Skip to main content

Peritnya Perpisahan Namun Terima Dengan Ikhlas Jika Orang yang Kamu Cintai Ternyata Bukan Jodoh Kamu. Ini Sebabnya...

Menyakitkan memang, ketika kita sudah sangat mencintai seseorang namun ternyata kita tidak berjodoh dengannya, tinggalah rasa sakit dan perit dihati, sebuah kenyataan pahit yang tak akan boleh hilang begitu saja.

Namun tetap harus kita terima sebagai sebuah takdie, setiap orang boleh jatuh cinta, namun masalah jodoh adalah rahsia Illahi.

Allah SWT selalu memberikan yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya, termasuk dalam urusan jodoh ini.

Namun adakalanya kita dibutakan oleh nafsu, mencintai seseorang bukan kerana Allah tapi kerana keinginan diri sendiri, tertarik kerana ketampanan, kecantikan, harta pangkat dan jabatannya, padahal itu semua bukan yang terbaik bagi kehidupan kita nantinya. 


Renungkanlah Firman Allah ini:
… ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ۖ ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ۗ ÙˆَاللَّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ Ù„َا 
ا تَعْÙ„َÙ…ُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Begitulah Allah, Dia Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik dari apa yang kita tidak ketahui, oleh kerana itu, jangan sampai mata hati kita dibutakan oleh cinta semu, cinta yang belum tentu boleh kita miliki sepenuhnya, agar tidak timbul rasa sakit dan kecewa yang menyesakkan dada.

Situasi yang bahkan terkadang membuat sebahagian orang gelap mata dan bertindak melakukan hal-hal yang malah merugikan dirinya dan keluarganya.

Terima dengan ikhlas jika orang yang kamu cintai ternyata bukan jodoh kamu, dan berharaplah kepada Allah agar menghadirkan seseorang yang betul-betul terbaik pilihan-Nya.

Lapangkan dada, biarkan saja cinta itu pergi, dan kelak yang akan datang adalah jodoh sejati yang akan menemani hari-harimu hingga kesyurga-Nya. Dengan ikhlas segala perit dan sakit hati akan hilang pada waktunya, dan akan berganti dengan kebahagiaan yang hakiki, Insya Allah, Aamiin.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...