Skip to main content

TARBIYAH: Kisah liciknya syaitan perdaya lelaki abid buat ‘pahala’ bersama wanita

KISAH ini terdapat dalam kitab-kitab tafsir dan ia menjelaskan maksud di sebalik ayat 16 dalam Surah Al-Hasyr.
Dalam kitab Talbis Iblis (Belitan Iblis) karangan Ibnu Jauzi (wafat 597H), diriwayatkan bahawa Wahab ibn Munabbih berkata:
Ada seorang lelaki Bani Israel yang paling kuat beribadah pada zamannya.
Ketika itu juga terdapat seorang wanita bersama tiga adik-beradik lelakinya.
Satu hari, tiga beradik itu terpaksa bermusafir jauh untuk menyertai peperangan.
Mereka berbincang bagaimanakah keadaan saudara perempuan mereka, siapa yang akan menjaga dan membantu sepanjang ketiadaan mereka.
Akhirnya mereka bertiga bersetuju untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada lelaki abid itu kerana mempercayainya.
Apabila ditawarkan, lelaki abid itu menolak sekeras-kerasnya.
Tiga beradik itu terus memujuk sehingga akhirnya lelaki abid itu pun bersetuju.
“Tinggalkan saudara perempuanmu itu berhampiran dengan tempat ibadahku,” arah lelaki abid itu kepada tiga beradik.
Setelah menurut arahan itu, mereka pun memulakan perjalanan.
Sepanjang ketiadaan tiga beradik itu, lelaki abid melakukan tanggungjawabnya dengan baik.
Lelaki abid itu menyediakan makanan dan meletakkannya di pintu tempat perempuan itu tinggal.
Selepas meletakkan makanan, abid itu menjerit kepada perempuan untuk keluar mengambil makanan.
Abid kemudian kembali ke tempat ibadah dan menutup pintu.
Berlalulah keadaan demikian dalam satu tempoh.
Syaitan memerhatikan keadaan itu dan memujuk lelaki abid untuk melakukan lebih banyak kebajikan untuk perempuan yang tinggal seorang diri itu.
“Moga bertambah pahala membantu kaum yang lemah,” bisik syaitan.
Syaitan kata, tidak elok membiarkan perempuan itu keluar rumah mengambil makanan waktu siang, nanti dilihat orang!
Syaitan kata lagi, alangkah baiknya jika engkau menghantar makanan betul-betul di hadapan pintunya, tak perlu dia keluar rumah.
“Macam inilah cara buat pahala,” bisik syaitan.
Lelaki abid itu pun mengabaikan bisikan syaitan tetapi selepas berlalu satu tempoh, lelaki abid itu melakukan seperti apa yang dibisikkan oleh syaitan.
Lelaki abid itu meletakkan makanan di depan pintu perempuan itu tanpa bercakap sepatah pun.
Tak ada sembang-sembang antara mereka berdua.
Selepas berlalu satu tempoh sedemikian, syaitan menghasut lagi.
“Apa kata kalau engkau letak makanan itu dalam rumahnya? Tak perlu dia keluar ambil makanan depan pintu.
“Moga-moga bertambah pahala membantu orang yang memerlukan,” nasihat syaitan.
Lelaki abid menghiraukan bisikan syaitan tetapi satu hari, dia pun meletakkan makanan di dalam rumah perempuan itu.
Seperti biasa, tiada sepatah ucapan pun dilafazkan.
Berlalu satu tempoh, kemudian syaitan menggalakkannya melakukan lebih banyak kebaikan.
“Bagaimana pula kalau engkau bertanya khabar perempuan itu? Mesti dia akan gembira kerana ada orang yang mengambil berat,” kata syaitan.
Lelaki itu mengabaikan saranan syaitan sehinggalah satu hari, dia bercakap-cakap dengan perempuan itu dari jauh.
Selepas satu tempoh, syaitan menghasut lagi.
“Pergilah bercakap dekat dengannya. Mesti dia suka ada orang temankan,” bisik syaitan.
Lelaki abid terus bercakap dengan perempuan itu dari jauh. Tetapi tidak lama kemudian, lelaki abid itu mula bercakap dengan perempuan itu dalam jarak dekat.
“Engkau pergi betul-betul depan pintu dia, dan biar dia duduk betul-betul depan pintu juga,” kata syaitan.
Lelaki abid tidak mendengar cakap syaitan hinggalah satu ketika, dia bercakap dengan perempuan itu dalam keadaan betul-betul dekat.
Berlalulah satu tempoh lelaki abid itu bersembang dengan perempuan itu. Lelaki abid di luar rumah. Perempuan itu di dalam rumah tapi betul-betul depan pintu.
Kali ini syaitan memberi cadangan yang lebih bagus untuk mendapatkan pahala lebih.
“Pergilah masuk ke dalam rumahnya. Dia tak perlu keluar dan tak perlu menunjukkan muka kepada orang lain di luar rumah. Itu lebih baik bagi seorang perempuan, yang mesti ada sifat pemalu,” bisik syaitan lagi.
Lelaki abid itu tidak masuk ke dalam rumah perempuan hinggalah satu hari, akhirnya dia masuk juga ke rumah perempuan itu.
Tiada apa pun mereka berdua lakukan.
Hanya sembang biasa.
