Skip to main content

Pemilik Kedai Maklumkan Harga Sotong & Udang Galah Sudah Tertulis Di Kain Rentang Salah Pelanggan Yang Tidak Semak Harga Tetapi...

KEMAMAN, TERENGGANU - Susulan viral gambar perbualan Facebok seorang pelanggan dengan pemilik kedai yang tidak berpuas hati dengan harga hidangan yang dikenakan, pemiliknya tampil memberi penjelasan. 

Berkata kepada Harian Metro, Liza Musid, 25, pemilik Warung Aziz Satar di Kampung Geliga Baru, kesal dan kecewa dengan tindakan pelangannya, Syed Ikram, yang menyebarkan perkara itu di media sosial sehingga dia dikecam teruk oleh netizen. 

Liza tidak menafikan harga sepingan nasi dan lauk diambil berharga RM32, namun menganggap lelaki itu berniat jahat mahu menjatuhkan perniagaannya. 

"Cuma apa yang saya kesal dan kecewa tindakannya itu kerana setiap menu makanan dijual di kedai ini diletakkan tanda harga dengan cetakan huruf besar pada kain rentang di atas tempat makanan. 

"Pelanggan boleh memilih lauk pada harga yang disediakan itu kerana ada yang murah dan ada mahal mengikut jenis makanan," katanya. 


Menurut Liza, tidak semua makanan yang disediakan di warung itu mahal, tetapi dia mengakui udang galah dan sotong memang harganya tinggi berdasarkan harga mentahnya. 

"Harga sekilo sotong di pasar ketika ini ialah RM27 yang hanya dapat tiga sotong bersaiz besar, manakala udang galah pula RM65 sekilo untuk lapan ekor. 

"Apabila dimasak, tentulah harganya mahal dan saya sudah letak tanda harganya untuk rujukan pelanggan," katanya. 

Jelas Liza, pelanggannya yang mendakwa harga mahal itu mengambil seekor udang galah gred A dengan harga RM15 seekor, dua potong sotong dengan harga RM14, RM2 untuk nasi putih dan RM1 bagi sayur kangkung, menjadikan jumlah keseluruhannya RM32. 

Pihaknya lebih kesal kerana pelanggan berkenaan mendakwa tidak perasan harga udang dan sotong yang dipamerkan pada kain rentang itu. 

"Selain itu, pelanggan terbabit seperti menyembunyikan sepotong lagi sotong dalam pinggan nasi diambilnya dan saiz udang galah gred A kelihatan kecil berbanding saiz sebenar dalam gambar yang disebarkan itu. 

"Tidak semua harga makanan yang saya jual di kedai ini mahal. Harga nasi campur dengan lauk sayur yang dimakan rakan dia hanya RM8 berbanding dengan dia sendiri," katanya. 

Sementara itu, Syed Ikram pula berkata, harga yang tertulis di kain rentang tersebut adalah harga untuk seekor, bukannya untuk seketul. 

"Maaf ye, gambar harga di gerai itu sebenarnya memaparkan harga seekor sotong RM7, bukannya seketul sotong RM7. 

"Berniagalah dengan ikhlas, janganlah nak menegakkan benang yang basah," katanya.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Perkongsian Dari Pomen Kereta 6 Tip Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Ditenggelami Air Semasa Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir. 1. Selepas banjir surut,  periksa kereta anda . Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta. 2.  Jangan cuba hidupkan enjin kereta . Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. 3. Kos untuk sebuah kotak ...