Skip to main content

Jangan Percayakan Waze 100%, Kisah Seram Berkaitan Aplikasi Ini Buat Netizen Meremang

Aplikasi seperti Waze sangat berguna kepada pengguna untuk pergi ke sesuatu destinasi tanpa mempunyai sebarang masalah serta lebih cepat dan mudah, memandangkan semua tersedia dilengkapi dengan penunjuk arah.

Tapi, pernahkah korang terfikir dengan menggunakan aplikasi seperti ini juga akan menghadapi masalah? Malah, masalah yang dihadapi itu seperti arah yang ditunjukkan tidak seperti yang kita mahukan dan menjadikan kita sesat serta jalan yang kita lalui itu berdasarkan arahan aplikasi berkenaan langsung tidak tepat.

Satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook berkongsi satu kisah seram yang membabitkan penggunaan aplikasi Waze. Anda pasti meremang bulu roma sekiranya membaca sampai habis.
Gambar Hanya Hiasan

Berkenalan Di Facebook

Melihatkan ramai juga yang bercerita pengalaman seram hal Waze dekat Fiskyen Sasha Grey, teringat jugak aku tentang kisah kawan aku, Safwan. Dia pengguna tegar aplikasi Waze. Bukan dia sahaja, malahan ramai rakyat Malaysia juga merupakan pengguna tegar aplikasi ciptaan Yahudi ini.

Cerita seram bermula bila mana Safwan telah berkenalan dengan seorang gadis misteri di Facebook. Gadis tersebut menggunakan nama samaran Amelia Si Bunga Kuntum.

Perkenalan Safwan dengan Amelia mulanya sekadar teguran biasa di komen-komen Facebook di page Kisah Rumah Lif. Sebuah page yang menceritakan aib suami/isteri sendiri. Lantaran dek wajah ayu yang menjadi gambar akaun Amelia, Safwan terus jatuh cinta.

Setelah sekian lama bertegur di komen-komen, membuat pickupline yang dicedok ideanya dari rancangan TV, lama-lama mereka semakin mesra. Safwan memberanikan diri menegur Amelia melalui ruangan Messenger.

"Hai Amelia. Kalaulah bulan itu hilang, hidup saya masih lagi terang dengan cahaya wajah awak." Sungguh menggelikan ayat Safwan hinggakan aku sendiri rasa nak muntah tulis benda ni.

"Hik3x. Sweet la awak nie Wan." Balas Amelia.

Mereka semakin ligat. Dari sahabat, mulalah timbul bibit-bibit percintaan. Dari inbox Facebook, membawa ke pertukaran nombor telefon. Safwan yang bersikat rambut belah tepi dan memakai kaca mata berbingkai bulat, masih layak untuk merasai apa itu nikmat cinta.

Mengaturkan Pertemuan

Setelah sekian lama mereka cuma bercinta di atas talian, terdorong rasa ingin berjumpa dalam diri Safwan. Dia pun menghantar WhatsApp kepada Amelia.

"Sayang. Boleh tak kita jumpa?" Wah! Dah bersayang pulak budak Safwan ni.

"Boleh sayang. Nanti saya sent location. Tapi awak kenalah ambik saya dan jumpa orang tua saya. Hikhik" Jawapan Amelia itu bagaikan limpahan cahaya yang dikeluarkan aura pari-pari cinta memayungi kepala Safwan. Safwan kebas pipi akibat tersenyum dari pagi sampai ke senja.

"Bib!" Notifikasi tanda ada mesej baharu di WhatsApp.

"Bukit Lanjan?" Berkerut dahi Safwan membaca lokasi yang dihantar Amelia. Setahunya, Bukit Lanjan hanyalah laluan lebuhraya di sekitar Damansara menghala ke Sungai Buloh.
Namun begitu, Safwan optimis, pasti ada perumahan di situ.

Suatu hari, mereka membuat temu janji untuk berjumpa dan menonton wayang filem Minah Rempit.

"Sayang, I on the way. You pakai cantik-cantik, wangi-wangi tau!" Sebaik pesanan dihantar, Safwan menghidupkan enjin kereta Saga BLM yang dibeli menggunakan kaedah AEON Kredit, bulan-bulan RM500, kosong pendahuluan, ikat 9 tahun. Hanya sekali pulas, enjin keretanya hidup dan bersedia untuk berjasa.