Lelaki abid pun terbiasa masuk ke dalam rumah perempuan, bersembang-sembang pada waktu siang dan kembali ke tempat ibadahnya pada waktu petang apabila hari hampir malam.
Syaitan pun meneruskan siri nasihatnya hinggalah satu ketika lelaki abid tersentuh lutut perempuan itu lalu berlakukan perkara terkutuk yang tidak sepatutnya berlaku.
Mereka berzina.
Selepas sembilan bulan, perempuan itu melahirkan seorang anak.
Iblis kemudian berkata kepada lelaki abid.
“Apa pandangan engkau jika tiba-tiba adik beradik perempuan ini balik ke rumah dan melihat ada anak kecil lahir hasil perbuatan kamu berdua?
“Boleh jadi perempuan itu akan pecahkan rahsia, atau lambat laun mereka akan dapat tahu juga perkara ini.
“Bunuh saja budak itu dan tanam dia. Rahsia akan tersimpan dengan baik,” bisik syaitan.
Tanpa berfikir panjang, lelaki abid itu pun membunuh dan menanam bayi kecil yang baru lahir.
Syaitan membisik lagi, bagaimana pula kalau perempuan ini terpecahkan rahsia kepada adik beradiknya?
“Tangkap perempuan itu, bunuh dan tanam dia bersama dengan anaknya,” arah syaitan.
Lelaki abid itu membunuh dan menanam perempuan itu dalam satu lubang bersama anaknya.
Satu batu besar diletakkan di atas lubang itu.
Dia kembali beribadah di tempatnya dan berasa yakin tiada siapa mengetahui apa yang telah berlaku.
Tidak lama kemudian, tiga beradik itu kembali daripada peperangan dan mencari saudara perempuan yang dijaga oleh lelaki abid.
“Di mana dia?” soal salah seorang kepada lelaki abid.
Sambil menangis, lelaki abid memberitahu perempuan itu baik pekertinya tetapi sayang, dia telah meninggal dunia.
“Ini kuburnya,” kata abid sambil mengisyaratkan jari ke arah batu besar di tepi tempat ibadahnya.
Tiga beradik itu kemudian berdiri di tepi kubur dan menangis mengenangkan saudara perempuan yang mereka sayangi.
Pada satu malam, ketika mereka bertiga sedang tidur, syaitan datang masuk dalam mimpi mereka dalam keadaan seorang lelaki sedang musafir.
Syaitan masuk dalam mimpi abang yang sulung dan bertanya, bagaimana keadaan saudara perempuanmu?
Lelaki itu menjawab seperti yang dikatakan oleh lelaki abid.
Syaitan berkata, lelaki abid itu berbohong.
“Abid itu tak boleh dipercayai. Dia telah berzina dengan saudara perempuan kamu sehingga melahirkan anak.
“Dia dah bunuh mereka berdua kerana takutkan kamu tiga beradik. Dia tanam dalam lubang di tepi rumah. Di situ, kamu akan jumpa saudara perempuan kamu bersama anaknya,” kata syaitan.
Kemudian syaitan masuk ke dalam mimpi lelaki kedua dan ketiga.
Dia berkata perkara yang sama.
Apabila hari telah siang, mereka bertiga bangun dan berkongsi apa yang berlaku dalam mimpi.
Mereka terkejut kerana mimpi mereka sama.
Si abang berkata, tak mengapa, ini hanya mainan tidur. Mimpi biasa.
Si bongsu tidak berpuas hati.
“Mari kita tengok tempat yang ditunjukkan lelaki dalam mimpi,” katanya.
Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan dalam mimpi lalu berjumpa dengan lubang yang dimaksudnya.
Memang benar ada mayat saudara perempuan bersama anak kecilnya.
Lantas mereka mencari lelaki abid dan bertanya perihal itu.
Akhirnya lelaki abid pun mengaku apa yang diceritakan dalam mimpi adalah betul.
Tiga beradik itu pun membuat persiapan untuk melakukan hukuman balas ke atas lelaki abid, iaitu membunuhnya.
Lelaki abid turun perlahan-lahan dari tempat ibadahnya dan bersedia untuk disalib dan dibunuh.
Tiba-tiba, datang syaitan menawarkan bantuan.
“Wahai lelaki abid, akulah orang yang mengujimu dengan perempuan sehingga kamu berzina dan membunuhnya bersama anaknya.
“Aku ingin membuat tawaran. Jika kamu mentaatiku dan kufur kepada Allah, nescaya kamu akan selamat daripada hukuman bunuh ini,” kata syaitan.
Lelaki abid itu pun kufur kepada Allah.
Selepas itu, syaitan pun berlepas diri daripada lelaki abid itu dan menjauhkan diri daripadanya.
Lelaki itu kemudian disalib dan dibunuh.
Wahab ibnu Munabbih berkata, pada lelaki inilah diturunkan ayat 16 dalam Surah Al-Hasyr.
Maksudnya:
(Sikap kaum munafiq dan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) syaitan ketika ia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau!
Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap kena azab), berkatalah syaitan kepadanya:
Sesungguhnya aku berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam.
Pengajaran:
1. Syaitan sentiasa menghasut kita melakukan kejahatan tetapi melalui jalan kebaikan.
2. Orang yang tidak tahu betapa halusnya bisikan syaitan, akan mudah terperangkap.
3. Umat Islam digalakkan sentiasa berlindung diri dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Abu Nizar
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman