Syarikat penerbangan Malindo Air selepas ini akan dikenali sebagai Batik Air Malaysia, selepas sesi penjenamaan semula.
Memetik laporan Astro Awani, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, penjenamaan semula itu dilakukan bagi tujuan penyelerasan anak syarikat di bawah Lion Airlines iaitu Batik Airlines Indonesia da juga Wings Air.
Ini memperlihatkan Batik Air Malaysia memberi fokus kepada laluan antarabangsa, manakala Batik Airways Indonesia beri tumpuan kepada laluan serantau.
Ketika ini kumpulan Lion Air Group menguasai Lion Air, Wings Air, Batik Air (Indonesia), Lion Bizjet, Malindo Air (Malaysia) dan Thai Lion Air (Thailand).
loading...
Comments
Post a Comment