Skip to main content

Ramai Yang Bertanya Kenapa Hadis Palsu Dicipta? Inilah Sebabnya...

Terdapat banyak faktor yang mendorong sebahagian orang mencipta hadis palsu. Antara faktor-faktor utama seperti yang disebut oleh syeikh Dr.Mustafa al-Soba'i dalam bukunya al-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri' al-islam dan juga syeikh Nur ad-Din dalam bukunya Manhaj al-Naqd fi' Ulum al-Hadith : 
Gambar Hanya Hiasan
Antaranya:

1) Menggalakkan orang supaya melakukan kebaikan dan memberi peringatan kepada mereka daripada melakukan kemungkaran

Tujuan mereka adalah bagi menghampirkan diri kepada Allah (taqqarub). Mereka ini biasanya menisbahkan diri mereka kepada sifat zuhudan dan kesufian. 

Sebagai contohnya ialah Abu 'Isamah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta tentang kelebihan surah-surah dalam al-Quran. 

Tujuannya orang ramai kembali memberi perhatian dan rajin membaca al-Quran. 

2) Untuk merosakkan agama dan membuatkan umat islam ragu-ragu terhadap ajarannya


Ini dilakukan oleh golongan munafik iaitu orang yang berpura-pura islam. Golongan ini benci kepada islam. Antara mereka ialah Abd al-Karim bin Abi al-Auja' dan Muhammad bin Said al-Muslub.

Sebagai contoh, Abd al-Karim bin Abi al-Auja' mengaku dia sudah mencipta sebanyak 4000 hadis palsu. 

3) Sikap obses atau taksub sama ada kepada mazhab, bangsa, kabilah, bahasa atau negeri

Hal ini dilakukan oleh mereka yang bersikap taksub terhadap sesuatu yang dipegangnya samada mazhab atau pegangan amalannya.

Jadi demi, membela mazhab, bangsa, kabilah, bahasa tau negeri atau menindas pihak yang memusuhi mereka , golongan ini mencipta hadis palsu. 

4) Pertelingkahan dari sudut politik

Pertelingkahan politik juga menyebabkan beberapa golongan mencipta hadis palsu. Antara yang paling banyak ialah golongan syiah.

Syiah sudah mencipta hadis tentang kelebihan ahlul-bait, mencerca para sahabat khususnya Abu Bakar, Umar, Muawiyah dan sebagainya. 

5) Untuk kepentingan dan keuntungan peribadi

Demi untuk mendapatkan keuntungan harta benda atau pangkat, beberapa golongan tertentu sanggup mencipta hadis palsu.

Antara tujuan golongan tersebut : 

Untuk mendekatkan diri dengan raja dan pemerintah

Tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan dunia. Golongan ini akan mencipta hadis agar dapat memenuhi hasrat taja dan pemerintah, supaya raja dan pemerintah akan menyukainya dan memberikan habuan keduniaan yang setimpal. Contohnya seperti yang sudah dilakukan oleh Ghiyath bin Ibrahim al-Nakha'i.

Golongan pencerita atau penceramah
Golongan ini memalsukan hadis atau menyampaikan hadis palsu demi menarik minat orang ramai mendengar ceramah atau cerita yang disampaikannya. Maka dicipta hadis yang menyebut tentang kisah-kisah yang ajaib dan cerita-cerita yang mampu membuatkan mereka berminat dan tidak berganjak dari tempat syarahan mereka.

Untuk melariskan barang jualan
Sesetengah peniaga juga turut terbabit dalam jenayah hadis palsu ini dengan tujuan untuk melariskan barang jualan mereka. Lalu dicipta hadis yang menyebut tentang kelebihan dan keistimewaan barang yang dijual. Contohnya hadis palsu yang kelebihan buah terung, buah delima, anggur, minuman-minuman yang tertentu dan sebagainya. Antara mereka yang sudah melakukannya sedemikian ialah Muhammad bin Hajjaj al-Wasiti, Fudhalal bin Husain,Hanad bin Ibrahim al-nasfi dan lain-lain lagi.

Sebab-sebab yang disenaraikan ini merupakan faktor yang mendorong golongan tersebut mencipta hadis palsu dengan sengaja.

Namun, terdapat juga sebab lain yang membuatkan seseorang itu terlibat mencipta hadis palsu secara sengaja dan tanpa disedari.

Antaranya seperti yang disebutkan oleh Dr.Abd al-Karim bin Abdullah al-Khidr dalam bukunya al-hadith al-Dhaif wa hukm al-Ihtijaj bihi :

Tenggelam dalam kezuhudan dan keasyikan beribadah sehingga mereka sudah leka daripada membezakan antara yang sahih dan palsu.

Buku-buku catatan hadis sudah hilang atau terbakar. Jadi penulis hadis melaporkan apa yang mereka ingat sehingga berlaku kesilapan. Ini terjadi kepada mereka yang memang bergantung kepada catatan-catatan hadis sebagai rujukan ulama dalam menyampai hadis, sebagai contoh seperti yang berlaku kepada Abdullah bin Lahi'ah.

Fikiran sudah tidak sempurna atau nyanyuk. Ini berlaku kepada mereka yang ketika usia muda laporan hadisnya diterima, tetapi nyanyuk apabila umurnya menjadi tua. Lalu dia tersilap dalam menyampaikan hadis seperti yang berlaku kepada ismail bin 'Iyash.

Wallahu a'lam.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi? Minum Air Ni Je Sakit Terus Hilang

Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif.  Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan. Sebenarnya banyak cara-cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk menghapuskan sakit lutut dan sendi ni. Salah satu cara yang mungkin korang tak tahu adalah dengan minum minuman ini. Jom tengok kat bawah ni: Bahan-bahan: 1 cawan (250ml) air 1 cawan oatmeal segera 2 cawan nenas ketulan 1 cawan jus oren semulajadi mentah Badam 4 oz. (40g) yang dihancurkan Madu mentah 5 oz. (40g) g 7 kulit kayu manis Arahan: – Masak oat – Masukkan oat dimasak dalam pengisar yang – Memerah jus dari nenas dalam mesin pengisar – Menambah jus oren, crushed badam, madu mentah – Sebati segala-galanya – Tambah kiub ais (pilihan) Dalam masa 2 minggu, insyaallah masalah sakit lutut dan sendi korang akan hilang.. Selamat mencuba.. Kredit: THR Gegar loading...

Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues. Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua. Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria. "Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bis...