Skip to main content

Kisah Syeikh Usamah Al Azhari bersama seekor kucing

Ketika ditanya oleh DJ Mona,Radio Ikim kepada Syeikh Dr. Usamah berkenaan gambar Sheikh Dr. Usamah yang mengusap seekor kucing yang tersebar luas di alam maya, beliau sambil ketawa menjelaskan bahawa pada ketika beliau sedang mengajar Kitab Syamail Muhammadiah kepada murid-muridnya, seekor kucing telah lalu dihadapannya dan pada ketika itu fikiran beliau terlintas kepada peristiwa yang berlaku terhadap salah seorang Sheikhul Azhar yang lalu, iaitu Sheikh Ahmad Dardir al-Maliki.

Beliau lantas menceritakan peristiwa bagaimana ketika Sheikh Dardir sedang mengajar, beliau ternampak salah seorang anak muridnya yang dengan kasar menghalau kucing yang masuk ke ruang ketika mereka sedang duduk dalam majlis ilmu. Sheikh lantas memarahi pelajarnya itu kerana tidak beradab dengan haiwan. Tidak sepatutnya penuntut ilmu bersikap kasar sedemikian.
Semenjak dari itu, Sheikh Dardir akan menyediakan tempat khas dalam majlis ilmunya itu sebagai tempat untuk kucing makan sehingga ke suatu peringkat pernah terjadi apabila Sheikh Dardir berjalan untuk mengajar di suatu pagi, puluhan mungkin ratusan kucing-kucing mengerumuni kakinya untuk mendapatkan makanan.


Sheikh Dr. Usamah menekankan betapa akhlak Islam itu indah, bukan sahaja dengan haiwan bahkan dengan semua makhluk ciptaan Allah SWT samada yang bernyawa atau tidak. Beliau turut mengingatkan bagaimana sahabat Rasulullah SAW yang terkenal dengan gelarannya “Abu Hurairah” (Bapa Kucing) mengatasi nama sebenarnya lantaran kasih sayang dan rahimnya beliau terhadap kucing. Tidak ramai di kalangan kita hari ini yang mengetahui nama sebenar Abu Hurairah. 

Sedikit biodata ringkas Syeikh Dr. Usamah

Syeikh Dr. Usamah Sayyid Mahmud Muhammad al-Azhari, lahir di kota Iskandariyah pada hari Jumaat 18 Rejab 1396 H bersamaan dengan 16 Julai 1976. Saat kecil beliau berpindah bersama seluruh keluarganya ke kampung halaman ayahnya di daerah Suhaj yang terkenal kerana memiliki kebudayaan yang khas kerana memiliki banyak penghafal al-Quran dan memiliki iklim intelektual yang baik.

Di daerah itu juga terdapat banyak institusi pengajian, majlis ilmu dan penduduknya juga memiliki kecintaan dan penghormatan yang sangat besar terhadap para ulama dan pecinta ilmu. Di daerah itulah beliau dibesarkan oleh orang tuanya. Ibubapa beliau membimbingnya untuk menghafal al-Quran,membawa beliau mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan para ulama Azhar dan mengajarnya untuk minat mebaca serta menelaah buku-buku.

Sumber :
Ikim.fm 
tamamahda
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...