Safwan mengerling ke cermin sisi sambil merapikan rambutnya menggunakan jari. Kemudian dia membuka aplikasi Waze dan meletakkan telefon pintar di celah kangkangnya. Sebab dia belum sempat beli pemegang telefon yang boleh dilekapkan di cermin.

Bukit Lanjan?

"Ayuh, mulakan pemanduan!" Suara wanita berbahasa baku keluar dari telefon pintar milik Safwan.

"50 kilometer. Jauh jugak. Tapi takpelah. Makwe punya pasal. Yeay!" Safwan menumbuk ke udara. Gembira bakal jumpa cintanya.

47 kilometer perjalanan dari Banting sehinggalah masuk ke kawasan Damansara, tiada masalah bagi Safwan. Dia arif memahami arahan Waze.

Namun sebaik masuk ke kawasan Bukit Lanjan, Safwan mula berasa hairan. Dahinya berkerut seribu. Tiada tanda-tanda langsung ada kawasan perumahan di situ. Semuanya cuma hutan tebal yang merimbun. Langsung tiada kereta lalu-lalang menandakan ada komuniti hidup di situ.
Saga BLM Safwan menyusur perlahan sepanjang kawasan yang sangat asing baginya. Dia baca jalan-jalan yang terpapar di Waze. Dia tak salah.

"500 meter, belok kanan. 500 meter, belok kanan." Waze beri arahan, Safwan patuh.
"700 meter, anda akan sampai ke destinasi." Waze memberi arahan lagi.
"Anda telah sampai ke destinasi."

"Mampos!" Spontan terkeluar dari mulut Safwan sebaik pandang ke sebelah kirinya. Benar sungguh pucat lesi wajah Safwan. Dia berada betul-betul di kawasan perkuburan Islam yang sudah berlalang tinggi.

Safwan ketuk-ketuk telefon pintarnya untuk memastikan dia betul-betul telah tiba di destinasi. Dia teruskan pemanduan secara perlahan, kalau-kalau Waze akan berubah memberi arahan. Namun arah mana pun Safwan pergi, Waze tetap memberi arahan sama. Pergi ke perkuburan tadi.

Bertanyakan Kepada Penduduk Berdekatan

Sedang Safwan cuba mentafsir apakah ini semua benar, hidungnya menghidu kuat bau bunga kasturi. Apa lagi, menggigil Safwan bukak YouTube cari bacaan surah lazim. Tapi yang dia jumpa, lagu Sufian Suhaimi.

Terus dia tekan lagu tersebut dengan harapan perasaan takut menjadi perasaan marah.
Safwan perlu keluar dari perangkap menakutkan itu. Ianya bagaikan sebuah cerita seram, yang kini menimpa dirinya sendiri!

Perlahan-lahan Safwan memandu keretanya.

Tiba-tiba dia ternampak ramai orang sedang makan di sebuah kedai makan yang berada betul-betul di bawah jambatan. Atasnya ialah jambatan menghala Tol Kiara.

Safwan, dengan wajah cemas, keluar dan dapatkan seorang brader yang sedang meniaga.
"Bang. Betul ke sini Bukit Lanjan?"

"Bukit Lanjan belakang sana mat. Sini Sungai Penchala." Brader tersebut memberitahu secara jujur tanpa sedikit pun perasaan egois. Sudahlah kacak orangnya, baik pula budi bahasanya.

"Abang jual apa ni?" Safwan bertanya lagi.
"Cendol. Biasa RM2. Bubuh pulut RM2.50."
"Murah gila bang! Bila nak kaya gitu?"

"Alaa. Takpe. Asalkan pelanggan suka, mantaplah tu. Ni kalau bungkus, bungkus dalam mangkuk tahu? Tak main la ikat-ikat plastik. Hukum menghirup cendol, mestilah dalam mangkuk. Bukan guna straw!"

"Peh! Power bang! Bak semangkuk nak try." Safwan order.

"Pehhh. Power bang! Sedap gila!" Terpacul pujian dari mulut Safwan sebaik cairan ais cendol menerjah ke tekaknya.

Oleh itu, datanglah nikmati Cendol Rokers, di Bawah Jambatan Sungai Penchala, betul-betul depan Warung Ceri. Cendol biasa RM2, Cendol Pulut RM2.50. Peniaganya juga khabarnya hensem.

Cari sahaja gerai bawah jambatan, Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Mariiiihhhhh!!!
Apa tunggu lagiiiii!???

"Bang. Bungkus lapan!" Safwan buat pesanan sampai lupa hal Amelia, kekasihnya misterinya.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman