Skip to main content

Tak Tahan Dicemuh Netizen, Pengasas Upin Ipin Tampil Komen Isu Kartunis Ujang Dipecat!

Pemilik dan Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi, menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan arahan supaya kartunis Ujang dipecat dari syarikat penerbitan majalah komik Upin & Ipin.

Katanya, perkara itu timbul selepas pemilik Syarikat Nyla Sdn Bhd, Tunku Maziah Tunku Mukhtar meminta nasihatnya berikutan edaran komik untuk kanak-kanak itu mencatatkan kadar penurunan berbanding sebelumnya.

“Sejak dua bulan lalu isi kandungan Upin & Ipin banyak menyimpang, kami dapati ia tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak malahan terdapat cerita memasak pula di dalamnya.

“Sebagai pengeluar komik, dia patut bagi cadangan bagaimana hendak naikkan edaran. Tetapi apabila dia balik dan kembali semula selepas itu, dia memberitahu, penasihat kata jangan ubah apa-apa.

“Kami tidak suruh (arah pecat), tetapi kalau sudah tidak boleh menasihat, tidak perlu jadi penasihat. Itu yang dia balik dan buang Ujang dalam tempoh 24 jam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Nyla Sdn Bhd adalah penerbit bahan-bahan bacaan bercetak yang menggunakan cerita dan watak-watak dari siri animasi Upin & Ipin dengan izin berlesen dari Les' Copaque.

Burhanudin berkata, hingga kini peranan sebenar Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon di syarikat berkenaan tidak diketahui sepenuhnya.

Malah, pelantikan Ujang sebagai penasihat juga tidak dalam pengetahuan Les’ Copaque.

"Kami (Les’ Copaque) beri lesen kepada Nyla Sdn Bhd. Tetapi kami memantau segala isi kandungan dan kebanyakannya kami bagi. Sebelum diterbitkan, mesti hantar pada kami untuk diluluskan, itu adalah prosesnya.

“Saya tidak tahu Nyla menggunakan Ujang sebagai penasihat kerana tidak terbabit dalam hal ehwal dalaman.

"Komik pula tidak memerlukan pelukis kerana hanya menggunakan tangkap layar daripada Upin & Ipin dan kemudian ditambah dialog,” katanya.

Guna budi bicara

Bagaimanapun, Burhanudin berkata dia tidak bersetuju dengan tindakan memecat Ujang serta merta.

Menurutnya, sebelum menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja, Nyla seharusnya menggunakan budi bicara dan mengambil langkah sewajarnya terlebih dahulu.

“Tidak patut buang orang (pekerja) 24 jam, kalau hendak buang kena ada budi bicara. Kami pun tidak buang orang dalam tempoh sebegitu. Mungkin Ujang tidak perlu dibuang tetapi ditempatkan di bahagian lain misalnya,” katanya.

Kartunis Ujang sebelum ini meluahkan di akaun Facebook miliknya selepas menerima notis pemberhentian 24 jam. 

Tindakan Ujang menyebarkan perkara berkenaan di media sosial disifatkan Burhanuddin sebagai tidak wajar, memandangkan jenama mereka sudah menjadi ikon yang dikenali di dalam dan luar negara.

Pun begitu, pihak Les’ Copaque dilihat sebolehnya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

“Ujang menaikkan isu berkenaan di media sosial untuk dapatkan simpati orang ramai, dan Les’ Copaque pula mendapat nama buruk, kita jadi mangsa keadaan.

“Biarlah kami menunggu keadaan reda untuk memberi kenyataan lain, tetapi buat masa ini kami tidak mahu mengambil apa-apa tindakan kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan,” katanya.

Sementara itu, Malaysiakini sudah cuba menghubungi Tengku Maziah untuk mendapatkan komen.

Bagaimanapun, beliau memberitahu sedang bermesyuarat dan meletakkan telefon sejurus selepas Malaysiakini memperkenalkan diri.

Kredit
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Suami Isteri Wajib Baca!! 5 Hak Isteri Terhadap Duit Suami Yang Perlu Di Penuhi Oleh Lelaki Yang Bergelar Suami

Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.  Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sem...

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut? ...

Perkongsian Dari Pomen Kereta 6 Tip Anda Perlu Lakukan Jika Kereta Anda Ditenggelami Air Semasa Banjir

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir. 1. Selepas banjir surut,  periksa kereta anda . Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta. 2.  Jangan cuba hidupkan enjin kereta . Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. 3. Kos untuk sebuah kotak ...