Skip to main content

Perhatian Ibu Bapa! Begini Caranya Untuk Latih Anak Cakap, Bukan Dengan Memaksa Anak Cakap

Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak mereka bercakap cepat dan lancar. Kemahiran bercakap penting kepada anak untuk pelbagai tujuan. Antaranya untuk menyatakan keinginan, meluahkan perasaan, belajar, bertanya dan bermain bersama rakan sebaya.

Namun, sesetengah ibu bapa kurang sedar kepentingan cara yang berkesan, komitmen dan dedikasi berterusan dalam membantu anak supaya pandai bercakap.

Kami kongsikan tips menarik berkaitan cara melatih anak bercakap yang telah di terbitkan artikel ini di Ruby Speech Therapy. Kami syorkan buat anda yang ingin belajar banyak berkaitan hal-hal penjagaan anak dengan lebih baik untuk ke link tersebut kerana mereka banyak berkongsi tips dan pandangan yang menarik. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda. 

Ini yang selalu saya dengar, “Saya ajar anak saya sebut A, dia ikut A, bila saya sebut B, dia sebut i. Kalau saya sebut C, dia sebut ci, tak bunyi si”.

Inilah yang selalu berlaku. Iaitu ibubapa mengajar anak sebut ABC, bukan melatih anak bercakap.


Melatih anak bercakap ialah melatih interaksi 2 hala bersama anak. Komunikasi yang melibatkan keinginan atau menolak sesuatu. Contohnya, bila anak nak mainan, kita ajar anak sebut, “Nak belon? oo….adik nak belon. Nak belon ni? Ok ok, adik nak belon besar ni.”

Tapi selalunya, apa yang berlaku ialah, “Nak apa? Cakap dulu, baru mama bagi. Sebut, BELON! Kata la…belon. Nak tak? Tengok mulut mama sebut, be…ikut mama, be….”

Sesi latihan mengajar anak bercakap jadi seperti dipaksa-paksa dan tak seronok dah untuk anak tersebut. Kanak-kanak tak suka dipaksa dan ibubapa juga akhirnya jadi letih memaksa.

Kesudahannya anak tak minat menyebut perkataan dan tak suka berlatih dengan ibubapa kerana sering dipaksa. Ibubapa pula jadi stress, naik geram dan cepat putus asa.
Berbalik pada komunikasi, pastikan latihan itu sesuatu yang bermakna. Jika anda kata belon, maka memang benar ada belonnya. Jika melatih sebut nama haiwan, maka memang ada gambarnya. Jika melatih sebut “Beng! Beng!”, maka memang anda dalam situasi bermain pistol dengan anak.
image

Bukannya menyebut sesuatu yang diluar konteks daya tumpuan anak anda pada situasi tersebut. Contohnya, tiba-tiba saja ibu kata kepada anaknya, “Ingat dak Tok Wan mai rumah hari tu bawa buah apa?” Atau ada pula ibubapa yang mengajar, “B untuk bola, C untuk cawan”.

Jika anak anda tidak mengalami speech delay, anda boleh saja untuk bercakap sedemikian rupa. Tapi jika anak anda ada isu speech delay, maka tukar sedikit teknik melatih anda.

Ada ibubapa yang tanya, “Salah ke saya ajar anak ABC?” Persoalannya ialah, pada waktu ini anda target untuk anak boleh bercakap atau untuk boleh membaca? Adakah anda nak anak anda boleh menyebut A-Z, atau anda nak anak anda boleh bersembang bercerita seperti rakan sebayanya? Saya pulangkan balik soalan itu supaya ibubapa berfikir, apakah yang anda nak dari anak anda yang sebenarnya?

Jika anak anda telah berusia 2 tahun dan masih tidak bercakap, maka segeralah bawa anak berjumpa mana-mana speech therapist berhampiran.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Ketahui 10 Kebaikan Beras Perang Yang Boleh Diamalkan Bukan Untuk Orang Sakit Je..

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.  Semak 10 kebaikan yang dimiliki beras perang: Mengurangkan risiko kanser kolon Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Mencegah sakit jantung Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia men...