baru ni, jadi saya pun buat-buat tanya..”Berapa sebulan semua anak-anak pakcik bagi?”
Dia pun menjawab dengan jujur: ” Malu sebenarnya pakcik nak cakap, kalau mereka bagi cukup..tak payahlah pakcik dok berurut orang lagi macam ni, sebab umur pun dah 77 tahun. Mereka bagi Rm50 seorang, dapatlah Rm150 sebulan.”
Saya terdiam…xnak ulas apa-apa lagi. Cuma terfikirlah saya…kenapa berkira sangat dengan seorang ayah? Kalau seorang anak beri RM300, dah RM900, bolehlah seorang ayah tu berehat sikit di usia senja mereka.
Selalunya seorang anak yang berkira dengan ibu ayah, walau sebanyak mana rezeki yang mereka dapat…kebiasaannya mereka akan berasa tak pernah cukup dengan pendapatan mereka. Nafsu mereka menjadi makin besar….(Sebenarnya ujian dari Allah swt untuk anak-anak yang tiada kasihan belas kepada ibu ayah)
Berbuat baik dan berbaktilah dengan ibu ayah kalian sewaktu mereka masih ada, menyesal kemudian..dah tak berguna lagi. Sepatutnya kalian berbangga dengan ibu ayah yang susah, tapi berjaya juga menghantar kalian ke menara gading dan akhirnya kalian beroleh kerjaya yang hebat-hebat belaka. Berilah peluang untuk ibu ayah merasa hidup senang sikit. Mereka nak tinggalkan kalian tak lama dah.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...