Skip to main content

Itinerary Percutian KK-Kundasang Paling Jimat Untuk Famili Kecil, RM643 Jer

Orang lain mungkin memperuntukkan beribu ringgit untuk percutian ke sini tapi tiga beranak ini hanya membelanjakan RM643 saja ketika bercuti ke Kota Kinabalu Sabah baru-baru ini. Murah giler kan.

Jadi, kalau ada yang merancang untuk bercuti di Kota Kinabalu dan Kundasang boleh ikut itinerary yang dikongsi oleh Syiffa Matzan ini.

Hi semua.Okey sebab ramai yang pm and request itinerary trip kota kinabalu&kundasang aritu,ni sedikit sebanyak yang aku bole share untuk semua.Hope it helps! :)

Flight ticket (KL-KOTA KINABALU)

Harga flight depends on bila korang beli.Macam aku beli last 2week before pergi dapat harga RM140 return. Kalau nasib baik boleh dapat RM100 ja untuk tiket return.


DAY 1:KOTA KINABALU

Kitaorang sampai kk estimate pukul 12.55 tengahari,terus pickup kereta sewa kt airport.Kereta sewa ni aku dapat agak murah gak RM120/sehari utk kereta Alza Manual,maybe sbb kawan husband aku kan so kira harga kawan2 laa..make sure kereta tu in a good condition sbb nanti nak jalan jauh ke Kundasang.

Lepas pickup kereta,kitaorang pi lunch dekat Putri Kitchen tak jauh dari airport lebih kurang 10 minit dah sampai. Seafood dia terbaik! kitaorang amik ketam,udang,sotong,kupang sekali masak semua RM80. Termasuk air okay!so sorang RM20. Murah gila kan?!

Lepas tu kitaorang terus pi Rumah Terbalik, dorang bukak seawal 7pagi sampai 7mlm kalau tak silap,dlm rumah tu tak dibenarkan ambil gambar,kt luar ja boleh tapi kalau korang masuk 3d museum bole amik gambar!

Kitaorang teruskan perjalanan ke Kundasang dan ambil masa lebih kurang 1 jam setengah sampai and kitaorang terus check in hotel Crystal Hill R hotel di kundasang,sangat strategik sbb dekat dgn pekan n view dari hotel ni sumpah lawa!!

Malam tu kitaorang ronda2 pekan Kundasang n dinner dekat Puteri Nabalu,makan steamboat sedap n harga berpatutan! After tu kitaorang balik hotel and tido.

DAY 2:DESA CATTLE DAIRY FARM & PORING HOT SPRING

Seawal pukul 5.30 pagi kitaorang bangun, mmg kena keluar awal pagi selepas subuh, kalau tak terlepas lah view cantik tu ditutupi awan.Pemandangan gunung dari Crystal Hill R ni mmg clear dan cantik! pukul 8pagi kitaorang pi breakfast kat pekan kundasang.

Kitaorang teruskan perjalanan ke Desa Cattle Dairy Farm,kat sini korang wajib try die punya ice cream dengan fresh milk.Lepas lunch kita orang gerak ke Poring Hot Spring,masa tu dah pukul 2 ptg.Terlewat sebab dok bagi lembu & kambing makan dkt Desa Cattle Dairy Farm.hahaha.

Poring ni tutup pukul 6 ptg, kat sini macam2 aktiviti boleh buat, berendam dalam kolam air panas,jalan2 kat taman rama2,mandi air terjun. Kat Sabah ni mmg 100% kitaorang guna Waze tau.

Pukul 4 ptg kitaorang gerak pergi ke Fish Spa Kampung Luanti. Kat sini korang boleh try fish massage,mula2 takut gak nak rendam kaki dalam sungai tu tapi tgk org lain relax ja so kitaorang pon rendamkan kaki kitaorang dgn berani nya..hahaha

Pukul 5.30 ptg kitaorang dah gerak balik,singgah kejap dkt pekan kundasang sbb nak beli chicken wings,sumpah sedap wehh!! Lepas tu terus check in dekat Kiram's Village. Bilik kami nama Mushroom & potato, sgt comel! RM 80/night.

Sapa yang plan nk ke kundasang,Kiram's Village ialah tempat terbaik untuk menginap!Tempat ni berkonsepkan chalet, boleh pilih size,kalau bawak family besar amik room besar,kena book awal sbb sini selalu fully booked and sapa nak book boleh terus whatsapp owner die 0166950057.

Malam tu kitaorang just dinner dekat Cafe Kiram's Village malas nak ke kundasang sbb masing2 dah kepenatan,especially driver. hehe

DAY 3: KINABALU PARK

Lepas breakfast kitaorang terus check out dari Kiram's Village and terus menuju ke Kinabalu Park. Kat sini macam takda apa sangat tapi untuk sesiapa yang suka kan nature mungkin seronok dekat sini, view dekat sini pun lawa.Tiket masuk RM3 untuk seorang.

Pukul 10 pagi kitaorang teruskan perjalanan ke jambatan tamparuli, kat sini korang bole ambil gambar dekat jambatan gantung tamparuli,tapi aku tak naik pon sebab anak aku tengah tido.Then kitaorang teruskan perjalanan menuju ke Pasar Filiphina dekat sini macam2 souvenir murah2.

Lepas tu kitaorang ronda2 area bandar kk n tengok Masjid Terapung,view cantik. Pukul 5petang kitaorang gerak ke Kota Kinabalu Airport.Huwaaa sedih nak tinggalkan Sabah till next time sabah! Insha Allah lepas ni kita jumpa lagi!!

TOTAL EXPENSES UNTUK SEORANG:

Flight return:RM 140,lagi murah korang beli,lagi jimat!

Hotel/Chalet:RM85

Makan:RM 150 (depends korang punya nafsu makan haha)

Souvenir:RM150 (depends gak kat korang punya budget/spend banyak mana)

Transportation:RM60

Minyak Kereta:RM15

Minyak Kereta:RM15

All related/entrance fees for activities:RM 43

TOTAL: RM 643

Macam mana? Boleh ikutkan. Untuk famili yang ada seorang atau dua dua orang anak bolehlah rujuk itinerary ini untuk langkah penjimatan. Selamat bercuti.

Sumber: Facebook Syiff Matzan
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Mohon Sebarkan! Mengapa Kita Dianjurkan Berlama-Lama Semasa Sujud Dan rukuk? Memang ini Manfaat Yang Luar Biasa!

Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib dijalankan oleh Umat Islam. Kekhusyukkan dalam menjalankan solat sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik secara agama mahupun perubatan. Ada orang yang dalam solatnya begitu khusyuk dan menikmati setiap gerakan-gerakannya. Namun ada pula yang cepat-cepat agar solat segera selesai. Dua gerakan yang biasanya dilakukan secara kilat ada saat rukuk dan sujud. kerana urusan dunia biasanya manusia mempercepat dua gerakan ini agar solat cepat selesai.  Padahal dua gerakan ini memiliki manfaat besar dari segi perubatan. Jika dilakukan secara cepat, maka manfaat perubatan dari gerakan rukuk dan sujud ini tidak didapatkan secara maksimal. Manfaat perubatan apa yang dimaksud? Berikut ini ulasannya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperlama gerakan rukuk dan sujud. Menurut Rasulullah lamanya dua gerakan tersebut dapat menggugurkan dosa. Suatu hari Abdullah bin Umar -rodhiallohu anhuma- melihat seor...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...